Sesi Santai Woman to woman di Dr Medispa and Wellness


Last week, I berkesempatan untuk hadir sesi santai woman to woman di Dr Medispa and Wellness, Kajang bersama bloggers dan juga Dr Azira. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti lukisan seni inai atas tangan, aktiviti makeup-makeup dan paling penting ialah sesi rawatan wajah yang kami boleh pilih. Dr Azira tawarkan I buat Dermapen sekali lagi untuk haluskan lagi tekstur kulit cuma at this moment I tengah fikir banyak event nak kena attend sebab pengelupasan ambil masa dalam 2-7 hari tapi dermapen adalah salah satu rawatan yang sangat bagus untuk masalah liang pori besar akibat jerawat serta memudarkan parut jerawat. Tapi tu la.. healing process take time juga.

3 orang bloggers yang hadir Iena, Dilla dan I sendiri decided untuk lakukan hydradermabrasion facial dan vitamin C facial. Untuk wajah nampak lebih glowing segar dan cerah I picked vitamin C facial.


Sebelum sesi rawatan, we all punya tangan dihiasi dengan seni rekaan taman bunga dari Zurarahim_henna. Zurarahim juga ialah pengasas Inai Kuku Hipster tau dan juga seorang teacher untuk kelas henna. So siapa yang kat luar sana belajar seni asas lukisan inai bolehlah roger Sis Zura ni.


Tadaaa, salute tau dengan Sis Zura ni untuk sesi santai kali ni lebih kurang 6 rekaan yang cantik dapat dihasilkan. Inai ni tak silap katanya hand made tau, kalau you all nak beli boleh roger Sis Zura ni I baru je stalked Ig nya ada juga yang ala-ala pewarna kuku tapi versi inailah.. nampak macam messy-free je.


Memandangkan sesi santai kali ni sangat mesra kanak-kanak, Adelia pun join lah abang dan kakak-kakak. I suka spa yang kids friendly at least kita boleh bawa juga anak sementara tengah buat rawatan.


Wajah I sebelum di rawat dengan Vitamin C Facial, memang sangat kusam tapi testur kulit much better than before sebab dah pernah buat Dermapen. lepas ni I kena cari masa yang sesuai untuk buat Dermapen ni.huuu meronta-ronta jiwa ni nak buat lagi tau. Baca sini pengalaman I buat
> DERMAPEN <


Rawatan Vitamin C facial ni sebenarnya dia nak kasi kulit kita nampak glowing, bersih dan lebih bermaya dari sebelumnya. Ada beberapa langkah yang digunakan untuk impak yang glowing tu. Boleh tonton video untuk tengok :




Tempat rawatan yang selesa dan kids-friendly adalah lokasi yang sesuai untuk para ibu-ibu yang dah ada anak untuk lakukan rawatan wajah agar kekal cantik, muda dan berseri.

Gambar dari Dhia
Menurut Dr Azira bahawa beliau nak fokus sepenuhnya pada masa akan datang di Dr Medispa & Wellness kerana minatnya yang mendalam dalam dunia aesthetic ni. Memang real doktor tau so kalau nak buat rawatan yang ada cucuk-cucuk jarum macam dermapen tu tak de la rasa takut sebab doktor sangat profesional kendalikan alatan.



Sesi santai kali ni hampir half day, tak sempat nak full makeup tapi Beby Munchkin ni ada la tolong created kening I. Sebab nak dapatkan solekan yang sempurna take time juga dalam 30minit ke 1jam juga la. Tapi apa pun kalau you ada nak gunakan servis solekan dari MUA Beby ni di sekitar bolehlah roger dia tau.





Lepas ni rasa macam nak try rawatan lain next time, bagi you all yang nak pergi sini boleh tengok-tengok dekat https://www.facebook.com/drmedispawellness/, okay. Lagi pun rawatan dikendalikan oleh doktor yang berlesen so kalau jadi apa-apa bolehlah refer kan. hehe.

Okay sampai sini perkongsiaan I mengenai pengalaman Sesi santai woman to woman di Dr Medispa and Wellness ni.

Jumpa lagi di next post ! :)

Dr Medispa & Wellness,
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral,, 43000 Kajang
no H/P : 013-7706708

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com