Lampin dan produk penjagaan bayi Kira Kira kini di Malaysia


Lampin pakai buang memang dah sinonim untuk mak mak masa kini pakaikan untuk anak-anak dari newborn sampailah tiba masa berdikari untuk pandai buang air ke dalam tandas. Negara daripada Jepun memang tidak pernah terlepas peluang untuk mengeluarkan produk khas dan mesra untuk anak-anak kita kan. Jadi terciptalah jenama Kira Kira Baby Care yang menggunakan formulasi dari bahan organik yang berasaskan tumbuhan khusus untuk hipoalergik dan selamat untuk anak-anak kita disamping itu ianya amat selesa serta anak-anak kita nampak bergaya tau.


Tahu tak bila anak-anak kita selesa dengan apa yang mereka pakai boleh buat dorang ni kurang meragam dan boleh bermain dengan gembira tanpa halangan. Salah satunya ialah Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan juga Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium pants, rata-rata ibubapa yang bagi anak dorang pakai lampin pakai buang ni dorang kata anak-anak dorang tak de masalah bila pakai dan tak meragam lah gatal ke apa ke.

Anak I pula memang tak ada masalah pakai jenis lampin apa pun tapi so far I dah cuba pakaikan Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan juga Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium pants I tengok dia Okay je, tak ada masalah lah nak cabut-cabut sebab tak selesa maknanya dia selesalah kan bila pakai sampai dia buang air dalam tu. Lagi satu lampin Kira Kira ni dalam tempoh 4-6 jam tak ada berlaku masalah kebocoran kalau anak I buang air kecil dalam tu. I rekomen untuk mak mak di luar sana boleh cuba sendiri kah Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan juga Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium pants kalau nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan hehe.


Inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anak kecil sentiasa kering dan segar serta berasa lebih selasa dan bergaya dengan corak lampin yang kawaii (comel).

Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, mak mak zaman kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit anak ye. Anak-anak juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada mereka kerana ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.

Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama.


Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik selain daripada lampin pakai buang. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit anak-anak kecil. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit anak-anak kecil lebih lembut dan gebu apabila disentuh. I juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi anak-anak kecil. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit anak-anak kecil. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit anak-anak kecil daripada ruam lampin.

Tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama. I pula merupakan salah seorang mak mak yang memang teruja dengan produk Kira Kira yang bukan sahaja berkualiti malahan harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat.

Bagi ibu bapa diluar sana yang teringin nak cuba sendiri lampin pakai buang dan produk penjagaan diri anak-anak kecil anda dari Kira Kira sila layari :http://bit.ly/KiraKiraShopee menerusi laman web Shopee.

Pembeliaan RM100 ke atas, sila masukkan kod promo "KK25LAUNCH" masa nak bayar ye untuk nikmati diskaun sebanyak 25%. Promosi ni sah sehingga 30 September 2018 sahaja je tau.(*Tertakluk kepada terma dan syarat)

Of course sebagai mak mak zaman kini, I mestilah nak anak I rasa selesa dengan penjagaan yang berkualiti semasa anak-anak kecil I dalam proses membesar untuk menerokai dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia


www.syafierayamin.com