Schwarzkopf Extra Care : Syampu pun ada Kolagen


Baru-baru ni I terjumpa satu jenama syampu yang ada kolagen, kolagen ni memang I teruja sikit sebab kolagen adalah satu bahan untuk mengelakkan kulit nampak tua berkedut sekarang ni dah ada dalam syampu, haha lepas ni sure my hair pun takkan berkedut macam kulit kasar kan. So far I dah cuci rambut I dengan syampu ni 2 x. Rambut I sebenarnya jenis banyak gugur juga lah. Kalau baru pakai sekali dua kali tak boleh nak tengok result secepat mungkin tapi boleh rasa rambut lebih lembut dan nampak lebih tebal sikit dari sebelum. Boleh rasa macam berat sikit kalau tak rasa ringan je. Yerlah sebab rambut I dah making kurang sebab gugur banyak kan.. hehe..


Schwarzkopf Hydro Collagen Shampoo Extra Care ni direkomenkan khusus untuk mereka yang mempunyai rambut jenis normal/biasa dan yang rambut keras serta kering. Bahan yang ada dalam syampu ni boleh melembab dan melembutkan rambut. Menyimpan lembapan untuk rambut nampak lebih berkilat serta bersinar. Tengok packaginglah bling-bling gitu. Syampu ni membantu untuk memperbaiki hujung rambut yang rosak serta masuk ke ruangan kutikel rambut yang kosong dengan formula yang baru ni. Formulasi baru ni juga mempunyai kandungan seperti kolagen dan juga hyaluronan.


Tekstur cecair Schwarzkopf Hydro Collagen Shampoo Extra Care ni jernih dan cair tu sebab masa tuang kat tangan kena slow-slow takut terkeluar lebih dari amaun yang diperlukan takut membazir je kan hehe.


Rambut basahkan lepas tu letak amaun yang sesuai and yes Schwarzkopf Hydro Collagen Shampoo Extra Care ni sangat mudah hasilkan busa mungkin sebab ada kandungan SLS. hehe.


Lepas dah cuci rambut bersih sebersihnya dengan Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Shampoo kemudian I continue hair regime dengan Schwarzkopf Hydro Collagen Extra Care Conditioner. Dengan mana-mana syampu rambut pun I takkan pernah skip perapi rambut sebab syampu dia hanya bersihkan rambut tapi kalau tak pakai perapi nanti boleh buat rambut rasa kesat dan kasar. Jadi itulah tujuan perapi untuk kasi rambut lebih lembut dan boleh prevent rambut kusut.


Tekstur dia macam krim losyen je I tengok sama je tapi sangat bagus lah sebab dia sangat membantu untuk lembutkan rambut boleh rasa rambut sangat senang diurus lepas pakai Schwarzkopf Hydro Collagen Extra Care Conditioner ni.


I applied the whole hair sebab nak kasi rambut lembut dan lembab and lambat berkedut hehe.

Tapi  Schwarzkopf Hydro Collagen Shampoo ni ada bahan kimia macam SLS.. apa pun memang sangat membantu untuk buat rambut nampak lebih bersinar dan kuat lebih-lebih lagi dekat bahagian hujung-hujung rambut.





Untuk Maklumat lanjut boleh layari :
https://www.facebook.com/schwarzkopfpro.mysg
https://www.instagram.com/schwarzkopfpro.mysg/


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com