Produk mandian badan Stella Maison cipta suasana romantik

Stella Maison sesuai dijadikan sebagai hadiah

Stella Maison ialah jenama wangian haruman dan penjagaan untuk kulit badan yang datang dari UK London di asaskan pada tahun 2012 yang memberi fokus pada rawatan untuk badan dengan menggunakan formulasi haruman penjagaan badan seperti berada di salon. Menggalakkan emosi serta merangsang detik-detik kepuasan untuk diri sendiri.

Dengan menggunakan bahan yang terbaik berasaskan formula botanikal akan menjadikan rumah kediaman seperti berada di salon dan spa yang diberikan sentuhan yang mewah dengan koleksi mandian badan dari Stella Maison.

Stella Maison Indulge Yourself Echanted Melody Body Wash

Enchanted Melody Body Wash ni adalah dari mawar nilam yang boleh dijumpai di dalam hutan. Kemanisan lembut dewi bluebells yang dibekukan dengan lily vallet dan eglantine serta perahan pisang kaki bakal mempesonakan dengan buih yang mewah serta wangian yang menyenangkan. Ianya mampu menyegarkan dan merapikan kulit disamping menginggalkan kulit bau yang sangat harum.

Sangat lembut pada kulit serta melembut, melembab dan membersihkan kotoran dari badan dengan aroma seperti berada di dalam spa.

Produk mandian badan dari Stella Maison juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk orang yang tersayang. Hadiah haruman mampu menjadikan insan yang tersayang jatuh cinta dengan koleksi Stella Maison.

Haruman adalah seperti jiwa untuk segalanya yang kita lakukan. Ianya diberikan perhatian lebih oleh Master Perfumer dimana visi Stella Maison adalah menggabungkan kemewahan dan juga semulajadi yang menjanjikan  pengalaman penjagaan wangian yang terbaik seperti berada di salon. Tujuan pengalaman dicipta adalah untuk membawa kita ke saat-saat yang indah untuk memanjakan diri pada masa kini dan mengilhami masa depan.


Stella Maison juga hadir dengan losyen badan khas untuk menghidrasi, melembab dan melembutkan kulit setelah mandi dengan mandian badan dari Stella Maison. Terdapat lebih 6 haruman yang boleh dipilih untuk losyen badan iaitu dari kiri :

  • Blooming Dream
  • Champagne Showers
  • Wake Up! Sleeping Beauty !
  • Ocean Blue & Sand
  • Whisper of Athena
  • Echanted Melody
Losyen badan lembapan Stella Maison ni mengandungi ekstrak seperti Shea Butter cuma losyen ni mempunyai minyak  mineral.



Walnut Shell Sweet Paste Body Scrub ni pula khusus untuk membuang daki degil pada kulit. Disamping membuang kotoran dan sel kulit mati ianya juga membantu untuk menganjalkan kulit dengan haruman kacang yang sedap. Serbik-serbuk dari kacang walnut  mampu menjadikan kulit nampak segar dan bersih. Stella Maison tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya dan melebihkan penggunaan bahan semulajadi untuk menjaga kulit badan.

Bahan dalam Walnut Shell Sweet Paste Body Scrub ini adalah seperti campuran lazat minyak badam manis, minyak kelapa, minyak jojoba yang diselitkan dengan cengkerang walnut dan garam laut. Produk ini menawarkan lembutan, lembapan serta kulit yang lebih berseri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Stella Maison, sila layari :
www.stellamaison.com

Sekitar Majlis Pelancaran Stella Maison Metal Bees Production House pada 14 Januari 2018 :





Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com