Sihaf Restoran Arab di Seksyen 14 Shah Alam Selangor


Restoran Sihaf ialah sebuah restoran Arab di Seksyen 14 Shah Alam baru-baru ini suami dan anak-anak I sempat menyertai majlis pembukaan secara rasmi yang telah dihadiri oleh seramai 3000 orang tetamu. Restoran Sihaf ni bagi I memang mempunyai keluasan yang besar lah untuk sebuah restoran dimana korang boleh berasa selesa untuk menikmati makanan Arab di sini dimana bahagian dalam berhawa dingin dan di bahagian luar pula sesuai untuk orang yang nak suasana angin sempoi-sempoi bahasa.


Dengan menggunakan konsep didalam Al-Quran, Sihaf ini bermaksud pinggan emas yang korang boleh rujuk dalam potongan ayat 7, Surah Az-Zukruf;

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan didalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya"

Restoran Arab Sihaf dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran yang
bermaksud pinggan emas.

Logo restoran ini merujuk pada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung, kerana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa masyarakat amalkan. Juga corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya islam dan warna  digunakan mencerminkan negara-negara Islam.

Dengan nama dan logo yang dipilih, ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan yang hadir menjamu selera di Sihaf.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis
Rekaan restoran Sihaf yang nampak selesa dan santai



Pengasas bersama ahli keluarga beliau yang berusaha sedaya upaya mewujudkan restoran nasi arab Sihaf. Seperti yang kita tahu makanan Arab ni dah jadi makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuklah suami dan anak-anak I. Memang rugi kalau korang bukan jenis suka makan kambing sebab I rasa masakan Arab memang the best dan sihat.


Sekumpulan lelaki Arab daripada Syria yang menyanyi lagu-lagu seperti nasyid dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk emmeriahkan majlis pembukaan Restoran Arab Sihaf.


Anak-anak I dan suami I sanggup datang untuk memeriahkan majlis Restoran Nasi Arab di Seksyen 14 Shah Alam Selangor sebab husband I memang a big fan kot makan masakan Arab.


Acara pemotongan reben untuk majlis pembukaan restoran Arab Sihaf.


Kebab ni memang nampak menyelerakan. I masih terfikir macam mana dorang punya daging ayam besar macam tu ye. Dorang perap perap ke ayam tu macam mana. Kadang-kadang I lebih suka beli instead of masak sendiri. Tapi kebab ayam memang favorite I juga yum !


Nasi Arab yang suami I makan dia cakap sedap. I tengok pun macam terliur je. Rugi tak dapat nak sertai dorang. Neway Husband cakap nak pergi lagi sekali restoran Arab di Seksyen 14 Shah Alam ni.


Hidangan kebab ayam secara panjang ni macam cipta rekod dalam Malaysia je tapi tak official la, memang seronok tengok tetamu ramai je datang untuk menikmati sendiri hidangan dari Restoran Arab di Seksyen 14 Shah Alam ni.


Sayur dan salad campur ada juga dihidangkan. Btw my husband and kids bawa balik ole-ole dari negara Arab ni dia bagi kayu sugi untuk gosok gogo, I dah try rasa dia masin-masin sikit mungkin sebab I tak biasa kot, lepas tu dapat jus kordial kurma dan  juga arabic gum ( yang ni I memang selalu kasi anak-anak I sebab ianya adlaah pre-biotik ) bagus untuk kesihatan.

Husband cakap nama I pun ada menang Lucky Draw dapatlah burner apa tah tapi memang cantik sebab ianya klasik dan elegan, Sorry tak de photos lupa nak tangkap gambarnya.

Tapi kalau korang dah ada dekat area Shah Alam Seksyen 14 ni jangan lupa tau singgah :

Restoran Masakan Arab Sihaf
B-LG-1 Shop Lot Vista Alam,
Jalan Ikhtisas
Seksyen 14 Shah Alam
Selangor

*Restoran ini terletak berdekatan dengan Hospital DEMC

Untuk tempahan dan pertanyaan:-
011-11110500
http://www.sihafood.com/
www.facebook.com/sihafrestaurant
www.syafierayamin.com