Festival Kopi di Genting kali pertama diadakan di Resorts World Genting mencungkil bakat seni barista


Baru-baru ini 'Genting Coffee Festival' telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Resorts World Genting pada 19-20 Oktober 2018 yang lalu dimana festival ini telah mengetengahkan bakat seni yang ada pada setiap barista ( newbie-pro) dengan menyertai cabaran pertandingan menghasilkan seni menggunakan 'free-pour latte skill.'

The best part ini adalah kali pertama I berpeluang menyaksikan sendiri kemeriahan festival kopi di Genting dengan kehadiran peserta yang kreatif dalam menghasilkan seni yang halus dan 'skillful' di atas air kopi. Siapa sangka barista yang selalu hidangkan air kopi dekat I memang perlu tahu kemahiran seni dalam menyediakan kopi dan rekaan yang menarik atas kopi tau.

Selama 3 hari berlangsungnya Festival Kopi di Genting ni dengan cuaca yang sejuk di atas paras laut 6,000 kaki membuatkan kopi panas adalah pilihan yang amat tepat untuk dinikmati. Bukan 1 cawan tapi bercawan-cawan kopi yang boleh dinikmati untuk merangsang deria kenikmatan selain mendedikasikan seni, sains dan cinta pada biji kopi.


Biji kopi adalah satu kopi bersaiz ceri yang terdapat 2 biji kopi. Spesis utama ialah Kopi arabica dihasilkan sebanyak 70% di dunia yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi, keseimbangan dan rasa yang berbeza, mempunyai 1.2% kandungan kafein dengan bentuk elips yang rata manakala spesis kopi canephora pula dihasilkan hanya 30% di dalam seluruh dunia kerana mempunyai saiz yang lebih rendah tetapi rasa pahit amat kuat dan tinggi dengan kandungan kafein sebanyak 2.4% dengan permukaan bentuk bujur membulat.


Dari biji kopi ke cawan telah menjadikan festival kopi di Genting ini menjadi sangat menarik serta ilmu mengenai kopi yang dikongsi di setiap 'Booth' dengan kerjasama antara Nescafe dan juga Barista Guild Asia ( BGA ) di Time Square Sky Avenue. Peminat kopi dapat menyertai pelbagai aktiviti disediakan serta dapat menggunakan biji kopi berjumlah RM500 untuk setiap sesi termasuklah sesi penghargaan dimana pakar yang mengendalikan tetamu akan menceritakan kisah  kisah kejadiaan mengenai kopi dari buah di tanah tinggi Ethiopia yang berjaya mengelilingi dunia  sebagai minuman kegemaran peminat kopi, lengkap dengan sampel dari kawasan penghasilan yang terbesar. Tetamu yang hadir juga dapat menyertai sesi merasa serta meneka sama ada biji kopi yang berada di situ adalah dari tempatan, larut tulen, istimewa, komersial atau sudah basi melalui rasanya sahaja.


Sir Daniel Liew selaku pengarah akademik Barista Guild Asia Sdn Bhd


Sir Daniel Liew selaku pengarah akademik Barista Guild Asia Sdn Bhd memperkenalkan jenis-jenis biji kopi yang datang dengan pelbagai bentuk, saiz dari warna antaranya kopi arabika, defect, liberica, robusta, kopi hijau, parchment, wet process, pulp natural dan sebagainya. Setiap biji kopi ni ada aroma dan khasiat yang tersendiri.

Menurut Clarence Tan iaitu Naib Presiden Kesetiaan dan pemerolehan di Resort World Genting mengatakan sangat berbangga dapat menjadi tuan rumah untuk Festival Kopi di Genting untuk kali pertama bersama kerjasama antara Nescafe dan Barista Guild Asia Sdn Bhd, menurutnya lagi selama 3 hari berturut-turut pengunjung yang hadir dapat mempelajari mengenai kopi di bengkel ini selain dapat 'bonding,' 'brewing,' dan 'tasting.' (mengeratkan silatulrahim, bru dan merasa) kopi yang ada di situ. Pengunjung yang hadir juga telah berpeluang untuk menghasilkan latte sendiri, menghidu pelbagai jenis biji kopi dan juga bengkel deria.


Kelas untuk pakar juga disediakan. Di 'Sensory Cupping Class' juga pengunjung boleh mencuba pelbagai intensiti kopi yang berbeza. Kelas seni latte juga diadakan yang memerlukan tangan yang mantap untuk membentuk hati, bunga dan tulisan dengan kombinasi ringkas dari buih susu dan pergerakan isyaratyang berhati-hati.


Di kelas bru pula, pengunjung yang menyertai dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kepelbagaian dan variasi gaya untuk kopi menjadi minuman sama ada melalui sudu atau perkakas seperti 'drippers,' 'siphons,' atau 'French Press' untuk gaul sebati minuman berasaskan kopi tersebut. Ruangan masa yang ada diantara kelas, pengunjung juga berpeluang merasai sendiri espresso dan stesyen deria, disamping barista mempersembahkan kemahiran mereka dalam membentuk seni latte dan juga resepi minuman melalui campuran demostrasi dengan menggunakan rangkaian produk kopi dari Nescafe.


Pertandingan 'Latte Art Throw Down' juga telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 Sabtu dari 3 petang sehingga 5 petang dimana pesaing telah mengeluarkan idea imaginasi mereka secara liar untuk menghasilkan seni 'free-pour latte' yang menakjubkan.

Gambar dari cleffairy.com

Juara Utama telah membawa pulan RM1,000 wang tunai manakala juara di tempat satu dan kedua telah membawa pulang EM300 dan RM 200 wang tunai.


Terdapat juga pertandingan seni latte yang menggunakan lidi untuk 
membentuk rekaan dan seni di atas kopi.


Pemenang membawa hadiah dari Nescafe dan juga wang ringgit.


Masih belum cukup lagi dengan Festival Kopi di Genting, apa kata peminat kopi bolehlah buat trip sendirian berhad ke 'Perancis' untuk buat pesan satu cawan kopi di Cafe's Richard Level 1, Sky Avenue Mall, hanya jalan tak sampai beberapa meter pun dari Festival Kopi tu.

Mengutamakan ciri ala-ala di Paris dengan hitam dan putih jubin dan kayu gelap, Cafe's Richard mendedikasikan seni halus kopi dari Perancis. Dari titisan sejuk ke koktel, kopi di sini disediakan dengan tatasusunan yang sangat unik dan seksi dalam pelbagai bentuk termasuklah French Genting, koktel yang sangat unik di Cafe's Richard Resorts World Genting yang menggabungkan espresso, grand marnier dan juga halia Bentong tempatan.


Pengurus dan duta jenama Cafe's Richard iaitu Luc Jiguet yang pakar dalam menginovasi kraf berasaskan kopi dengan menggabungkan resepi asli 'French Brasseries' juga telah menjadi juri di Festival Kopi di Genting 2018.

Sesiapa yang hadir di Festival Kopi di Genting 2018 telah berpeluang untuk memperolehi ilmu mengenai biji kopi secara percuma di Times Square SkyAvenue Mall. Bagi yang tidak berpeluang mengikuti kelas yang diadakan pada minggu lalu, jangan risau sebab terdapat banyak lagi promosi khas untuk peminat kopi termasuklah :

  • Pakej Bilik Festival Kopi di Resorts World Genting - 1 malam di Hotel First World dari RM219 termasuklah Set High Tea Le Festin di Cafe's Richard di SkyAvenue. Promosi dari 1-31 Oktober 2018 ( Isnin - Khamis tidak termasuk Cuti umum )
  • Dapatkan 8 mata dari 1-31 Oktober 2018 tebus percuma 2 cawan Nescafe
Tawaran berkaitan dengan Kopi dari peniaga/penyewa di Resorts World Genting dari 1-31 Oktober termasuklah :
  • Cafe's Richard - Beli 1 percuma 1 untuk kopi yang terpilih dari Isnin hingga Jumaat
  • Cafe's Richard - percuma 1 potong kek keju dengan pembelian kopi slow drip dari Isnin hingga ke Jumaat secara ekslusif sebagai ganjaran Ahli-ahli di Genting
  • Park Avenue Lounge - Promosi beli 1 percuma 1 untuk kopi yang terpilih dari Isnin sehingga Jumaat
  • Coffee Bean - 23% untuk 12 oz Hazelnut Americano RM10
  • Dalkomm - 30% untuk pembelian minuman kedua
  • DC Comics Super Heroes Cafe - 30% untuk pembeliaan mana-mana minuman berkopi kecuali espresso dan juga americano.
  • Morganifield's - Percuma kek coklat flawless dengan pembelian satu cawan kopi on the rock
  • San Francisco Coffee - Beli 1 percuma 1 Ultimate Frappes (mocha, latte, chocolate dan vanilla)
  • Starbucks - Percuma kopi segar yang dibru dengan berbelanja minima RM50 dalam satu resit
Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Kopi di Genting, sila layari :
www.rwgenting.com atau sila telefon +603 6101 1118

www.syafierayamin.com