Koleksi Canmake Tokyo 2018 kini boleh didapati di Guardian Malaysia


Bersaiz kecil dan senang di bawa kemana-mana, muat masuk beg, itulah idea terbaru dari Canmake untuk para gadis yang jenis on-the-go. Tak perlu bawa alat solekan berat-berat dah untuk kelihatan cantik dan makeup on the point serta ianya muat didalam beg kosmetik atau tas tangan I. Dijual pada harga yang perpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70 produk-produk Canmake direkabentuk dengan baik dalam saiz kompak untuk kemudahan pengguna.


Guardian berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Canmake dalam menyediakan rangkaian produk hebat ini kepada makeup lovers. Melalui penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenamaini iaitu Guardian Malaysia bakal mengukuhkan kolaborasinya dengan Canmake, salah satu jenama kosmetik mampu milik yang paling popular di Jepun. Pada tahun 2015, Guardian menawarkan produk Canmake di 12 buah stor. Hari ini, produk Canmake boleh didapati di 55 buah stor dan menjelang akhir tahun ini, ia bakal dijual di 80 buah stor Guardian.


Canmake berusaha untuk menjadikan alat solekan yang bermutu tinggi untuk menjadikan para gadis di luar sana nampak lebih bergaya dan senantiasa cantik dengan harga yang berpatutan. Selama 33 tahun di pasaran, canmake akan menambah baikkan jenama kosmetiknya mengikut trend dan permintaan.

Bermula dari SASA, AEON Wellness, Guardian, Aeon Departmental store, Hermo- kedai kecantikan online, Play-Up by Parkson dan juga OurShop oleh AirAsia dan lebih dari 150  titik jualan telah menjadikan Teeni Enterprise dengan bangganya menjadi pengedar tunggal di Malaysia sejak kewujudan sulungnya dan telah berada di Malaysia selama 13 tahun lamanya. Damen Mall yang terletak di USJ Subang juga telah menjadikan Canmake mempunyai sebuah kedai miliknya.


Cara nak nampak cantik dan bergaya dengan menggunakan alat solekan dari Canmake. Nah MUA Shiyo Joo tunjukkan caranya dengan menatarias blogger Chanwon. Penggunaan warna yang sweet sweet ni bukan sahaja meningkatkan seri si pemakai malahan It's time to show up !  Pakaian dah ropol-ropol ditambahkan lagi solekan yang bewarna merah jambu dan lembut... dah macam anak patung jadinya yang penting Chanwon nampak sangat cantik berseri lepas pakai alat solekan dari Canmake !


Guardian Malaysia telah menyediakan kaunter “make-me up”, yang lengkap dengan maklumat pengguna dan paparan tester untuk memberikan pengalaman yang lengkap kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan mengetahui dan berpeluang untuk mencuba produk Canmake.


Canmake memang tidak mengecewakan, siapa yang sempat hadir di majlis kali ini, memang tip top 5 star da bomb layanan di beri. Bloggers dan influencers juga dapat beramah mesra bersama peminat setia Canmake. Siapa sangka Canmake telah mendapat kedudukan di setiap hati beauty bloggers dan influencers tau.


Banyak permainan yang SUPER FUN antaranya Spin-the-Wheel, I dapat blusher, then ada pula main tikam item just letakkan nombor pilihan, I picked nombor 21 sebab ianya tarikh harijadi I. Time tu juga I dapat buat I punya cotton candy sendirian berhad.


Antara produk yang terbaru dari Canmake ialah :

  • Canmake Transparent Finish Powder

    Untuk bagi makeup yang ringan dan lembut umpama mutiara di kulit, mencerahkan kompleksi kulit dari dalam, bedak wajah yang dijadikan sebagai makeup setting dan touch up. Gabungan 3 warna untuk bagi kulit nampak beraura gitu.

    Ada bahan mineral dan senang disingkirkan dengan menggunakan pencuci wajah sahaja, bebas alkohol dan pewangi. Diformulasikan dengan bahan pencegah kilatan dengan menyerap sebum berlebihan, wajah yang melekit dan solekan hilang.

    Terdapat 11 jenis bahan kecantikan yang boleh mencegah kekeringan iaitu ekstrak aloe vera, ekstrak rosemary, extract chamomile, ekstrak lemon, ekstrak protin mutiara, ekstrak chesnut kuda, ekstrak daun perilla, squalane, minyak zaitun, minyak jojoba dan juga minyak biji anggur.

    Ada cermin dan puff juga tau.
  • Marshmallow Finish Base M (moisture) untuk kulit kering

    Sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit kering, terdapat 5 jenis agen pelembab yang boleh mengurangkan saiz liang pori, kulit terasa lebih matte tanpa rasa berat dan cakey, melembutkan tekstur kulit yang tidak sekata. Membantu menutup cela  dengan tekstur produk yang lembut. Formulasi hidrasi pun ada dalam ni untuk kasi rasa yang berbeza.  Ada satu wana sahaja kena pakai Canmake's Marshmallow untuk kunci lembapan marshmallow finish base M(moisture).

    Ada SPF27 PA++ untuk perlindungan tabir suria dan mencegah penuaan dengan liputan yang tinggi dengan agen mencantikkan dan melembabkan kulit wajah serta mencegah solekan hilang akibat kulit yang kering.
  • Marshmallow Finish Base O ( Oil-Block ) untuk kulit berminyak RM49.90

    Yang ini sudah semestinya sesuai untuk kulit wajah I sebab kulit I jenis berminyak dan bantu menutup masalah cela seperti jerawat sebab yang ini ada bahan yang boleh menyerap lebihan serum dan agen oil-blocking seperti zinc oxide dan silica. Ianya tidak bermiyak dan sangat lembut pada kulit. Ada SPF 28 PA+++ dan kena kunci marshmallow finish base O (Oil-Block) ni dengan Canmakes's Marshmallow Finish Powder untuk menambah kesan fokus yang lembut.
  •  Canmake Tokyo Lip Tint Matte RM44.90

    Terdapat 3 warna iaitu Coral, Red dan Rose yang mempunyai 10 agen pelembab untuk mengurangkan kesan kering pada bibir. Menjadikan bibir nampak lebih matte dan terdapat sedikit shing. Cepat kering tanpa meninggalkan rasa melekit selepas aplikasi dan tak perlu risau lagi jika rambut terkena pada bibir sebab ianya takkan melekat ! Warna yang sangat cantik dan berseri ! :)


  • Canmake Tokyo Juice Lady Liquid Cheek RM42.90

    Boleh dijadikan sebagai pemerah pipi atau gincu bibir dengan hujung  aplikator yang lembut dan ringan. Mempunyai perlindungan tabir suria serta terdapat 3 jenis warna iaitu 01 rose pop, 02 mango orange dan 03 apple cherry. Ianya kalis air terutamanya pada bahagian pipi dan formulasi yang tahan lama. Warna semakin lama semakin cantik mengikut masa. Tidak melekit dan teruss cair ke wajah apabila bersentuhan dengan kulit. Sangat mudah untuk di blend dan menjadikan wajah nampak lebih natural dan berseri.
  • Canmake Velvety Fit colors RM39.90

    Ada 4 jenis shades iaitu 01 chocolate tiramisu, No 02 Honey Diamond, No 03 Baby Apricot, No 04 Rose Cocoa dengan formulasi bahan seperti squalane, minyak biji jojoba, minyak biji macadamia dan sodium hyaluronate. Warna yang sangat lembut pada kelopak mata dengan kemasan yang seksi canggih. Boleh mix and match the color mengikut keperibadian diri sendiri tau tapi I paling suka warna baby apricot.
  • Canmake Perfect Stylist Eyes RM49.90

    Terdapat hampir 10 warna iaitu 02 Baby Beige, 05 Pinky Chocolat, 07 Gateau Framboise, 09 Sunny Brown, 10 Sweet Flamingo, 11 Rose Beige, 12 Dreaming Flower, 14 Antique Ruby,
    15 Twilight Beach, 16 Double Sunshine, dan 17 Princess Bouquet(Warna baru) dengan formulasi ala ala bedak mentega yang lembut, sangat halus, partikels yang lembut dan sangat mudah melekat pada alis kelopak mata tanpa jatuh pada kulit wajah terutamanya bahagian hidung dan pipi. Boleh gabungkan warna mengikut kesesuaian majlis yang nak pergi tau.
  • Canmake Tokyo Creamy Touch Liner RM45.90

    Ianya kalis air, tahan dari air, peluh, air mata dan juga sebum serta mengandungi bahan seperti squalane, minyak biji jojoba, minyak biji macadamia dan juga sodium hyaluronate yang memberikan warna yang sangat terang dan kaya dengan warna, mempunyai tip yang sangat halus iaitu 1.5mm dan sangat lembut untuk memudahkan lukisan garisan yang kemas pada bahagian garisan alis mata dengan formulasi yang sangat baik tanpa kesan comot  sebab ianya berasaskan gel. Walaupun sentuh mata dengan menggosok, tetap tidak akan merubahkan bentuk garisan yang telah di sapu pada mata pada awal-awal solekan lagi ! Terdapat 2 jenis warna iaitu 01 Deep Black dan juga 02 Medium Brown.



Koleksi Canmake Tokyo 2018 memberikan wajah yang segar dan baru serta sudah berada di pasaran terutamanya farmasi Guardian yang berdekatan dengan anda !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

www.facebook.com/CanmakeMalaysia
www.instagram.com/canmake_malaysia

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com