10 Aktiviti Menarik di Resorts World Kijal untuk 2 hari 1 malam


Resorts World Kijal

Resorts World Kijal terletak di Kijal yang berdekatan antara Dungun dan Kemamam, Terengganu. Sebuah resorts yang sesuai untuk mereka yang nak berhoneymoon, bersukaria dengan keluarga, untuk acara rombongan, untuk aktiviti korporat atau family day. Banyak aktiviti yang menarik boleh disertai untuk melepaskan stress hari bekerja. Escape from the townlah macam tu kan.

Resorts World Kijal ni siap ada pantai, tempat bermain golf, view scenery yang cantik. Rekaan buildings pun sangat menarik ala-ala Cruise gitu.


Rekaan Bangunan Yang Seakan Cruise

Selama 2 hari 1 malam tinggal di sini rasanya memang no time for rest tapi banyak aktiviti yang banyak telah I joined dari pagi sampailah ke lewat malam. Rasanya 2 hari 1 malam memang rasa macam tak cukup untuk explore setiap tempat. Apa pun memang Enjoy habis rasa macam nak pergi lagi sekali nikmati scenery view yang cantik dekat sini.


Swimming Pool Yang Luas

Masa terluang boleh digunakan untuk berswimming pool yang luas ni. Kolam yang sangat luas ada bahagian untuk dewasa dan kanak-kanak. Kalau korang nammpak ada pondok kecil tu dalam tu ada hot jacuzzi bolehlah rendam-rendam kaki dalam tu.


Setiap Gambar Sangat Berharga di sini

Resorts World Hotel ni menyediakan kemudahan yang pelbagai termasuklah setiap sudut yang agak Instagramable photos gitu. Memang rasa macam 100 gambar, 100 gambar tu tetap nampak cantik tau sebab memang tempat agak menarik. Kalau nak ambil gambar kahwin I rekomen sangatlah you all tangkap gambar di sini tau.


Tarian Menyambut Tetamu

Persembahan seni tarian budaya pula dipersembahkan pada tetamu yang hadir lebih lagi tetamu yang kehormat. Comel-comel betul mereka ni kecil-kecil lagi dah pandai menari Kakak is jealous tau.



Lobi Utama

Main water fountain ni terletak di main lobby, jangan lupa pose satu photo di sini tau.


Pemandangan Indah dari Tingkat 8

Pilihan bilik yang sangat bagus kalau berada di level tinggi sebab boleh nampak jelas dan penuh ciptaan tuhan dan ciptaan manusia yang digabungkan menjadi satu tempat yang agak harmoni. Sambil bermain di swimming pool sambil menikmati pemandangan yang indah seperti lautan yang luas dan langit yang membiru, memang boleh hilang stress berada di bandar tau.


Aktiviti utama ialah Sukan Golf

Di sebalik Resorts terdapat padang yang luas menghijau khas untuk bermain golf. Usually orang-orang besar luangkan aktiviti bersama dengan kawan-kawan korporat di sini. Eh I rasa macam dah lama tak main golf, rasa macam ada masa nak pergi lah sekali lagi.



Aktiviti Mantapkan Badan

Haaa kalau you all tengok gambar-gambar ni of course memang banyak sangat aktiviti boleh buat tau selain daripada berenang dan golf , ada juga gym untuk naikkan kembali otot yang semakin lemau tu.. Masa nak berenang tu kena pakai suits yang sesuai tu untuk mengelakkan pencemaran air (elakkan menggunakan pakaian yang luntur warna) dan sesuai untuk melakukan pergerakan.


Room Tour Premier Double Room

Bilik yang sesuai untuk family yang kecil atau yang berhoneymoon. Dua katil yang selesa, empuk dan ada rekaan cadar serta alas warna warni. Siap ada bath up walaupun bilik yang sederhana luas ni.
Walaupun sederhana kecil tapi bagi I bilik ni sangat selesa, easy akses nak buat air kopi, nak solek-solek, nak baring tengok TV, bersih, setiap penjuru macam tak ada kotoran, kerusi santai pun ada untuk nikmati panaroma yang indah. So far memang sangat selesa ! Kalau you all datang sini minta tingkat 8 nombor 816 ya, hehe.

Bagi I dah cukup lengkap dah ni sebab bahan asas seperti produk penjagaan diri semua ada termasuklah berus gigi, shower cap, dan shaver. Dalam bilik ni pun disediakan safety box, kalau nak keluar boleh simpan dokumen diri yang penting dalam tu.


Tasik kecil di Padang Golf

Dekat sini ada tasik kecil tau, haha makesure kalau bawa anak-anak jangan kasi dorang main kat sini ye.


Aktiviti Tradisional - Congkak

Resorts World Kijal ni sangat sesuai untuk sekolah-sekolah adakan peringkat kebangsaan kalau melibatkan aktiviti tradisional sebab ada congkak besar pakai biji getah ke apa. Apa pun aktiviti ni makin lama makin hilang ditelan zaman. Semoga congkak ni masih kekal sehingga generasi akan datang.


Aktiviti Tradisional - Mewarna batik

Dekat sini juga ada disediakan tempat khas untuk warna batik. Tak silap RM15 satu piece. Selain itu ada juga baju batik yang boleh dibeli disini rasanya harga nya masih mampu beli seriously.


Lobi - Reception

Sini adalah bahagian untuk check in check out ya.


Breakfast & Lunch di Restoran Kampong Meraga Beris

Bahagian makan-makan pula di Restoran Kampong Meraga Beris yang berkonsepkan seperti kehidupan seorang nelayan dan makanan pula mostly makanan masyarakat melayu di Terengganu.


Pelbagai jenis kuih-muih yang berwarna warni tapi sedap.


Antara hidangan yang enak pembuka selera. Siap ada Gulai rusa lagi, eh of course yang itulah kegemaran I. Rasa pun sangat enak.


Makan Malam di OBB Oasis Beach Bistro

Makan malam di OBB Oasis Beach Bistro ni sangat sesuai untuk moment yang romantik sebab ianya terletak bersebelahan pantai dan warna lampu oren malap memang best lah beradegan sweet-sweet dengan orang yang tersayang. Siap ada persembahan nyanyian lagi dengan dendangan lagu yang trendy dan hits.


Antara hidangan di OBB Oasis Beach Bistro yang disediakan adalah seperti steambot, nasi goreng, daging bakar, mushroom soup, apple pie dan macam-macam lagi.


Aktiviti Menanam telur anak Penyu


Memandangkan manusia jenis suka makan telur penyu jadi memang makin lama makin pupus lah hidupan liar ni dan kemungkinan besar generasi akan datang tak kenal lagi penyu. Tapi dapat lihat dalam animasi 3D je.

Terengganu ni merupakan tempat persinggahan penyu untuk bertelur di sini. Common spesis ialah Green Turtle/Penyu hijau. Penyu ni akan naik sekitar dari bulan April hingga September untuk bertelur mungkin disebabkan suhu dan cuaca.


Selepas 3 bulan, telur penyu ni akan menetas dan akan keluarlah penyu-penyu yang masih lembut dan comel dan bersedia untuk ke laut.


Setiap penyu yang telah menetas mereka sangat digalakkan untuk merasai pasir terlebih dahulu lebih kurang 3-10 meter untuk menghasilkan otot yang kuat dan sayap/kaki/tangan/kepak/flipper sebagai pedal ketika berada di dalam laut nanti.


Banyak sebab kenapa tak boleh makan telur penyu sebab penyu ni salah satu spesis hidupan lautan yang makin lama makin pupus kemungkinan besar generasi akan datang.. penyu pun tak kenal tau. Di Terengganu spesis penyu yang paling dikenali ialah Green turtle ... penyu warna hijau ni bertelur memanglah banyak tapi dari beratus telur keluar tu kemungkinan besar bawah 10 je hidup dengan jayanya... sebabnya... manusia dan haiwan karnivor di luar sana.. entahlah sedap ke telur penyu ni.. i tak sampai hati pun nak makan... too cute too eat... huhuh... Nak tahu tempat menarik yang ada tempat selamat untuk pembiakan telur-telur penyu ni ? Try google : @Resorts World Kijal Sila tonton ya video ini untuk program pemuliharaan, penetasan dan pembiakan penyu bersama sesi penerangan oleh Encik Ragu dan Encik Roslan.

Misi menyelamatkan telur penyu !

Tahukah anda..
Beratus-ratus telur yang dihasilkan..
Tak semua akan berjaya hidup dengan jayanya...
Sebab kena makan dengan manusia dan haiwan...

Nak buat macam mana...
Pemangsa akan mencari mangsa..
Jadi janganlah kita menjadi pemangsa...
Selamatkan mereka demi generasi bangsa.. 

Makan telur ayam kan lagi sedap..
Kenapa mesti telur penyu...
Mereka semakin lama semakin lenyap..
Kerana selera pemuas nafsu... 

Untungnya kami...
Masih dapat pegang mereka..
Marilah teruskan misi..
Selamatkan mereka... 

Dimana nak rasai pengalaman ini..
Bersama kehidupan fauna..
Pergilah ke Terengganu kali ini...
Resorts World Kijal salah satu tempatnya.. 

Nak tonton lebih lanjut I punya pengalaman......
Silalah pergi link youtube I di sini... 
https://bit.ly/2O18ecn
Kesedaran bersama takkan berhenti... 

#lifestyleblogger #clozette



Menikmati keindahan di Pantai yang bersih, lautan dan langit yang membiru


Aktiviti - Menanam Pokok Kelapa

Pokok kelapa ni sebenarnya memang banyak kegunaan dari daun sehinggalah ke akarnya.
Akarnya bertujuan untuk mencengkam tanah agar menjadi kuat jadi bila ada berlaku kebanjiran ke apa ke tanah tu berpotensi untuk mengelakkan hakisan. Batangnya pula dengar cerita boleh digunakan untuk menghasilkan perabot. Buahnya pula boleh digunakan santan, minum air kelapa untuk hilangkan demam manakala daun pelepahnya boleh buat sebagai wrapping makanan. ALL IN ONE usage tau pokok kelapa ni. Jadi kami ambil kesempatan untuk tanam sebiji sebagai pencinta alam sekitar. hehe. Tunggu lagi beberapa tahun untuk pokok ni membesar.



Acara Sukaneka untuk Hari Keluarga

Di Resorts World Kijal ini juga menyediakan ruangan untuk aktiviti sukaneka tau. Antara permainannya ialah mengambil botol dengan menggunakan diver's boot ala-ala kaki itik, haha nampak je senang tapi bila pakai fuh berat gila. Kemudian diteruskan pula permainan bawa bola dan kepit bola, paling best yang tarik upik haha memang I tak pernah main pun benda ni dari masa kecil. Lepas tu lontar bola besball dan disambut oleh goal keeper. Lepas tu sagat kelapa, dah diakhiri dengan perah santan kelapa. Haha acara sukaneka ni memang mengimbau kembali kehidupan zaman mak-mak kita dulu kala tau tapi paling penting ialah ikatan silatulrahim wujud ketika bermain acara sukaneka ni.


Aktiviti Bermain DAM ular yang besar

Yang ini perlukan satu pasukan ala yang kita main dam ular masa kecil dulu.. tapi dalam saiz yang besarlah. Orang tua main pun seronok tau, haha.





Haha bila tak bawa anak memang best sebab dapat beromantika dengan Encik Husband haha sampai Deena pun ingat I baru kahwin. Hehehe.


Port view yang menarik.


Waktu malam bulan mengambang pula jangan lupa tangkap gambar di sekitar OOB - Oasis Beach Bistro ni sebab reflection cahaya dari bulan ke laut tu buat gambar sangat cantik tau.


Tempat bersantai yang selesa untuk membawang dalam facebook, heheh.


Sunrise nak keluar tapi dia malu-malu tau.


Tu dia sunrise dah keluar, kalau nak view sunrise yang cantik bolehlah korang tempah satu bilik di Resorts World Kijal ni. Last September 2018 haritu ada offer pakej 3D2N sea turtle/s package yang bermula dari RM 682. Taapi bagi yang planning cuti sekolah nanti boleh layari sendiri : https://www.rwkijal.com/

Just a small recap, 10 Aktiviti Menarik di Resorts World Kijal untuk 2 hari 1 malam :
  • Trip lawatan di Resorts World Kijal
  • Aktiviti Makan-makan yang enak dan sedap
  • Permainan Telematch & explorance/ Main dam ular, cabaran catur dan teng teng.
  • Aktiviti Polo Air
  • Aktiviti melihat penyu bertelur, menanam telur penyu dan melepaskan telur penyu serta menanam pokok kelapa
  • Aktiviti berzumba
  • Aktiviti permainan tradisional seperti congkak dan mewarna batik
  • Melawat kampung yang berdekatan
  • Acara sukaneka mengimbau kenangan tradisi lama
  • Aktiviti menikmati keindahan alam seperti matahari terbit dan terbenam
Saksikan kitaran kehidupan apabila seangkatan penyu pulang ke pantai di Resorts World Kijal, Terengganu

Usaha resort tersebut dalam menjalankan proses pemuliharaan akan
diiringi dengan aktiviti-aktiviti bersama para tetamu seperti pelepasan
setelah menetas, menanam telur penyu dan juga menonton penyu.

Genting Highlands, September 2018 - Kelihatan seekor ibu penyu - bergerak dengan penuh
perlahan ke dasar pantai untuk memastikan agar pewaris generasinya selamat ditimbus dengan
pasir suam - merupakan sesuatu yang patut dihargai. Musim melihat penyu di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia pun sudah tiba ke kemuncaknya di bulan September ini, namun begitu
jika anda ingin melihat dan menghargai haiwan yang megah tersebut apabila mereka kembali
pulang ke pantai di Malaysia, tempatnya tetap di Resorts World Kijang, Terengganu.

Angkatan penyu tersebut biasanya akan tiba pantai-pantai Terengganu dari bulan April ke
September, kebanyakannya termasuklah yang biasa kita lihat iaitu Penyu Hijau (Chelonia
Mydas) dan juga yang agak jarang dijumpai Penyu Hawksbill (Eretmochelys Imbricate). Penyu-
penyu tersebut menggunakan hanya nalurinya, kembali ke permukaan pantai di tempat mereka
menetas, pantai sepanjang 7.6km di Resorts World Kijang merupakan salah satu kawasan yang
suci tersebut. Dalam masa tiga bulan, telur-telur tersebut akan diinkub dengan tanah, apabila
tibanya bulan penuh angkatan pemangsa itu akan muncul dari permukaan pantai dan terus
berlumba ke lautan. Dalam tahun-tahun yang akan datang, kebanyakan daripadanya akan
kembali ke pantai yang sama, langsung melengkapkan kitaran kehidupan. Dan Resorts World
Kijal akan sentiasa ada untuk menyambutnya.

Kawasan yang boleh dikatakan agak sesak, pihak di Resorts World Kijal sudahpun bersedia
dengan program pemuliharaan untuk memastikan keselamatan kedua-dua penyu dan juga
telur-telurnya. Pantai tersebut dibersihkan mengikut jadual untuk memastikan pantai tersebut
bersih dan selamat untuk ketibaan penyu-penyu dan juga untuk para tetamu beraktiviti, seiring
itu pihak resort juga bekerjasama dengan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu untuk
mendapatkan perlindungan secara rasmi untuk pantai mereka dan juga untuk mengesahkan
program pemuliharaan tetamu penyu mereka. Untuk mereka yang cenderung ke arah ekologi
ataupun yang penuh dengan rasa ingin tahu, boleh mengambil bahagian dalam pelepasan
penetasan telur penyu ataupun dalam sesi penanaman telur penyu (RM49/sesi), tidak pun pergi
melihat penyu di waktu malam (RM70 seorang) bertempat di resort atau di Sanktuari Penyu Ma

Daerah Kerteh atau Pantai Teluk Mak Nik Kuala Kemaman, kenderaan disediakan. Dua tempat
terakhir yang disebut merupakan tempat yang popular untuk melihat penyu, tempat-tempat
tersebut diberi sokongan oleh Resorts World Kijal melalui pembersihan pantai tahunan Jabatan
Perikanan.

Untuk mereka yang bersemangat untuk mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan
tersebut dan juga ingin melihat dengan mata sendiri haiwan-haiwan marin yang megah itu boleh
daftarkan diri mereka dalam pakej Penyu Laut 3hari2malam (RM682 sebilik/semalam untuk 2
orang, sah untuk lawatan dari 1-30 September 2018), di mana mereka boleh frolik di pantai di
siang hari dan terus berjaga-jaga demi penyu di waktu malam.

Akan tetapi, pasir pantai bukan tarikan utama di Resorts World Kijal. Terdapat banyak aktiviti
yang menghiburkan untuk mereka yang dewasa dan juga kanak-kanak - dari polo air ke kolam
renang ke kawasan memanah dan juga gelanggang-gelanggang tenis. Para tetamu di resort
juga boleh berbasikal dan membuat penerokaan di persekitaran yang idilis, ataupun cuci mata
lebih mendalam di salah satu ‘tour’ resort tersebut ke kampung-kampung pemancing, pencarian
rasa-rasa tempatan di pasar malam, melihat kelip-kelip di bakau yang berdekatan dan juga
menikmati durian (ikut musim) yang amat menggiurkan. Untuk mereka yang ingin relaks dengan
kelab menghayun, Palma dan Rimba Nines - sebuah padang golf kejohanan 18 lubang -
terletak hanya bersebelahan dengan resort tersebut, menyediakan cabaran-cabaran yang unik
dengan konsep padang pasir. Marilah datang melawat demi penyu-penyu kita, tinggal dengan
lebih lama pula demi aktiviti-aktiviti mengujakan yang boleh dibuat.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com