belif Prime Infusion Repair Program ampoule special set


belif Prime Infusion Repair Program ampoule special set ni adalah set khas untuk program memperbaiki kembali kulit rosak akibat oleh pencemaran persekitaran, radikal bebas, masalah jerawat yang meninggalkan parut dan masalah penuaan juga.

Bagi I yang berumur 28 tahun memang banyak masalah kulit yang I alami sehingga kini termasuklah proses penuaan yang sudah mengambil tempat  dan menimbulkan garisan halus pada bawah mata. Tekanan setiap hari juga membuatkan kulit I dah tak seimbang dan warna tona kulit pun nampak tak rata.

Thats why I setuju untuk mencuba sendiri Prime Infusion Repair Program Ampoule ni khas untuk 6 minggu berturut-turut. Sekarang ni dah masuk 3 minggu rasanya I cuba program ni.


belif Prime Infusion Repair Program ampoule special set adalah program selama 6 minggu dengan menggunakan konsep langkah demi langkah untuk setiap ampoule. Terdapat 3 langkah yang boleh dikatakan sangat efektif untuk melewatkan proses penuaan dengan menghidrasikan kulit, memberi nutrisi dan khasiat yang sepatutnya serta menjadikan kulit kasar lebih lembut.


Langkah Pertama : belif Prime Infusion Repair Program ampoule reset 15 ml

Ianya mempunyai kandungan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang lama tanpa membuatkan kulit terasa perit atau pedih namun lembut pada kulit serta membantu tekstur kulit lebih sekata, selembut sutera dan lebih lembut. Surprisingly kan dalam ampoule reset ni terdapat juga kandungan marshmallow root sebagai bahan asas yang mengandungi Mucilage untuk melembab, melembut dan menyingkirkan sel kulit mati.


Tanggapan :
Lepas I dah sapu belif Prime Infusion Repair Program ampoule yang reset sebagai langkah pertama I dapat rasa bahan dalam ampoule ni meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit, boleh rasa kulit rasa lebih lembab dan lembut. Kulit rasa bebas dari sel kulit mati yang lama dan degil. Langkah pertama pun dah beri kesan berseri pada wajah I.


Langkah kedua : belif Prime Infusion Repair Program ampoule recover 15 ml

Ampule recover ni diformulasikan dengan pelbagai jenis agen pelembab semulajadi yang memberikan kesan lembapan  yang tahan lama tanpa rasa melekit. Ditambah dengan ekstrak vine gula anggir yang mengandungi bahan aktif seperti mineral, asid organik dan flavonoied yang melembabkan kulit dan anti-keradangan. Ampul penyembuhan ni kaya dengan tekstur nutrisi yang bertindak untuk melembutkan kulit dengan lebih mendalam dan meninggalkan kulit lebih lembab dan anjal setiap kali selepas aplikasi.


Tanggapan :

Untuk langkah kedua adalah proses untuk memperbaiki kulit wajah. Setelah langkah pertama menyingkirkan sel kulit mati masa tu la langkah untuk memperbaiki kembali sel baru dan meremajakan kulit balik. Dekat situ I dah rasa kulit I mula rasa lebih baik dari sebelum lebih-lebih lagi bahagian liang pori tu. Umum tahu I punya kulit ni macam berlubang-lubang dan banyak parut jerawat. Tapi setakat ni Alhamdulillah I dah nampak kesan ketara pada bahagian liang pori I.


Langkah ketiga : belif Prime Infusion Repair Program ampoule reactive 15 ml

Formula ampul ni kaya dengan nutrisi dan sangat pekat serta lebih dikenali sebagai sentuhan terakhir untuk program selama 6 minggu ni yang sangat bagus untuk menggalakkan lagi keanjalan kulit supaya lebih berseri. Disebabkan ianya sangat pekat, formula yang kaya dengan nutrisi ni dapat menembus masuk jauh ke dalam kulit serta meningkatkan lagi keanjalan kulit malahan memberikan penjagaan yang baik untuk mengelakkan kedutan pada wajah dengan sentuhan yang lembut dan berseri. Terdapat kandungan teratai sebagai bahan utama yang dapat detoks kulit dan mempunyai kesan anti-oksida yang tinggi.


Tanggapan :

Memandangkan ini adalah langkah terakhir I percaya ianya mempunyai kandungan bahan yang dapat meningkatkan lagi keremajaan kulit. Reactivate tu bermaksud mengaktifkan kembali sel kulit yang tidak bermaya agar sel kulit yang duduk diam dibawah tu dapat bertindak menghasilkan kolagen kembali supaya kulit dapat mencegah masalah garisan halus dan memperbaiki tekstur kulit. I sangat suka ketiga-tiga langkah ni sebab memang boleh nampak kesannya walaupun aplikasi yang pertama.


belif Prime Infusion Repair Program ampoule special set ni bebas dari minyak mineral, haruman sitentik, pewarna sintetik, pengawer sentetik dan bebas dari bahan haiwan.

Paling menarik belif Prime Infusion Repair Program ampoule special set dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti herba marshmallow dan mountain daisy.

Jangan cakap harga sebab produk ni dihasiklan dengan bahan yang berkualiti tinggi. Kalau anda ingin kekal cantik dan kulit nampak lebih remaja, go invest guys. Trust me product ni really worth for your skin ;)



I dah guna almost 3 - 4 minggu, will updated my latest photo untuk yang ke 6 minggu. Stay tuned guys !

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://belif.com.my/
Facebook : Belif Malaysia @belifmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/belifmalaysia/


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com