Makan Malam sambil layan Fashion Show Busana Perkahwinan di GRAND BALLROOM @SUMMIT HOTEL USJ


Hey you all, I dah lama tau tak pergi persembahan fesyen sambil layan lagu-lagu romantik malam-malam. Rutin harian yang memenatkan dapat sedikit kesegaran apabila I berpeluang berdating dengan Encik husband I yang hensem tau. Mengimbau kembali memori perkahwinan kami yang ke 8 tahun. Tapi zaman sekarang majlis perkahwinan dan macam anak raja dengan harga yang I rasa berbaloi juga la.

Selain daripada persembahan pakaian perkahwinan, pentas juga dihias ala-ala pelamin yang memang disediakan khas untuk para memperlai bersanding sambil melihat persembahan. Konsep elegan dan romantik ni memang kena sangat untuk mereka yang nak mendirikan rumah tangga. Nak pula orang yang berada I rasa dewan ni memang kena lah untuk jemput tetamu seperti dato' datin gitu.

GRAND BALLROOM @SUMMIT HOTEL USJ ni memang jaga kualiti dan juga kebersihan, bila masuk je hotel nampak sangat bersih dan luas di bahagian dalam, ianya merupakan benda yang perlu dititiberatkan untuk para tetamu yang hadir berasa selesa.


Majlis dimulakan dengan ketibaan pengantin mengiringi kompang dan bacaan selamat lepastu pembukaan majlis dan potong reben oleh wakil dari Wedding Studio Sdn Bhd dan Summit Hotel Subang USJ. Lepas tu majlis diteruskan dengan menjemput para tetamu untuk menjamah menu makanan yang disediakan.


Menu yang disedakan adalah seperti nasi beriyani, nasi putih, ayam goreng berlada, daging rempah, dalca sayur, acar timun, papadom, buah tembikai, buah oren, buah epal, air mineral, teh tarik dan air sunquick oren. Maaf ye Megat, I terfokus pada persembahan fesyen sampai terlupa nak tangkap gambar makanan depan mata I. hehe. Thank you for the photo.


Pertunjukan fesyen pakaian pengantin ni telah menggayakan busana pengantin yang berkonsepkan ala-ala Barat dan juga tradisional. So bagi yang tidak ada idea busana apa nak pakai masa waktu perkahwinan nanti, roger je Wedding Studio. Nanti dorang bagilah idea busana mana yang sesuai.


Paling best malam tu semua tetamu sanggup ya stayback sampai pukul 11 malam semata mata nak tunggu Hael Husaini punya pasal, haha. Yerlah Hael tu dari Kedah kot rushed ke sini. Apa pun persembahan nyanyian ada 2 lagu, satu hajat satu jampi. Dah tu memang terjampi lah semua para tetamu yang ada dekat sini haha. Sampaikan Hael tu nak lalu dekat red carpet pun payah hahha.



Tapi apa pun dah kenapa Encik husband kesayangan aku ni pun pergi potong misai ala-ala Hael Husaini.. korang ada roger roger ke nak misai sama fesyen ?


Ni pula contoh kad jemputan, eh tapi kalau macam you all nak buat majlis perkahwinan tak silap I Wedding Studio memang lengkap rasanya pakejnya termasuklah kad jemputan. Korang cuma perlu sediakan duit je, yang lain memang Wedding Studio tolong kan. So memang tak pening kepala lah. Untunglah orang zaman sekarang, servis pakej perkahwinan semakin banyak dan tip top pula dah ! I is jealous you know.


Tak lupa juga, Ara johari pun awal-awal memang ada buat persembahan tau... Lagu cintan cintun lah tapi suara dia best gila tarik tarik suara high pitch sampai gitu. No wonder lah orang dok ulang tayang lagu dia tu hari hari.


Banyak-banyak pasangan yang memperagakan busana perkahwinan I rasa I teruja tengok yang ini sebab jejaka dia dah macam Ken Barbie Doll dah kenapa... busana ni pun memang cantik.. nampak macam permaisuri gitu hehe.


Terdapat persembahan tradisional juga, melenggang lenggok...


Hey kalau nak buat majlis perkahwinan nampak lagi special, korang kena hire these 2 singers serious macam-macam lagu dorang boleh bawa, lagu orang putih, lagu p ramblee, lagu lama... boleh je. suara mereka berdua ni memang awesome gila memang enjoy habis dengar tau.




Yang ni persembahan konsep macam ballet black swan gitu..


Hey korang taknak ke majlis perkahwinan korang berkonsepkan elegan, mewah nampak macam raja sehari macam ni, dipenuhi dengan lampu-lampu yang romantik, memang I rasa Wedding Studio punya servis ni, entahlah berkualiti kemas dan buat satu majlis perkahwinan boleh dikenang sampai anak cucu cicit lah...romantik habis... ! Lengkap dan tip top !

Bagi yang nak tahu servis apa lagi yang termasuk dalam pakej perkahwinan dari Wedding Studio ni :

Pakej Kahwin Di Summit (4Star) Hotel Subang USJ:-

- RM33000
- 1000pax Makanan Buffet
- Sewa Dewan Ballroom
- Meja 80 Beralas Kerusi
- 800 Bersarung Riben
- Meja Beradap 10pax
- Pelamin Dewan, Flower Walkway, Red Carpet & Arch
- Baju Sanding L&P
- Makeup
- Photography+ CD
- Videography + CD
- PA System, DJ Emcee
- Kompang Live
- Bilik Suite Bermalam
- Kek Pengantin 3 Tingkat
- VlP Parking 3 Depan Hotel
- Holding Room
- Projector & Screen
- 4 Dome VlP - Pelayan Beruniform 15
- Guest Parking 1000
- Wheel Chair Friendly
- Harga Biasa RM80000++

Untuk maklumat lanjut, sila roger-roger :

WeddingStudio (Since 2009)
Tel: 012-429 2806 | 012-497 8827 | 017-237 7449

#PakejHotel #Pakej2019 #DewanSubang #Subang #USJ #DewanKahwin #SubangJaya #PakejLengkap #MuslimWedding Perasmian #SneakPreview #PratontonDewan #SummitUSJ

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com