3 Menu Sedap di BMS Organics @ Sky Avenue, Resorts World


BMS Organics siapa tak kenal rugilah, satu-satunya restoran yang tawarkan makanan yang organik, segar dan sihat ! Dengan menggunakan quote Eat clean, live green of course sekali gus mampu membuatkan mereka yang pentingkan kesihatan untuk menikmati makanan di BMS organics.


Banyak sangat menu yang enak dan lazat yang berada di BMS Organics ni termasuklah popsicles ais krim yang diperbuat dari jus segar buah-buahan.


Dekorasi frame gambar yang sangat menitikberatkan keluarga yang bahagia dengan menikmati makanan yang sihat.


Eat clean live green..


Selain daripada makanan yang sihat dan organik..


Terdapat juga barangan lain yang menjual barangan kesihatan..


Ini pula menu list yang sedap di BMS organics...


BMS Soy Milk Curry Laksa Handmade noodles

Bagi yang dah cuba curry laksa di BMS organic trust me, you dapat rasa lemak-lemak manis dari santan kemudian dalam tu ada terung, bendi, kacang panjang dan juga kari ayam.. dan sambal homemade..


BMS Signature Nasi Lemak

Haaa memang menu nasi lemak dari BMS Organics lain dari yang lain sebab sambal dia sangat rare dari biasa nampak macam sambal style masak hitam kan, nasi dia pun rasa sangat rare juga, siap ada sayur timun dan juga papadom gitu.. memang layan juga la...



Ketiga-tiga menu ni memang famous di BMS organics sebab rasa yang sangat unik dan rare dari yang lain..


Grilled BMS’s Chef Burger

Serious ni first time I makan burger ala-ala vegterian ni, patty dia memang ada rasa macam daging tapi bukan daging... sangat unik betul rasa dia... tapi memang sedap, yang kentang tu sebenarnya keledek dia chunky fries memang fun nak makan burger ni..


Lepas ni I kena cuba resepi ni sebab rasa sangat sihat dan lebih kenyang...


Bagi yang nak cuba makanan di BMS organics di Sky Avenue, sini alamatnya :


Sky Avenue - Genting Highland
Lot No. T2-19, Level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
Waktu Operasi :
Isnin-Ahad: 10.00am hingga 10.00pm


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com