Babajia家 @ Sky Avenue, Resorts World Genting


Guys bagi you all yang buat staycation di Sky Avenue, Sky Avenue, you all tahu tak terdapat beberapa restoran yang dibuka 24 jam setiap hari salah satunya ialah Babajia. Haa memang best sebab di Babajia menyediakan pelbagai jenis masakan yang kita boleh minta dia masak tau dan kita boleh ordered makanan mengikut selera kita, dan kita boleh nikmati hidangan di Babajia pada lewat malam gitu. Babajia menyediakan hidangan Baba Nyonya tau..


Babajia mempunyai dekorasi yang I rasa sangat ekslusif dan mewah dan restoran ni dapat A sebab sangat bersih. Siapa sangka malam-malam pun kitaorang dapat layanan dari staff yang berbaju merah. Wahh best betul I rasa sangat romantik je makan di sini bila bersama-sama dengan husband tau.


Yang ni ialah Bubur cha cha.

Serious mengingatkan pada kawan lama I selalu sangat dia bawa bubur cha cha ke sekolah.. dan sekarang I dapat menikmati bubur chacha jika I di Baba jia cuma mula-mula I ingat ni macam sup ikan you awal-awal haha. Thanks tu maha mahu ordered Bubur Cha cha ni dan rasa dia sangat sweet sweet gitu.


Satay ayam dengan ketupat.

Huuu siapa sangka di Babajia pun ada satay ayam tau haha. Tapi husband I cakap satay dia tak seperti kita selalu makan di jalanan yang lebih juicy, yang ni a bit kering sebab I believe satay ayam ni tak dimasak dengan api grill macam dekat jalanan tu. Apa pun bagi I satay ni isi dia sangat montel montel memang puas hati tau.


Char Kuew Teow

Malam malam memang sangat enjoy makan Kuew teow salah satu hidangan yang berat tapi lebih ringan dari pengambulan nasi. Dihiasi dengan sayur parsley untuk tampak lebih indah hehe.


Pie Tee.

Weee, ada pie tee juga di Babajia paling best isi dia ada macam-macam dan ada extra isi lagi untuk makan sambil borak-borak dengan kawan-kawan tau hee.


Suka sangat kerusi di Babajia sebab I rasa sangat ekslusif .


Antara menu yang anda boleh dapati di Babajia.


Lokasi : T2-16, Level 1. Babajia家 @ Sky Avenue Genting

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com