Mak Mak ME TIME dengan Pigeon Malaysia


12 Mei 2018 yang lalu I berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama emak-emak blogger yang kini dah jarang-jarang sekali nak dapat ketemu sebab masing-masing sudah sibuk dengan urusan keluarga. Jadi dengan adanya aktiviti 'mom's day out' anjuran Pigeon ni dapatlah kami semua merasai pengalaman untuk bersantai dan memanjakan  diri dengan produk terbaru dari Pigeon Malaysia yang mampu memudahkan emak-emak sekalian untuk menguruskan diri dan anak-anak.

First time joined yoga class.. Selalu yoga kat rumah sambil tengok youtube kat TV.. Now instructor depan mata.. Banyak gerak badan yang malu nak buat.. Tapi bila dah yakin tak ada lelaki yang nafsu cepat berahi di situ... Buat je la.. Belajar deep breathing.. Oxygen masuk dari hidung sampai ke usus.. Rasa macam tak rugi attended kelas ni.. Sampai harini.. buat teknik yang sama.. Boleh bernafas properly and feeling so relax.. Teknik ni bagi yang pregnant... Amalkanle selain zikir doa nabi yunus.. Sebab nanti bila start contraction.. Tak adalah terjerit-jerit tahan sakit.. Tapi boleh relax.. Apa pun pengalaman tu berbeza beza semoga sukses.. Sape sape nak try teknik ni boleh la roger be urban wellness ya... Chillin out dekat @beurbanwellness level 10 sempena mommy's day out bersama @pigeon_malaysia. #newbornpure #pigeonmalaysia #syafierayamincom #mommyblogger #yoga #BeUrbanWellness #kualalumpur #selangor #clozette
A post shared by Syafiera Yamin 💘 (@syafiera_yamin) on

Semasa majlis, emak-emak diberi peluang untuk merasai detox minda melalui yoga dan juga bernafas menggunakan minda untuk mendapatkan ketenangan dalaman. Terdapat juga terapi soundbath yang membantu untuk mengurangkan rasa penat terutamanya untuk minda dan juga badan dengan rawatan bunyi yang menggunakan mangkuk nyanyian kristal. Aktiviti diteruskan dengan perkongsian Vanessa Chong sebagai seorang ibu yang masih baru.


Menurut Pengarah urusan Pigeon Malaysia iaitu Masaki Tago berkongsi mengenai Pigeon iaitu salah satu jenama khusus untuk ibu dan anak  dan percaya ibu yang gembira akan menghasilkan keluarga yang bahagia dengan menyediakan produk yang memberikan keselesaan, mudah, berkualiti dan mencipta kehidupan bebas tekanan. Pigeon mempunyai produk yang cukup untuk keperluaan ibu-ibu.

Produk penjagaan kulit Newborn Pure mempunyai lebih kurang 40 tahun kredibiliti dan juga pengalaman dengan teknologi khas untuk kulit bayi. Rangkaian produk Newborn Pure adalah seperti Newborn Pure Purifying Body Wash, Newborn Pure Nourishing Shampoo, Newborn Pure Moisturizing Lotion , Newborn Pure Calming Oil, Newborn Pure Protective Cream dan juga Newborn Pure Travel Set.

Newborn Pure ni terbukti secara saintifik dengan formula trademark's Pigeon seperti Natulayers yang memberikan perlindungan lapisan 2 kali ganda dan juga lembapan. Vernix disimulasikan yang ditemui di bayi baru lahir sebagau perlindungan lembapan yang berlilin manakala ceramide membantu untuk mengekalkan kulit lebih bermaya, hidrasi dan juga terpelihara.

Newborn Pure juga mengekalkan perlindungan skin's fatty untuk memastikan lembapan kulit seimbang dengan pH level. Ianya telah  diuji secara klinikal supaya selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Bebas dari parabe, formaldehyde, alcohol dan juga bahan kimia yang berbahaya. Dibuat daripada Jepun dengan penuh kasih sayang serta bahan yang berkualiti mengikut standard khusus untuk kulit batu. Semua produk Pigeon Newborn pure diformulasikan dengan Natulayer.

Harga Newborn Pure

  • Newborn Pure Purifying Body Wash WM 59 EM 64.90
  • Newborn Pure Nourishing Shampoo WM 55 EM60.50
  • Newborn Pure Moisturizing Lotion WM 59  EM 64.90
  • Newborn Pure Calming Oil WM 59 EM 64.90
  • Newborn Pure Protective Cream WM 49 EM 53.90
  • Newborn Pure Travel Set WM 39.90 EM 43.90



Harga untuk ubat gigi Pigeon kanak-kanak WM RM7.60 EM RM8.40 45g yang diformulasikan khas untuk bayi dan kanak-kanak serta bebas dari fuloride dengan perasa strawberi.

Berus gigi pula ada dari bayi 6 bulan sehinggan 36 bulan.

6-8 bulan berwarna merah jambu dan juga hijau WM RM12.70 EM RM14.00
8-12 bulan berwarna kuning WM RM12.70 EM RM14.00
12-18 bulan berwarna hijau WM RM12.70 EM RM14.00
18-36 bulan berwarna merah jambu dan juga biru WM RM12.70 EM RM14.00


Pigeon Foaming Cleanser ni diperbuat daripada 100% bahan berasaskan gred makanan yang memudahkan untuk pembersihan yang rendah dengan viscosity dimana memudahkan untuk pembersihan serta mempunyai antibakteria yang membunuh hampir 99.99 bakteria. Sangat sesuai untuk buah-buahan, sayur-sayuran, botol bayi dan juga permainan.


Pigeon anti-bakteria tisu basah mampu membunuh kuman dan bakteria, diperbuat daripada 100% gred makanan dan senang dibawa kemana-mana sahaja.


Pigeon juga mempunyai produk seperti botol susu, botol latihan, dan juga puting tiruan.


Biskut mickey dan minnie mouse in da house ! ;)



Sesi santai bersama Pigeon juga memberikan peluang untuk emak-emak menggunakan mesin kegel untuk menguatkan otot pelvic khas untuk yang tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman kegel.


Terdapat juga sesi urutan selama 10 minit, Boleh pilih sama ada urutan bahu atau urutan tangan so far urutan bahu memang memuaskan.


I bertuah sebab dapat menjawab soalan dengan pantas dan menang baucer untuk SPA di Be Urban Wellness. Terapi terapung 30minit dan urutan minyak aroma terapi 60minit. Ikuti pengalaman di insta stories IG I.

Apa pun untuk you all mengetahui lebih lanjut mengenai Pigeon, sila layari :
www.newborn.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com