Leraikan urat tegang dan ANGIN jahat dengan urutan Classic Tropical Therapy di BONDAHAVEN


Sebagai seorang mama kepada 2 orang anak dan masih menyusukan Adelia yang dah nak masuk 3 tahun this year membuatkan sakit pinggang dan tulang belakang kerap lenguh, sengal, berat je rasanya dan itu masih belum masuk lagi urat-urat dalam celahan lemak bawah kulit tu tegang, keras macam dawai dan ada part betis kiri tu kerap sangat nak cramp ya. Huhu sakit tu Allah je la tahu. Dan I sememangnya kalau ada duit extra memang tak segan silu call tukang urut secepat mungkin minta tolong urutkan part yang sudah start kebas secara tanpa diundang tu.

Memang tak sah kalau tak berurut dalam sebulan tu sebab lain macam bila angin sudah masuk dalam badan impaknya boleh nampak lebih-lebih lagi perut bukan main lagi membuncit macam ada baby baru pula dalam tu.. Bila ada angin jahat masuk dalam urat dalam badan fuh memang berat saja badan nak bangun apatah lagi nak melakukan pekerjaan multi-tasking dalam rumah. Memang takkan bangun bila benda-benda macma ni kerap menganggu. Jadinya itu sebablah I akan usahakan sedikit wang untuk panggil tukang urut picit picitkan bahagian yang masuk angin jahat tu.Kalau ada rezeki lebih in the future I doa sangat nak berurut 4 x sebulan. Which is setiap Jumaat pagi 1x. (Berangan tak salah.) Marilah kita aminkan sesama.


Jadi apa lagi I takkan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri servis dari Bondahaven iaitu sebuah spa yang pakar dalam penyusuaan, mommy and kids friendly. Kali ni I bukan ambil pakej untuk penyusuaan memandangkan Adelia sudah pun 3 tahun tunggu masa untuk wean off je. Jadi I decided nak cuba sendiri Classic Tropical Therapy.

Dalam pakej yang I ambil ni terdapat 3 servis lah dalam tu iaitu :
  • Foot Soak
  • Full Body Traditional Malay Massage
  • Botanical Facial
Pakej ni ambil masa lebih kurang 120 minit dan berHARGA : RM209

Di Bondahaven terdapat 6 orang staff iaitu seorang doktor, seorang front desk dan 4 orang juru terapi. Juru terapi yang took over I that time is Miss Nurhidayah berumur 27 tahun which I'm older than her 1 year hee. Apa pun dari front desk ( Hajar ) dan Nurhidayah memang very well soft spoken and sangat polite. Penggunaan bahasa pun sangat sejuk telinga mendengar Oo, and they called me Puan Syafiera.


Langkah pertama dalam pakej I ni ialah rendam kaki lebih kurang dalam 10 minit. Air tu suam-suam kuku kemungkinan besar untuk lembutkan kulit kaki yang menggerutu lebih-lebih lagi bahagian tumit kaki.


Lepas tu ada satu wangian dalam botol tu ada cecair namanya Eucalyptus, macam bau kayu putih je tapi bau dia sangat fresh, relaxing and so calming.


Cecair tu dimasukkan di dalam air rendaman kaki sebanyak 1 pam sekali gus menghilangkan bau busuk kakiku. 


Lepas tu satu alatan kaki digunakan untuk mengikis sel kulit mati di tumit kakiku. Then walahhhh kakiku sehalus selembut kulit bayi jadinya. 


Next, Nurhidayah bawa I pergi ROOM TOUR ( bilik VIP khas untuk orang kaya ) Hehe just kidding. Bilik ni ada 2 - satu lemongrass satu lagi Hibiscus. Bilik yang I masuk ialah bilik Hibiscus siap ada jakuzi gitu. Bilik-bilik ni khas untuk wanita yang nak bertanggas dan sangat sesuai untuk wanita lepas pantang.


Bilik Hibiscus abaikan kepala Adelia, dia yang teruja lebih dari mama dia.


Perhiasan seperti gelang semua tu boleh disimpan dalam laci. I punya cuai yang tak tahan buka gelang trollbeads terus semua tercicir, lantun sana sini. Bazir masa dalam proses mencari beads yang hilang. Haha cari punya cari ada 2 biji termasuk dalam bekas yang ada bunga. haha. Then later yang valuable aksesori I decided just stay tak buka sebab dah locked. Nurhidayah said dia okay je. Then proceeded to next step.


Ini adalah minyak yang penuh sakti, pardon me I dah terlupa minyak apa, tapi minyak ni minyak kelapa dan dicampur dengan satu lagi minyak. Ni la minyak yang digunakan untuk proses mengurut satu badan. Bau dia lembut-lembut je memang boleh buat tidur jadi nyenyak. 

(Sensed untuk ditayang ketika proses urutan)

Sebelum bermula kisah urutan tu, pesakit urat tegang ( I la tu ) kena tarik nafas 3 kali untuk kasi satu badan relax dan urutan lebih lancar. Terapi dimulakan dengan kaki disebelah kiri dulu sebab nak kasi pelancaran darah better dan jantung dapat pam properly. Nurhidayah kata badan I respond bagus maknanya body heat cepat terangsang bila minyak tu sampai kat kulit I. Bukan urutan biasa-biasa je I siap dieducate lagi bahagian point ni connected dengan body parts. Sampailah part yang betis kiri selalu CRAMP pepagi tu sebab urat bergumpal-gumpal suggestions tetap kata kena selalu urut. Then sesi urutan di teruskan sampailah ku tertidur nyenyak. HAHA. 


Bahagian bermasalah I pula sudah semestinya bahagian perut. Perut ku menggeleber.. umpama otot sudah tercabut dari kulit.. jadi perutku kategori Boroi sudah , Nurhidayah suggested I untuk selalu buat teknik kempiskan perut untuk kasi perut tu nampak otot sikit. Yang lain-lain bawah kulit perut tu considered penuh angin jahat. 

Lepas sudah setel proses urutan satu badan. It's time Botanical Facial. Ugh memang VIP betul servis Classic Tropical Therapy ni. From head to toe. Surely nak pakej ni one more time next time datang.


Produk yang dipakai semuanya natural based.

  • Makeup Remover ( oil based )
  • Cleansing Lotion
  • Scrub
  • Face Oil ( facial essence )
  • Maskers
  • Sunblock


Mula-mula bersihkan makeup dari wajah. Tips : Penggunaan produk yang berasaskan minyak bagus untuk menyingkirkan solekan pada wajah. Lepas tu guna cleansing lotion ala-ala double cleansing gitu. Then scrub wajah ( scrub sebulan sekali ) untuk bersihkan kulit wajah dari sel kulit mati. Lepas tu pakej facial ni termasuklah urutan untuk naikkan seri wajah balik. Final step wajah I disapukan dengan masker dan tunggu sampai kering. Bersihkan wajah lepas tu pakai sunblock ( untuk prevent pigmentasi, kedutan wajah akibat overexpose dengan sinaran uv cahaya matahari yang berbahaya )


Tadaaaa done muka I sangat fresh look tanpa secalit selekan dan wajah tampak lebih berseri dan bermaya ( angkal bakul sendiri sat ) 

Classic Tropical Therapy ambil masa lebih kurang 120 minit atau 2 jam macam tu. So far I rasa sangat berbaloi dapat urutan, education dan tips ketika berada di dalam Bondahaven.

Bondahaven juga ada jual produk khas untuk mommies, babies dan kanak-kanak. Most of the products natural based. I sempat grabbed satu cleansing Lotion. So far memang puas hati dengan produk tu.


Teh Herba disediakan sebelum dan selepas sesi urutan.


Antara produk yang I sempat sembur-sembur dekat wajah I. I jatuh hati dekat rose face mist tu. scent dia romantiklah.


Sumanggi natural baby pun ada dijual dekat sini.


Promosi Urutan tradisi Melayu hanya RM149 intead of RM169 bermula dari 23 June sehingga 15 Julai 2018.


Incense Burner.


Laluan ke Bilik Ajaib.


Dekorasi ruangan bilik air dan tempat cuci tangan.


Terjumpa rakan blogger Puan Khalida Abdul Hadi di sini.


I sempat ordered satu botol bird nest di sini RM11 sebotol. Memang favorite I sesangatlah.


Ada ruangan ( waiting room ) untuk kanak-kanak bermain dan husband duduk dalam ni dediam, mama nak release kan kepenatan di rumah muahahhaa.


Jadi apa tunggu lagi ?
Jom lah mommies semua Leraikan urat tegang dan ANGIN jahat dengan urutan Classic Tropical Therapy di BONDAHAVEN.

Ada HAPPY Hour bila datang dari pukul 3pm sampai 6pm - Dapat DISKAUN 10% !
Mention nama I okay Syafiera Yamin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman Sesawang : www.bondahaven.com
Facebook : https://www.facebook.com/Bondahaven/
Instagram : @bondahaven

Alamat :
Lot 2-3 (3rd floor), Jalan 2A/2, Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang, Malaysia
Get Directions
Telefon/Whatsapp : 017-800 8912

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com