Betadine Natural Defense rangkaian produk bebas dari 8 bahan kimia yang berbahaya


Baru-baru ni I sempat untuk hadir ke satu pelancaran produk penjagaan diri iaitu Betadine Natural Defense yang menggunakan formulasi bebas dari 8 bahan kimia berbahaya serta mampu mematikan kuman jahat sebanyak 99.9% disamping memberikan kebaikan pada kulit kerana terdapat bahan yang sangat bagus untuk melembab dan melembutkan kulit telah berlangsung di One Utama Shopping Mall.


Mundipharma dan Watsons telah bekerjasama untuk memperluaskan lagi rangkaian produk penjagaan diri ini yang dahulunya Mundipharma ini popular dengan produk antiseptiknya dan kini telah memasuki pasaran untuk penjagaan diri. Betadine terkenal sebagai jenama yang pakar dalam menangani masalah kuman dan penyakit berjangkit. Menurut Suresh Pragasam iaitu Mundipharma Regional GN untuk Asia Anggera mengatakan produk Betadine merupakan produk yang dipercayai oleh golongan perawat kesihatan, pesakit serta pengguna selama 60 tahun. Betadine amat popular di Thailand dan Malaysia merupakan negara yang kedua rangkaian produk penjagaan diri ini diperkenalkan.

Dr. Ch'ng Chin Chwen telah dijemput untuk berkongsi mengenai pendapat beliau mengenai bagaimana orang ramai dapat mencegah diri dari terdedah dari bahan kimia yang berbahaya ketika pada majlis pelancaran manakala Pengarah Urusan Watsons Malaysia Caryn Loh berkata ingin mendidik pelanggan Watsons untuk mempunyai kesedaran mengenai kesan bahaya dari bahan kimia yang digunakan di dalam produk penjagaan diri selain dari menggalakkan gaya hidup yang sihat dan meminimakan risiko jangkitan kuman, bakteria dan virus. Pelanggan terutamanya ibu adalah peranan utama untuk memastikan produk penjagaan diri yang yang dibeli selamat untuk seisi keluarga. Kerjasama Watsons dan Betadine adalah salah satu usaha untuk memperbanyakkan pilihan untuk para pelanggan memilih dengan bijak dan cermat.


8 Jenis bahan kimia berbahaya yang banyak dalam produk penjagaan diri jenama lain selain dari Betadine Natural Defense adalah seperti : SLS ( Sodium Lauryl Sulfate), MIT ( Methylisothiazolinone) Parabens, Triclosan, Triclocarbon, paraben, formaldehyde, dioxane dan juga BHT (Butylated Hydroxytoluene).


Para pelanggan dan media yang hadir pada majlis pelancaran dapat menyertai aktiviti yang menarik yang disediakan oleh Watsons dan Betadine iaitu dengan mengumpul 4 cop dan boleh menebus hadiah misteri.


Aktiviti pertama yang I dan Adelia buat adalah mencari 4 jenis kuman, bakteria dan virus yang berbeza di dalam kolam bola warna warni dalam tempoh beberapa saat.



Aktiviti kedua pula ialah Hand Mural dimana telapak tangan dicat dengan warna pilihan sama ada biru, kuning atau merah. I pilih warna biru.


Tangan yang dicat kemudian ditekap pada kanvas besar yang disediakan.


Tangkap gambar disini kemudian hashtag : #BetadineMY #BetadineNaturalDefense #WatsonsMalaysia untuk melayakkan diri dapat hadiah misteri tu.


Lepas dah bermain cat dan tekap. Sekarang masa untuk cop yang terakhir iaitu pengalaman menggunakan produk Betadine pula. Sabun cecair Betadine bukan sahaja mampu menghapuskan makhluk jahat malahan boleh jugalah bersihkan tangan dari Cat hand mural tadi. Bau dia pun segar dan sweet sweet gitu.


Tadaa, lepas dah selesaikan aktiviti yang menarik yang penuh informasi akhirnya kami dapat menebus hadiah misteri dari Betadine iaitu Betadine Natural Defense Hand Sanitizer.

Mengenai Betadine Natural Defense
Betadine Natural Defense ialah produk yang menggalakkan perlindungan secara semulajadi yang boleh menghapuskan hampir 99.9% kuman yang diperbuat dari bahan semulajadi dan telah diuji secara dermotologu malahan bebas daripada 8 bahan kimia yang berbahaya.

Terdapat 3 jenis pilihan bahan premium yang dikenali sebagai bahan pembunuh kuman iaitu Madu Maduka, minyak pokok teh ( tea tree oil) dan juga delima serta tambahan aloe vera organik yang terdapat di dalam setiap produk penjagaan harian Betadine. Produk penjagaan harian Betadine mempunyai pH yang seimbang dan sesuai untuk kulit iaitu antara nilai 4-5.


Betadine Purifying Tea Tree & Moisturising Aloe Vera Body Wash

  • Diperkaya dengan esen minyak tea tree untuk perlindungan harian, mampu menyingkirkan kuman sebanyak 99.9%. Minyak tea tree mempunyai spektrum yang luas untuk mencegah pembiakan bakteria, fungi, virus dan juga protozoa. Bakteria yang berbahaya telah diuji dengan minyak dan ternyata minyak tea tree mampu membasmi pembiakan bakteria tersebut.



Betadine Refreshing Pomegranate & Moisturising Aloe Vera Body Wash.

  • Mampu menghapuskan 99.9% Kuman dan diperkaya dengan esen delima
  • Delima dikenali sebagai sumber yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan disamping bagus untuk kesihatan kulit dan juga mencegah pembiakan bakteria, kuman dan virus.


Betadine Nourishing Manuka Honey & Moisturising Aloe Vera Body Wash

  • Mampu menyingkirkan bakteria jahat sebanyak 99.9%
  • Diperkaya dengan esen Madu Manuka untuk perlindungan sepanjang hari
  • Madu Manuka dihasilkan oleh lebah melalui pendebungaan di dalam belukar Manuka
  • Madu Manuka digunakan sebagai perubatan alternatif di Australia dan New Zealand untuk merawat luka ringan, sakit tekak dan masalah penghadaman.
Kesemua produk dari Betadine Natural Defense diformulasikan mengikut perakuan dan garis panduan CIR.

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Betadine Natural Defense, sila layari :
www.mundipharma.com.my

Dapatkan produk ini secara ekslusif di www.watsons.com.my atau WATSONS stores berhampiran anda, Beli di >> SINI << dengan menggunakan KOD DISKAUN BETARM2

Betadine Natural Defense bebas dari SLS ( Sodium Lauryl Sulfate), MIT ( Methylisothiazolinone) Parabens, Triclosan, Triclocarbon, paraben, formaldehyde, dioxane dan juga BHT (Butylated Hydroxytoluene).

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com