Impian seorang Ibu untuk Anak-anak


Sebagai seorang mama yang sudah mempunyai 2 orang anak dari umur 22 tahun lagi sebenarnya banyak benda yang diimpikan supaya anak-anak boleh membesar  dengan sihat, bijak dan lincah. Cabaran membesarkan anak-anak ni bukan mudah sebab nak mendidik insan menjadi manusia yang bermoral, berakhlak dan beradab adalah sesuatu yang penting yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk anak-anak menjadi generasi yang gemilang, terbilang dan berguna untuk negara.



Jadi sebagai mama I tak rasa nak paksa anak-anak menjadi doktor, engineer mahupun angkasawan. I cuma nak mereka menjadi insan yang boleh membantu orang yang lemah pada masa yang akan datang atau mungkin mencari jalan untuk mencegah wabak tanpa bahan yang berbahaya ke.. huhuhuh tetiba pula.. tapi apa pun anak-anak I nak jadi apa-apa pun boleh janji dapat memberi manfaat pada agama, negara dan bansga lah I dah rasa bersyukur.


Memandangkan anak-anak I dah berumur 2 tahun dan 6 enam tahun jadi I dah kena galakkan mereka memilih susu yang berkhasiat dan boleh membantu mereka untuk membesar dengan jayanya. Banyak pilihan susu yang berkualiti, kurang gula sekarang.  Jadi mommies sudah tak perlu risau lagi nak bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Paling penting pengambilan makanan yang berkhasiat juga harus supaya anak-anak tidak memilih pemakanan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi2 dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dalam pek baharu yang diperkenalkan di Menara Kuala Lumpur, menara satelit tertinggi di ibu kota.

 Berucap kepada media ketika pelancaran tersebut, Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia berkata syarikat ini sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia.

 “Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun yang lalu, syarikat kami berkomited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah Berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Malah, kami yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988. Kami juga merupakan yang pertama dalam memperkenalkan rumusan ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’ dalam produk kami pada 2012 bagi menangani kebimbangan terhadap penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases; iaitu NCD) di Malaysia,” jelas Gupta.

 Gupta seterusnya berkata: “Hari ini, kami amat bangga kerana mengecapi pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi2 dalam setiap gelas susu  Dutch Lady 123. Kami menyedari bahawa tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan asid docosahexaenoic atau DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan  nutrien yang lebih tinggi3untuk protein, vitamin D3,  vitamin C  (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.”

 “60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau asid docosahexaenoic4 yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch LadyMalaysia.

 "Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para ibu Malaysia untuk mendapatkan Dutch Lady 123, bukan sahaja mereka mendapat tahap DHA tertinggi2, tetapi juga nilai nutrien yang lebih tinggi3 - contohnya, lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan lebih banyak lagi berbanding produk jenama lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami berharap dapat memberikan nilai terbaik kepada para pengguna Dutch Lady, "kata Ng.

 Scha Alyahya dan Lara Alana, pasangan selebriti ibu dan anak, juga sebagai duta jenama bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady turut hadir sewaktu pelancaran.

 “Saya gembira melihat anak saya, Lara membesar dan menjadi lebih bijak dan lebih sihat setiap hari. Dutch Lady merupakan satu-satunya jenama yang saya percayai untuk memberikan nutrisi yang berkualiti serta selamat untuk anak saya. Saya juga gembira melihat anak saya menikmati susu kegemarannya yang turut memupuk kebijaksanaan Lara,” kata Scha. 

 Selain memastikan Lara mendapat nutrisi yang secukupnya, Scha juga sering menggunakan blok binaan untuk berinteraksi dengan Lara bagi menggalakkan kreativiti anak kesayangannya.“Lara gemar membina kota dan kemudiannya akan bercerita tentang putera dan puteri yang tinggal di dalam kota tersebut serta pengembaraan yang dilalui mereka. Dia sangat pandai bercerita dan saya terpegun dengan daya imaginasi yang dimilikinya!” tambah Scha lagi.


Adelia yang semakin membesar banyak benda yang dia sudah explore dan tetap untuk gali idea macam mana untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Terutamanya di rumah dia suka membuka almari, peti ais untuk mengetahui isi di dalam sebuah kotak malahan rajin untuk membaca walaupun masih belum mempunyai sebutan yang betul, tapi lama-lama I know she will make it ;)


Banyak aktiviti yang dilakukan ketika berada di pelancaran Susu Dutch lady123 seperti mengenali apa fungsi DHA dan juga berapa banyak lemak di dalam otak. Yang hadir kena letak hot air balloon sticker untuk bagi jawapan pada column disediakan.


Anak-anak I juga sempat menyertai aktiviti yang disediakan seperti fill in the stickers yang ada karakter dengan pasir berwarna, main blocks dan juga mewarna keychain.


Antara keychain yang siap kami personalized with our names. wee.


My son's artwork dah siap. So proud of him dapat juga habiskan filling the color sand dalam stickers yang berkarakter ni.

Jadi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak anda sebab anda yang ibubapa yang perlu mencorak kain yang putih.

Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA8 boleh didapati disemua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my
www.syafierayamin.com