Pudarkan Parut Dengan Dermatix Advance


Parut tu boleh terjadi setiap kali ada luka yang terjadi dan ianya dipengaruhi dengan sel kulit seseorang individu yang perlahan dimana parut akan mengambil masa yang lama untuk hilang dari kulit.

Kalau I pula masalah parut ni bukanlah sesuatu yang asing untuk diri I. Parut pertama I pernah ada ialah parut disebabkan luka kudis gigitan seranggan, kemudian suntikan BCG, diikuti dengan luka cakaran kucing, yang paling haru biru parut rekahan di perut selepas bersalin. Memang nak katakan badan I ni terlampau banyak parut nak buat macam mana kehidupan tetap perlu diteruskan walaupun banyak parut.

Terbaru pula anak lelaki I pula mempunyai kesan parut akibat dari pembedahan di bawah lehernya.
Sekarang ni I lebih fokus untuk pudarkan parut kesan dari pembedahan anak I tu. Macam I dah tak begitu kisah mengenai parut di kulit I.

Dermatix Advance ni I dah gunakan hampir selama seminggu di parut wajah I dan parut di leher anak I. Dermatix Advance - Advanced Scar Formula tujuannya adalah untuk mencerah, melembut dan meratakan parut tapi parut tu sebolehnya sebelum 2 tahun untuk nampak hasilnya. Teknologi CX5 dan Vitamin C Ester adalah formula unik yang telah terbukti memberikan kesan yang efektif untuk memudarkan parut.

Dermatix Advanced ni formulanya seperti lapisan perlindungan untuk mengekalkan penghidratan kulit dan menggalakkan pemulihan serta mengurangkan kemerahan dan kegatalan kulit.

Kandungan bahan seperti cyclic dan polymeric silixanes dan vitamin C ester adalah tidak berminyak,
cepat kering dan juga mampu memberi kesan pencerahan pada kawasan yang disapu dengan produk ini.

Bagi yang gemar menggunakan alat solekan pada wajah anda pasti akan menyapu primer terlebih dahulu kan ? Rasa tekstur Dermatix Advance ni lebih kurang macam tekstur primer. Just in case anda dah kehabisan primer boleh je gunakan Dermatix Advance Advanced Scar formula ni 10 minit sebelum penggunaan solekan. Trust me selain mampu menyamarkan parut pada wajah ianya juga menjadikan solekan pada wajah lebih tahan lama.




Mencuba tu tak salah namun Dermatix Advance Advanced Scar Formula ni tidak memberi jaminan untuk parut yang terbentuk akibat dari pembedahan, luka tergores atau luka yang terbakar kecuali luka terbakar darjah ketiga. Tapi sangat sesuai untuk hilangkan parut oleh pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti prosedut pembedahan luka terbakar, tergores, akibat dari gigitan serangga dan sebagainya.

Untuk I First impression I sangat suka sebab formula yang mudah meresap tanpa meninggalkan kesan berminyak serta kulit terasa lebih lembut lebih-lebih lagi pada kawasan yang mempunyai parut parut. Bahagian berparut pun nampak lebih smoother dan cerah dari sebelumnya. So far memang rekomen sangat pada yang nak parut nampak lebih pudar.

Parut akibat dari minor surgeri, umur parut lebih kurang 3 bulan.


Parut akibat luka ringan.

I terbaca satu review dari Marie Cobalt di hometesterclub.com mengenai Dermatix Advance.
Macam I baru guna seminggu jadi tak banyak yang I masih boleh katakan cuma so far I sangat suka
dengan formula cepat kering dan tidak berminyak malahan buat solekan I lebih cantik nampak lebih rata. Parut cacar I pada wajah I pun semakin pudar dan I boleh perasan parut lama turut terkena kesannya dimana ianya semakin lembut dari sebelum.



Menurut Marie Dermatix Advance berfungsi tapi ianya akan mengambil masa dalam penggunaan setiap hari pagi dan malam dalam tempoh 2 malam. Walaupun harganya boleh tahan tapi Marie kata ianya sangat berkesan lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Dermatix Advance ni sememangnya bukan seperti 'magic eraser' namun kesan parut semakin pudar dan hampir hilang lama-kelamaan. Marie akan membeli lagi produk ni dan sangat rekomen pada anda yang mempunyai masalah parut dimana anda akan nampak kesan nya dalam beberapa bulan. Kalau tak cuba sendiri mana nak tahu kan.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk yang berkesan untuk menghilangkan parut mungkin anda boleh melihat sendiri demonstrasi terhadap kesan-kesan produk dan jenis-jenis parut di www.dermatix.com.my
www.syafierayamin.com