Luangkan masa bersama anak-anak di Kiddomo Universe


Menjadi seorang ibu kepada 2 orang anak pada umur 28 tahun ni, sebenarnya memang sesuatu yang less bersosial dimana I need to hmmph u know, no more time hanging out with friends, no more time for berparti and have fun until late night every morning ( masa muda remaja pun tak buat pun macam ni lol )... tapi who knows I spent a lot of my time dengan my kiddos.. trust me even I sacrificed my time a lot dengan anak-anak but I think lebih mencabar dan MORE FUN dari zaman I singleminggle dulu.. Ada 2 hati nak kena jaga so it's time to bring them to Kiddomo Universe.

Kiddomo Universe adalah sebuah taman permainan yang akan membantu kanak-kanak mahupun ibubapa untuk menerokai kuasa imaginasi dan merupakan taman permainan untuk pendidikan yang terbaik pada tahun 2017/2018.

Terdapat beberapa aktiviti di dalam Kiddomo Universe yang boleh diterokai antaranya :

  • Artistic Play
  • See Your Art Come Alive
  • Play and Learn Together
  • Special Perfomances
  • Environment Workshop
  • Interactive Slide
  • Dino/ Science Discovery
  • Explore Musical Talents
  • Sing 4 Dance @ Kara-o-kid
  • Papercraft Experience
  • Play Gym
  • Birthday Parties & Event Spaces

Kiddomo Universe tarikan utamanya ialah setiap yang masuk kena pakai SmartBand tau.. Haa bila dah pakai smartband, kena register diri kita dekat satu mesin khas.. dekat situ tangkap gambar kita.. and letakkan gambar muka kita dalam karakter yang disediakan..



Aktiviti Yang sempat I dan anak-anak terokai adalah :



Dino/Science Discovery. Dalam kolam bola ni terdapat 8 biji telur dinosaur yang kena cari.


Time mencari telur dinosaur yang tersembunyi.


Bila dah jumpa letak telur dinosaur tu dekat atas dino scanner. Nanti Dino Discovery akan bagitahu tu telur spesis dinosaur apa.


Next kita ke YUME The Dream Zone. Bilik yang gelap tapi penuh interaktif memang seperti berada di dalam mimpi.


Time to ride a bicycle untuk masuk ke dalam mimpi.


Interactive slide.


Masa turun tu memang cuak juga la sebab I dah lama tak main gelongsor.. haha tapi dapatlah score 660 points.

Magic Academy - belajar menjadi seorang Wizard




See your art come to life ni kena lukis gambar art kita di atas paper dinosaur yang disediakan.. lepas tu scan artwork kita..


apa yang kita lukis akan ada keluar dekat taman dinosaur dalam skrin tu..


Sing 4 dance @ kara-o-kid ni best sebab boleh nyanyi bersama anak-anak and nampak diri kita menyanyi sambil ada background interaktif.. (tengok video I'll attached)




Ended our discovery dengan artistic play..
Gambar MonaLisa anak-anak I attached dengan mata minion.. haha



Kiddomo Universe memang tepat dengan line : Playland meets technology..

Apa lagi jom la jadi Kiddomo VIP dimana anda boleh dapat diskaun, bengkel ekslusif, akses aplikasi mudah alih VIP dah hadiah harijadi hanya RM25 untuk setiap tahun.

Dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam di The Starling Mall T-328, Level 3.

Harga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120

Harga untuk Cuti sekolah, sabtu dan ahad, cuti umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140

Untuk kebersihan dan juga keselematan semua kena pakai stokin, boleh beli di kaunter Kiddomo Universe : RM5 sepasang

Untuk maklumat lanjut dan latest updates, sila layari :
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969
Website : www.kiddomo.com

Semua ruangan direka khas untuk kanak-kanak berumur dari 2 tahun sehingga 12 tahun. Baby Gym khas untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah.
www.syafierayamin.com