Krim Pelembab Aveeno Baby untuk kulit sensitif


Bagi bayi atau kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif apa kata cuba sendiri Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream yang dikatakan terbukti secara klinikal untuk memberikan kelembapan selama 24 jam serta dapat melegakan kulit bayi yang kering dan sensitif.

Anak I yang kedua Adelia pun I sapu dekat bahagian kulit yang kering sebab nak pastikan kulit jadi lembab dan lembut so far anak I memang tak ada masalah kulit sensitif cuma kering sedikit tu mungkin normal sebab cuaca yang panas dan lembab kat Malaysia ni.


Paling menarik Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ni bebas dari fragran, bebas paranen, steroid dan juga phthalate iaitu sejenis bahan kimia pengawet yang boleh mengakibatkan kerengsangan dan tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Menurut Aveeno Baby® :

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

Krim ni umpama losyen yang pekat dan meresap ke dalam kulit dengan meninggalkan kesan yang lembut, lembab dan hidrasi pada kulit.

Jenama Aveeno Baby® ini disyirkan oleh pakar pediatrik sebab sangat bagus untuk mencegah dan melindungi kulit kasar dengan bahan seperti ekstrak avena sativa (oat) kernel.

Bukan sahaja kanak-kanak malahan ibu kepada kanak-kanak tersebut pun boleh pakai tau.

Bahan lain yang ada dalam Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ini seperti water, glycerin, distearyldimonium chloride, petrolatum, isopropyl palmitate dan macam-macam lagi.


Pantang-larang Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream :

  • Hanya digunakan di bahagian luaran sahaja.
  • Jangan kena mata
  • Kena berhenti guna kalau kondisi kulit semakin teruk, gejala melebihi dari 7 hari, gejala hilang tapi timbul dalam masa beberapa hari lagi.
  • Simpan pada suhu bilik.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak contohnya kalau tertelan kena berhenti dan minta nasihat dari orang medical.
Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream ni berharga RM41.42 untuk 141 ml.
Boleh didapati di farmasi berdekatan anda.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com