Betulkah Jadi Suri Rumah lebih penat dari wanita yang bekerja ?

Ini topik yang sangat menarik..
sebelum nak teruskan,
yes I pernah bekerja dan sekarang I adalah seorang suri rumah....

apa pun sebelum nak bantai satu sama lain...
Tahniah kerana anda telah menjadi seorang wanita yang mampu menempuhi segala cabaran..

Cuma I tertanya-tanya betulkah wujud seorang ibu yang tak marah anaknya yang tak pernah cubit anaknya tak pernah rotan anaknya ? Jika wujud tahniah anda seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi (tapi jangan vice versa membiarkan anak melakukan kesalahan tanpa menegur)..

Topik ni santai-santai sahaja sebab ianya akan berlaku pada semua wanita yang dah berkahwin dan sudah ada anak jadi yang masih belum ada anak rasanya boleh skip kot topik ni... takut nanti ramai ibu-ibu yang dah anak terasa sentap pula bila yang belum ada anak menasihati ibu-ibu yang dah anak ni... hehehe....

Apa pun...
tepu dada tanya selera...
Bila dah ada anak-anak tanggungjawab semakin besar semakin berat sebab nak membentuk seorang manusia bukan sesuatu yang mudah, sepanjang saat perlu diperhatikan, biarkan anak-anak terokai dunia tapi tetap kena jaga batasannya...

ada yang tersilap langkah lain ilmu yang dipelajarinya...

jadi ibubapa bukan sekadar ibu bapa..
tapi kena selami jiwa anak-anak...
kena jadi sebagai sahabat terbaik..
kena jadi sebagai idola...

anak-anak ni bukan ibu sahaja kena jaga 24 jam 7 hari tanpa henti..
si ayah sepatutnya ambil tahu perihal anak-anak...
sebab anak-anak ni selalunya akan tengok perangai si ayah...
satu-satunya role model yang mereka nak ikuti..

lebih-lebih lagi anak perempuan...
si ayah perlu berikan perhatian lebih..
sebab anak perempuan yang rapat dengan ayahnya..
takkan mengharapkan lelaki lain untuk meluahkan perasaan apabila dewasa kelak...

tak ramai dah yang mampu mengikut sunnah yang betul dan tepat...
tapi ramai menggunakan sunnah sebagai penyelamat diri dan nafsu...
perlu tahu tak semuanya sempurna..

apa pun...
Betulkah Jadi Suri Rumah lebih penat dari wanita yang bekerja ?

kes saya pula :

Malas nak compare,
nanti orang yang bekerja cakap pula.. dorang lagi letih... dah lah hadap muka bos lepas tu hadap kerja yang banyak balik rumah pun kerja lagi banyak... hahahha...

bagi aku JAGA anak kecil lagi phewwww, sebab 1 saat tak boleh terlepas pandang, setiap kali aku ke dapur masak sekejap tak sampai berapa saat je mesti ada yang luka sana calar sini lebam situ, sebab apa ? Sebab dok jadi monkey jumping on the sofa, bila aku kat ruang tamu pula, memang meragukan bila anak ada dekat dapur, ada je yang dia dok main, salah satu gunting, memang mak dia jadi naga la, tak pun main air isi baldi air penuh-penuh letak sebotol sabun... phew, bazir sabun tapi benda paling takut depa dok main rendam dalam baldi tu, hmmph ! dah la banyak kes budak lemas..... Nauzubillahminzalik !

Bila bab makan pula, tak sah kalau tak bersepah meja, kalau makan sambil berputar satu rumah dengan makanan sekali... memang kena vacuum satu rumah kalau tak semut gigit ! bayangkan satu hari 3x makan, breakfast lunch dinner ( tak termasuk makan petang makan sebelum tidur ) imagine berapa banyak kali aku menyapu sampai dah tak rasa badan.

Nak pula jimat punya pasal, sekarang dah amalkan CLOTH Diapers, kadang-kadang satu hari 5-6x anak dok melepas dalam tu.... kerja aku dok mencuci pakai tangan je cloth diapers sampai mengelupas kulit woooo.... kalau pakai mild sabun stains tu memang payah nak hilang pakai breeze liquid sampai naik urat biru...

Pokok pangkalnya bagi aku jaga kanak-kanak kecil memang penat sampai dah tak ada masa untuk diri sendiri, tak sampai pukul 1 pagi memang aku dah KO dulu... rasa dah tak nak bangun dari tidur... hahahhaha sebab benda yang sama tetap berulang-ulang.....

serious aku katakan aku pun pernah bekerja dengan orang juga tapi memang tak rasa penat melampau macam jaga anak kecil..

tu sebab aku tak nak jadi pengasuh muahahahhahha....

haritu aku ada luahkan perasaan dekat makcik anak kepada anak dia OKU, aku cakap aku terlampau letih... Makcik tu cakap jangan cakap macam tu tak baik.... aku nak cakap je makcik tolonglah jaga anak saya.. he he he....


www.syafierayamin.com