D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam & Harga tahun 2018


Sabtu lepas I sempat menikmati hidangan steambot bersama suami dengan anak-anak I. Lama sangat I dah tak ke Shah Alam so I decided untuk pergi juga sini yerlah asal kat KL je jadi berjalan-jalan I ke Shah Alam pula..

Paling menarik Shah Alam ni pun boleh dikategorikan sebagai kawasan 'FOOD HEAVEN' juga lah memang banyak kedai makan yang enak di sini antara salah satunya yang sempat I rasa ialah D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Masa I sampai kat situ sekitar pukul 6PM Ya Ampun ramai gila umat manusia walaupun petang macam tu, itu dari petang sampai malam I makan pun masih ramai lagi non-stop la orang lah untuk menikmati hidangan buffet ni.

Tak pastilah kenapa ramai sangat sebab bila I cek balik rega harga dia macam ikut standard or memang kira murah dan berbaloi kot untuk satu kepala. Yerlah hidangan steambot di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat ni ala-ala buffet, ambil sahaja apa di hadapan mata bayar harga tu juga cuma ambil tu biarlah berpada-pada sebab kalau ambil banyak-banyak tak habis nanti kena denda tau. Hi hi hi sebab konsep restoran ni ialah All You Can Eat.


Selain daripada menu pilihan steambot, Teppanyaki pun turut disediakan di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam. Bagi yang masih belum tahu, restoran ini juga dah pernah masuk TV tau antaranya Jalan-Jalan Cari Makan, Nasi Lemak Kopi O dan The History Channel. Fuh agak famous lah no wonder lah customers non-stop !


Ada juga nasi lemak mee kari dan lauk -pauk yang lain, eh memang banyak sangat pilihan hidangan yang ada di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam. Sampai rambang mata mana yang nak dimakan.


Pelbagai jenis sis pun ada juga antaranya budu, sambal belacan, sos cili, tempoyak, sos lada hidam dan sos cendawan pun ada.. eh memang semua je la I ambil hee, different flavors memang enak.


Bagi yang jenis suka makan MEE, haaa ni you all boleh pilih mee mana korang nak, I tengok ada mee ala-ala maggie tu, bihun, kuew teow  dan macam -macam lagi siap ada pilihan telur lagi, telur ayam ke telur puyuh. Fuh memang layan habis.


I pula suka buah-buahan, dekat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam pun ada juga ruangan untuk food lover dan boleh jadi ROJAK BUAH juga tau..


Ais krim pun ada khas untuk kanak-kanak yang tak boleh duduk diam, kasi dorang layan ais krim hhaaha..


Minuman pula korang jangan risau, ada minuman panas minuman sejuk.. jadi tak perlu khuatir ya.. yang penting Teh tarik memang kaw..


Lepas dah pilih makanan, bolehlah rebus makanan tu dalam kuah pilihan you all sup ayam atau tomyam, kalau I lebih sukakan kuah tomyam sebab yang tu memang taste kalau nak makan steambot ni, lagi pedas lagi delish !


I grilled daging kambing ni, haaa ni daging memang laku keras nasib Kishen saved for us some kalau tak memang I tak dapat merasalah daging kambing ni..


Tak rugi la makan dekat sini sebab korang ambil banyak mana pun udang harga tetap sama... jadi memang berbaloi... lepas ni tak payah beli dekat pasaraya dah 100g udang pun dah mahal kot tu pun tak puas makan kalau dekat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Shah Alam ni korang ambillah berapa banyak udang pun janji makan sampai habis harga tetap sama yo untuk satu kepala...


Ni pula menu favorite laki I, yang siput buluh tu haha, I tak boleh sebab bentuk dia comel sangat..


Kan I dah cakap sampai malam pun ramai macam ni, kau rasa ?


Ni pula waktu petang pun dah start nak penuh... ape kes..

memang tempat ni popular sangat untuk famili dan kaki makan...

dan pilihan orang ramai.. sebab

HARGA masih sama tak pernah berubah walaupun ada SST..

RM29.90nett untuk dewasa
RM12.50nett untuk kanak-kanak
Yang berbelanja RM150 ke atas pula dapat RM10 sebagai kad diskaun..

kau rasa berbaloi ke tak makan dekat sini ?

Bagi aku YES...

Untuk maklumat lanjut, silalah layari :

Facebook : www.facebook.com/dkayangansteamboat
Instagram : www.instagram.com/dkayangansteamboat

Untuk tempahan boleh klik link whatsapp di bawah ini :-
Untuk lokasi dan tempahan boleh hubungi :-

D'Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acappella
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor


Atau Waze sahaja : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 minit sahaja dari Stadium Shah Alam)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com