Berus Gigi Robocar Poli kids


Memberus gigi adalah amalan yang tidak boleh di'skip' samada dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak. I akui menggosok gigi anak-anak kecil adalah sebenarnya tidak mudah bagi segelintir kanak-kanak yang tidak gemar menggosok gigi terutamanya anak I sendiri. Tapi I tetap paksa anak-anak I gosok gigi sebab biasalah gigi susu ni kalau dijaga dengan baik boleh roggak, nafaas berbau busuk dan paling teruk gigi kekal boleh jadi jadi jonggang kalau gigi susu tu tak dirawat dan dijaga dengan baik.

Berus gigi robocar poli untuk kanak-kanak dari Dolphin MLG Manufacturing Sdn Bhd di Malaysia bekerjasama dengan pemilik jenama antarabangsa untuk membangunkan produk premium yang menyeronokkkan dan hidup dengan matlamat untuk mencapai tabiat oral sihat sepanjang hayat komuniti.


Terdapat 4 pilihan karakter kartun Robocar Poli yang mampu menarik minat anak-anak kecil untuk memberus gigi iaitu Poli, Amber, Roy and Holly. Penggunaan warna yang menarik juga bakal menjadikan anak-anak kecil rasa gembira dan seronok untuk memastikan gigi nampak cantik.


Berus yang halus memberikan keselesaan pada gigi dan gusi anak kecil tanpa berlaku pendarahan disamping membersihkan kotoran pada gigi.


Berus gigi ini mempunyai bahagian bawah yang boleh dilekat pada permukaan dinding atau meja atau sinki di mana berus atas dapat dijaga dengan baik serta nampak lebih menarik untuk galakkan anak-anak kecil ni memberus gigi tanpa 1001 alasan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.fafc.com.my
www.syafierayamin.com