Puan Lembu Susu Fernleaf 🐄 datang dari Ladang New Zealand melawat orang Malaysia 😜


🐄 Peminat SUSU Lembu Fernlea

Siapa sini peminat susu lembu Fernleaf ? Semestinya adalah diri I sendiri sebab susu Fernleaf ni dah wujud sejak dari I kecil lagi dan telah berada di Malaysia lebih dari 30 tahun. Siapa sangka susu dari New Zealand ni dah jadi kegemaran setiap orang dari bayi 2 tahun ke atas sampai la ke warga emas. 'I said that sebab my mom also a huge fan of Fernleaf milk' dan terbaru anak-anak I pula. Susu Fernleaf ni bukan sahaja rasa yang enak dan lazat tapi percayalah terdapat banyak juga manfaat bagi yang mengamalkan pengambilan 2 gelas susu Fernleaf setiap hari pada waktu makan pagi dan sebelum malam.

🐄Mari baca Pantun Susu Fernleaf UHT oleh Syafiera🐄


New Zealand negara yang subur,
Sejak 1893 Fernleaf dikenali,
Pengeluar susu lembu yang sangat segar,
Kualiti terjamin sehingga hari ini.


Susu Fernleaf UHT diperkenalkan baru-baru ini.
Diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand negara sejuk,
Terdapat 3 jenis pilihan perisa yang diminati,
iaitu coklat, asli dan juga rendah lemak.

100% kebaikan susu dari New Zealand,
Sangat bagus untuk tumbuseran anak-anak,
Kaya dengan kalsium, vitamin A dan D,
untuk gigi dan tulang yang sihat dan otak yang bijak.

Lembu Holstein-Friesian bertompok putih hitam,
Suka meragut rumput yang segar dan berzat,
itu sebablah susu yang dihasilkan berkhasiat penuh,
100% rasa yang Mmmmm dan lazat !

🐄 Susu Fernleaf terbaik dari ladang di New Zealand

New Zealand bukan sahaja terkenal dengan haiwan comel seperti Brown Kiwi dan Kangaroo tapi seperti kita sedia maklum New Zealand merupakan sebuah negara yang sangat subur, makbur serta kaya dengan sumber-sumber mentah seperti daging, sayur-sayuran, haiwan yang sihat dan produk tenusu mungkin kerana faktor cuaca dan persekitaran yang sesuai malahan sebuah negara yang 'eco-friendly.' Maka dengan itu negara ini telah menjadi sumber pengeluar produk tenusu yang makin sangat popular dan amat dikenali di seluruh pelusuk dunia. Jadi tidak hairanlah susu Fernleaf telah mencapai satu standard di mana ianya memiliki khasiat tertinggi di dalam produk tenusu kerana telah dihasilkan dari sumber susu segar daripada lembu yang hidup bebas di dalam kawasan ladang yang canggih dengan memakan sumber tumbuhan yang kaya dengan vitamin dan khasiat iaitu rumput segar. Setiap penghasilan susu yang terhasil juga telah diberi ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran untuk menjadikan susu Fernleaf susu yang berkualiti, kaya khasiat dan sesuai untuk dinikmati untuk semua orang.


🐄 Susu Fernleaf hadir dengan Konsep On-The-Go

Bagi yang tidak mengetahui mari sini I perkenalkan dekat 'you all' semua konsep 'On-the-Go' Susu Fernleaf di mana ianya telah datang dalam bentuk air kotak 200ml tanpa perlu dibancuh just cucuk straw dan 'ready-to-drink' - sebelum ni kita perlu bancuh susu Fernleaf ni sebab dulu mostly jenis serbuk kan. Bagi I ianya sangat memudahkan untuk dibawa kemana-mana sahaja sebagai bekalan tak kira ke ofis, ke sekolah, ke GYM, ke gunung, ke bukit, ke hulu ke hilir dan travel jauh-jauh tanpa perlu di simpan dalam peti ais juga tau. Semuanya serba mudah masa kini. 'I feel proud to live in this era suddenly.' Duh.



Susu Fernleaf yang boleh bawa kemana-mana tu ialah Susu UHT Fernleaf tau. UHT(Ultra-High Temperature) tu ialah proses teknologi makanan dimana ianya bertujuan untuk membunuh spora di dalam susu dengan memanaskan susu berkenaan sekitar 135 darjah celsius dalam tempoh masa 1 hingga 2 saat. Susu yang telah mengalami proses UHT  boleh tahan sehingga 6 bulan ataupun sehingga tamat tempoh yang tertera pada produk pada suhu yang sesuai. Tapi setelah dibuka ianya perlu di sejukkan dan dijadikan sebagai susu segar harus diminum secepat mungkin selama 3 hari jika di suhu bilik tapi kalau disimpan dalam peti ais bolehlah tahan lama sikit.


🐄 Baka Lembu yang hasilkan susu Fernleaf berada di suhu dan iklim yang sejuk

Tahukah anda pada sekitar tahun 2007 New Zealand mempunyai hampir 4.2 juta lembu jenis tenusu dan telah menghasilkan susu segar hampir 15 billion liter. Antara baka lembu yang POPULAR di New Zealand ialah lembu jenis Holstein-Friesian 47%, Jersey 15 %, Ayrshire 2% dan baka kecil seperti Meuse Rhine Issel, Brown Swiss dan juga Guernsey. Tapi I rasa susu Fernleaf banyak menggunakan baka lembu tenusu seperti Holstein-Friesian.

Kalau you all tengok baka lembu susu Fernleaf ('cow toy as a prop') pun menggunakan Lembu jenis Holstein-Friesians. Untuk pembiakan lembu jenis ini memang memerlukan padang ragut yang cukup baik dan New Zealand adalah negara yang terbaik kerana dikurniakan dengan cuaca yang tidak begitu ekstrem namun pada musim sejuk suhu dicatatkan sekitar 12 darjah celcius manakala musim panas pula suhu sekitar 24 darjah celcius.


🐄 Kesegaran Rumput adalah sangat penting untuk penghasilan susu yang berkualiti

Peladang dan penternak iaitu Graham, 64 tahun ini, dan usaha sama adiknya di Bella Vista Farm yang sudah bersama Fonterra sejak 1971 menyatakan kesegaran rumput memang bergantung pada suhu tanah dimana bahagian utara Pulau ini, rumput tetap segar setiap tahun walaupun cuaca tidak boleh jangka dimana musim panas membuatkan mereka rasa agak mencabar namun apabila hujan mereka berasa gembira.

Bagi I New Zealand adalah lokasi yang sangat sesuai untuk pertenakan lembu tenusu sebab ianya mempunyai padang rumput hijau yang luas terbentang bukan sahaja lembu-lembu gembira untuk membiak di sana malahan I pun teruja nak ke New Zealand yang merupakan sebuah lokasi yang memukau untuk menghayati keindahan pemandangan yang indah dan menenangkan dengan suhu yang sejuk dan selesa.

Menurut Rahayu Mohd Salleh iaitu wartawan dari harian metro menyatakan bahawa peladang dan penternak lembu iaitu Encik Murray Shaw, 65 ladangnya di Karaka, Auckland tahun ini di New Zealand telah celik mata seawal jam 4 pagi lagi setiap hari untuk memastikan lembu sudah mula diuruskan dengan baik demi menghasilkan dan membekalkan keperluan susu untuk syarikat Fonterra di ladangnya dengan penuh kesabaran.

Kira-kira padang yang hijau seluas 158 hektar telah berjaya menternak lebih 500 lembu baka Friesian yang sihat dan gebu sedia untuk berbaris memasuki ruang pemerahan susu masing-masing. Musim pemerahan susu bermula pada Julai dilakukan 2 kali sehari iaitu 5 pagi dan 2.30-3 petang. Pemerahan susu pula tidak menggunakan tenaga manusia malahan penggunaan mesin telah mengambil alih tugasan memerah susu dari lembu-lembu ini kerana ianya lebih efisien, pantas, cekap dan lebih bersih. Lembu yang telah terbiasa dengan perahan dari mesin tidak dapat menyuaikan lagi penggunaan tradisional dengan menggunakan tangan.

Seekor lembu diperah aset susunya dengan menggunakan mesin hanya dalam 4 ke 6 minit sahaja. Pemerahan perlu dilakukan 2 kali untuk setiap hari kerana ianya akan menggalakkan lebih banyak penghasilan susu ( konsep demand and supply macam bf momma, I can RELATE sesangat wahai lembu ). Susu sebanyak 26 liter adalah purata bekalan yang dapat dikumpul tapi menurut peladang 42 liter susu sehari adalah YANG PALING BAGUS yang dapat dikumpul.

Ps : Seorang ibu(manusia) dapat membekalkan susu pada anak-anak setiap seorang dalam 2-3 tahun tapi seekor lembu dapat membekalkan susu yang segar, enak berkualiti, dan 100% kebaikan  untuk 10 tahun Mmmm gitu.


🐄 Susu Fernleaf merantau ke seluruh dunia termasuklah Malaysia

Fakta menarik di mana Susu Fernleaf ni di bawah naungan syarikat Fonterra telah berupaya menghasilkan 8 juta liter susu setiap hari pada waktu puncak dengan kira-kira muatan sebanyak 300 tanker. Lori tanker Fonterra mengumpulkan susu yang diperah di serata bahagian negara New Zealand ke 76 kilang dan 33 tapak pemprosesan.  Lebih daripada 325,000 tan keluaran di Te Rapa iaitu di bahagian utara Hamilton  telah menghasilkan serbuk susu dan produk krim untuk tujuan eksport setiap tahun.

85% jumlah susu dari New Zealand telah berjaya dikumpul oleh syarikat Fonterra  bersamaan 22 billion liter susu yang berjaya diproses dan 95% susu telah berjaya dieksport ke seluruh dunia. Paling haru biru hampir keseluruhan negara termasuklah MALAYSIA APPROVED susu Fernleaf 'including myself as a Malaysian!' Mmmmm mamamia...

Pengeksport tenusu yang terkemuka iaitu Fonterra amat terkenal di lebih 140 negara dengan produk dan bahan tenusunya yang dimiliki oleh 10,500 keluarga penternak New Zealand yang wujud lebih 100 tahun lalu secara koperasi dimana keluasan tanah telah dimanfaatkan sebaiknya untuk penghasilan produk tenusu sebanyak 1.8 juta hektar di pulau utara sebanyak 74% dan selebihnya di pulau selatan sebanyak 26% di New Zealand pada 2015 dan telah menempatkan New Zealand sebagai negara pengeluar hasil tenusu terkemuka di dunia yang telah dieskport semenjak dari 1846 lagi.


🐄 Bukan calang-calang Susu Fernleaf yang kita minum ni

Fonterra telah mengendalikan kira-kira 6.7 juta ujian setiap tahun merangkumi ujian dan penilaian di ladang untuk susu sahaja telah menjalani 3.2 juta ujian setiap tahun termasuklah penilaian di ladang, persekitaran, tanker, produk akhir tenusu serta kebersihan premis. Setiap titisan susu juga terlibat untuk ujian penilaian sebelum sampai ke tangan pengguna tau tu sebablah Fonterra telah mempunyai reputasi yang sangat kukuh di mata dunia kerana syarikat ini telah meletakkan keselamatan dan kualiti makanan sebagai benda paling UTAMA dari susu berkualiti yang diperolehi sehinggalah ke pemprosesan, pembungkusan serta pengendalian hasil keluarannya.

Disebabkan syarikat ni mempunyai kepakaran dalam sains dan teknologi tenusu ianya telah merekodkan penemuaan probiotik dan prebiotik dalam satu kemudahan inovasi tenusu terbesar du dunia kerana memiliki Pusat Penyelidikan dan Pembangunan sejak 1927 di Palmerston North.

Then no wonderlah susu Fernleaf ni bukan calang-calang tenusunya sebab piawaian kualiti yang ketat menerusi ujian di ladang juga terpaksa melalui penilaian alam sekitar untuk menghasilkan produk tenusu yang berkualiti tinggi dan penternak haruslah mempunyai komited dengan ujian yang wajib dilalui setiap tahun.

Di Malaysia sahaja Susu Fernleaf ni telah mendapat hati di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak kerana harga yang ditawarkan adalah mampu untuk dinikmati.


🐄 Kenapa mesti amalkan pengambilan susu ?

Susu sebagai nutrisi terbaik yang paling murah dan mudah didapati memandangkan penghasilan susu lembu adalah lebih banyak berbanding binatang lain. Jadi I sebagai seorang wanita yang semakin lama semakin berusia memerlukan banyak bantuan dari kalsium untuk pastikan tulang lebih kuat dan melambatkan kerapuhan tulang. Kalsium memerlukan tambahan vitamin C untuk membantu mempercepatkan proses penyerapan khasiat ke dalam tulang. Tulang yang kuat adalah sangat penting untuk proses pergerakan yang lebih cepat dan lancar. So thats why I masih bertenaga untuk membuat aktiviti 'hiking in mid-high heel' baru baru ini di Awana Biopark.


🐄 Bawa Susu UHT Fernleaf naik ke tanah tinggi Genting Highlands

Susu Fernleaf yang terbaru ni sangat mudah sebab ianya hadir dalam bentuk kotak yang kecil jadi ianya sangat memudahkan untuk I bawa kemana-mana sahaja, yes paling penting tak perlu chill dalam peti ais pun tak apa, tapi ada yang jenis suka minum sejuk tu you all bolehlah sejukkan terlebih dahulu di dalam chiller sebelum nak bawa berjalan-jalan hehehe. I beruntung sebab anak-anak jenis dah boleh minum macam-macam jenis susu jadi I pilih susu fernleaf untuk mereka nikmati dimana-mana sahaja termasuklah puncak yang tinggi.


🐄Pemilihan susu adalah amat penting demi tumbuseran yang seimbang

Pemilihan susu amat penting sebab ianya mengandungi nutrien yang menyumpang kepada diet sihat dan seimbang. Dalam Susu Fernleaf pek UHT ni terdapat nutrisi yang sangat penting seperti Protein, Vitamin A, D dan kalsium.
  • Protein sangat bagus untuk membentuk sel tisu yang baru, sebagai sumber tenaga dalam membantu menghasilkan hotmon dan membantu meningkatkan jisim otot serta memelihara tubuh badan dari kekurangan zat.
  • Vitamin A pula sangat penting untuk jadikan kulit yang sihat dan penglihatan yang baik. Sangat bagus untuk mencegah penuaan malahan meningkatkan lagi sistem perahanan badan untuk melawan bendasing dan jangkitan kuman. Selain daripada buah-buahan, susu juga mengandungi Vitamin A !
  • Vitamin D sangat wajib diambil oleh kanak-kanak kerana ianya adalah vitamin yang paling penting untuk tumbuseran kanak-kanak. Sumber vitamin D selalunya boleh diperolehi daripada cahaya matahari tapi faham-faham je la sumber matahari ni ada sinaran UV yang berbahaya pula. Kalau sinaran cahaya pagi-pagi tu okay lagi tapi janganlah sampai berjemur tengah panas mahu tak sunburn ! Tapi 'not to worry anymore' sebab Vitamin D boleh diperolehi dari jenis tenusu. Yay !
  • Kalsium pula tak payah cerita pun ramai dah ambil berat tentang khasiat ni sebab nak tulang sihat dan kuat kena lah ambil diet yang seimbang selain daripada buah-buahan, SUSU pun kaya dengan kalsium juga.
Jadi dengan sumber khasiat yang ada dalam susu UHT Fernleaf ni I pun dah tak rungsing nak beli susu apa untuk anak-anak I. hehe.



🐄 Harapan I sebagai seorang yang gemar minum susu LEMBU

Harapan I sebagai seorang yang penggemar minum susu lembu tak lain tak bukan ialah mengharapkan harga susu yang mampu beli oleh setiap orang demi mendapat nutrisi dan diet yang seimbang serta bervitamin yang dijamin berkualiti untuk setiap pengambilan and that's why I bawa lembu susu Fernleaf ni ke Chin Swee Caves Temple dan berdoa agar susu ni dapat mengeluarkan hasil susu yang lebih banyak dan memberi manfaat kepada semua orang yang ada di dalam dunia ni haha.

🐄 Cara minum susu Fernleaf UHT dengan gaya Mmmmm !

Straw yang kiut miut ni khas untuk sedut susu Fernleaf UHT ni tau.. dari susu melalui ke telinga- ke mata dan masuk ke mulut korang rasa? Haha macam jarak travel susu nak ke mulut pula I tengok kena sedut dengan kuat untuk dapat nikmati kebaikan susu Fernleaf UHT ni tau.


🐄Sampai patah kerusi I sebab Puan Lembu berat sangat walaupun bersaiz kecil...


🐄 Dimana-mana sahaja tetap dapat nikmati Susu Fernleaf yang 100 % Mmmmm !



🐄  Bukan sahaja I yang ambil part anak-anak I pun 

tetap nak juga menikmati Susu Fernleaf yang 100 % Mmmmm !



🐄 Adelia Approved !

Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak seorang lelaki seorang perempuan, I akan beli susu mengikut selera anak-anak I. Adelia kali ni boleh habiskan sekotak susu Fernleaf UHT perisa coklat tanpa baki setitis tau. Itu tandanya Adelia suka dengan susu ni.

Selain itu I tak ragu-ragu dengan susu Fernleaf UHT ni sebab ianya :
  • BEBAS GMO ( rBGH )
  • Tiada Hormon tambahan dan tiada antibiotik
  • 3X ganda tinggi dengan khasiat Protein, Vitamin A dan Vitamin D
  • Kandungan Omega 3 x ganda lebih banyak

🐄 Maklumat Pemakanan

Setiap hidangan 200ml per satu pek perisa coklat :
  • Tenaga : 115 kcal, 485 kJ
  • Karbohidrat : 17.4g | Jumlah gula : 16.2g | Laktosa : 8.8g | Sukrosa : 6.4g |
  • Lemak : 2.6g
  • Vitamin A : 180 µg
  • Vitamin D : 5.0 µg
  • Kalsium : 260 mg
🐄 Ramuan Susu Fernleaf UHT :

Pepejal susu (susu lembu), sukrosa, serbuk koko, fruktosa, kalsium karbonat, Vitamin ( Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin C), Garam, mengandungi bahan penstabil yang dibenarkan, mengandungi bahan-bahan perisa yang dibenarkan. Aditif adalah dari sumber yang dibenarkan.

🐄 Goodness of Great

Sehidangan susu coklat Fernleaf UHT mengandungi nutrien-nutrien penting seperti protein, Vitamin A, vitamin D dan kalsium dan diperbuat daripada susu New Zealand yang berkualiti tinggi dan koko yang enak.

Info Tambahan : Bagi yang membeli salah satu produk dari Fonterra dijanjikan dapat manfaat terjamin untuk menikmati produk tenusu terunggul di dunia. Fonterra telah menerajui pasaran di New Zealand selama beberapa dekad dengan lembu ternakan  yang diberi rumput berkualiti tinggi serta penjagaan rapi pada setiap langkah - seperti tuntutan alam semulajadi.

🐄 Tips/Pantang-larang bila nak minum Susu Fernleaf UHT
  • Kena GONCANG sebelum minum
  • Kena habiskan setelah dibuka
  • Tidak sesuai untuk bayi dibawah berumur 12 bulan

🐄 Kesimpulan

Selama 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu kini Fernleaf semakin disukai ramai kerana ianya dari sumber air yang bersih. lembu yang sangat sihat, gebu gebas dan seksi dengan tompokan hitam putih meragut rumput yang segar dan berkualiti di padang yang luas dan bersih lalu terhasillah susu yang enak, lazat dan Mmmmm khusus untuk pengguna yang ingin tulang yang kuat dan sihat !


🐄 Terbeli banyak sebab addicted dengan Susu Fernleaf UHT

OMG, ampunkan dosaku sebab terbeli 6 pek Susu Fernleaf UHT Peris coklat sebab ada booth Fernleaf dekat IOI City Mall, Putrajaya pada 14 Oktober 2018 di hadapan pasaraya Tesco dalam mall tu. Haha dia jual murah untuk 1 pek 4 kotak lepas tu siap kasi 'cooler bag' percuma dan ada 'SPIN the Wheel' dimana hadiah utama adalah 'SCOOTER' tapi tiada rezeki but syukur Alhamdulillah dapat lagi percuma 1 pek susu Fernleaf UHT perisa asli. Harap susu Fernleaf UHT ni sampailah seminggu ya sebab sehari je anak I dah minum 4 kotak.


🐄 Cara penyimpanan Susu Fernleaf UHT

Memandangkan susu Fernleaf ni dalam bentuk UHT jadi dia macam dua alam lah, kalau kat luar suhu bilik sekitar 37 darjah celsius kan, tapi kalau nak nikmati susu lebih segar dan sejuk, letaklah dalam chiller tapi please lah jangan simpan dalam bahagian freezer mahu tak jadi ais krim nanti (buat ais krim pun okay juga, good idea). Tapi kalau dah buka memang kena habiskan cepat ye untuk elakkan benda yang tak diingini.

🐄 Susu Fernleaf UHT hadir dalam pek 1 liter dan 200ml x 4 dengan 3 jenis perasa :
  • Coklat (Favorite we all )
  • Full Cream (khas untuk yang perlukan lebihan zat dan lemak)
  • Low Fat (khas untuk yang nak kurus, hi hi hi)
🐄 Harga Susu Fernleaf UHT

Harga Susu Fernleaf UHT adalah tertakluk pada jenis promosi mengikut pasaraya berdekatan tapi harga pasaran di seluruh negara ialah :
  • RM 5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek)
  • RM 6.60 bagi setiap pek 1 liter
Apa-pun sebelum I akhiri entri kali ini, I nak ucapkan terima kasih pada Fernleaf sebab kasi I bawa jalan-jalan 🐄 lembu Holstein-Friesian ke tanah tinggi Genting Highlands, lagi best Puan lembu sangat memberi kerjasama pada hari we all bawa dia jenjalan. 


Jangan lupa ya minum susu Fernleaf UHT untuk otak yang cerdas, gigi dan tulang yang kuat ! 
Untuk maklumat lanjut, sila layari :

🐄Website Fonterra🐄Facebook Fernleaf Malaysia🐄 Instagram Fonterra

Talian khidmat pengguna : 1800 88 3122

Recap : Antara lokasi yang sempat I bawa Puan Lembu Susu Fernleaf ni :
  • Bio Awana Park
  • Talking Garden
  • Chin Swee Caves Temple
  • Syafiera Home Sweet Home
Nanti rasa nak bawa I pergi ladang you tolonglah emel, whatsapp ke and Roger Roger ya..
Tak sabar I nak jumpa keluarga you disana... 😜😋

🐄 Oh ya ! Sumber Rujukan dan Fakta Menarik I kongsikan dalam artikel ni :

🐄 Jangan Lupa Baca Blog dari sahabat blogger juga ya mengenai Susu Fernleaf UHT !

www.syafierayamin.com