13 Keistimewaan 'IFTAR' di Bangi Golf Resort


Bangi Golf Resort sekali lagi bakal menggembirakan tetamu dengan hidangan ekslusif di Bufet Ramadhan bermula 19 Mei sehingga 13 Jun 2018 yang pasti akan menjadikan bulan Ramadhan ini lebih bermakna dan akan membantu mereka yang memerlukan.

13 keistimewaan berbuka puasa di Bangi Golf Resort adalah :

1. Sajian Ekslusif.
Tetamu boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow Goreng dan mee mamak yang disediakan secara langsung di hadapan mereka malahan tetemu boleh nantikan juadah masakan popular yang akan menghidangkan kambing bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan sup kambing baru masak. Di stesen ini cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru dimasak.


2. Nilai untuk wang anda
Serendah RM59/NETT Untuk orang dewasa dan RM29.50/NETT untuk kanak-kanak malahan BGR terkenal kerana menghidangkan bifet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti serta menawarkan lebih dari 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. Tempahan boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/


3. Disahkan Halal
Jakim telah mengesahkan restoran BGR halal sejak dari 2009 lagi serta telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar Selangor pada 2017.


4. Suka Makan Benci Pembaziran
Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari bufet ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan dengan menggunakan konsep zero pembaziran.  BGR akan sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai.


5. Tempat letak parkir percuma
Tetamu dapat meletakkan kereta di 800 lot parkir yang disediakan.


6. Persembahan secara langsung
Bermula dari 6.30pm sehingga 9.30pm persembahan muzik secara langsung akan didendangkan untuk memeriahkan suasana.

7. Surau disediakan untuk tetamu
Tetamu dapat menunaikan solat dengan ruangan solat yang luas.


8. Pencuci Mulut yang pelbagai
Seleksi pencuci mulut juga akan dihidangkan untuk 2018 ini dan bakal meninggalkan kenangan yang manis. Menu ciptaan seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pinda Colada Cheese Cake. Blueberry Creme Brulee Cake, Talas salted corn, the patissier mocha fudge cake, red velvet durian mousse, Pandan Gula melaka dan cendol mouuse  yang bakal membuatkan tetamu rambang mata memilih pencuci mulut.

Gelato juga jangan lupa tau sebab gelato kali ni disediakan segar dan unik dengan perasan durian dan bunga kantan sekali lagi akan disediakan. CHURROS Sepanyol dicicah sos coklat pekat, tiramasu itali serta seleksi kuih muih melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan turut disediakan untuk tahun ini.


9. Harga istimewa untuk durian !
Musang King RM110/sekotak
D24 RM55/sekotak


10. Buat Baik
Sumbangan 1% dari keuntungan akan disumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang bernasib baik sepanjang Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.


11. Sajian Timur yang Disediakan dengan sempurna
Tidak ketinggalan juga, kegemaran ramai, daging masak lada hitam dan juga menu baru iaitu filet ikan goreng dengan sos mentega  juga ada disediakan. Dengan menggunakan teknologi pakar dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan aya, telah dimasak secukupnya memberikan rasa empus dan berjus yang hebat. Nasi yang empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikannya berkilau dan penuh rasa.


12. Hidangan Barat Moden
Lasagna ayam, spaghetti cabonara adalah hidangan yang tradisional malahan di seksyen Baratjuga terdapat hidangan yang ekslusif dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan cendawan Espuma.





13. Masakan melayu dan tradisional
Sajian Laksa Sarawak dan laksa singapura pasti akan menepati citarasa anda ketika bulan Rmadhan nanti menggunakan bahan mentah yang ditanam sendiri di Kebun dalam bandar berlokasi di dalam premis Bangi Gold Resort sendiri, cef sendiri akan memetik sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika bufet ramadhan.Nasi kerabu juga akan dihidangkan dengan ulaman yang ditanam sendiri dihiasi dengan ikan masin goreng, keropok ikaan dan bahan hiasan lain.












Restoran Bangi Golf Resort
No1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650 Malaysia

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaan 1700 81 8557

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial
hashtag : #BGRbuffetramadhan18 #BangiGolfResort #makansedap

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com