SCCA : Snips College Of Creative Arts Khas untuk Pelajar Menjadi Lebih Kreatif

Bahagian masuk SCCA

Mengenai Snips College of Creative Arts (SCCA)

Snips College of Creative Arts (SCCA) yang dahulunya dikenali sebagai SNIPS College, merupakan
sebuah cabang pendidikan SNIPS Hairdressing Group. Sejak penubuhannya pada 1998, institut ini
telah berkembang bermula dari bidang Dandanan Rambut & Kecantikan kepada bidang Rekaan
Fesyen, Media & Komunikasi Baru, Perfileman, Fotografi, Lakonan, Pengacaraan (Industri Seni &
Rekabentuk), Komunikasi Bahasa Inggeris, Pengurusan Perniagaan – menjadikannya sebagai pakar
korporat global dalam bidang-bidang tersebut. SCCA merupakan tunjang kepada platform pendidikan
syarikat ini yang membuka pelbagai peluang kepada para pelajar untuk memulakan latihan komersial
dan artistik.

Snips College of Creative Arts (SCCA) telah melancarkan secara rasmi kolej seni kreatif komprehensif serba baru hari ini di majlis pelancaran gilang-gemilang yang diadakan di SCCA Sungei Wang Plaza. Pelancaran ini adalah selari dengan inisiatif kerajaan untuk memacu pertumbuhan kemajuan kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Sesi Pemotongan Reben antara kerjasama yang terlibat
Melalui kerjasama dengan IMB ini, SCCA berharap dapat menaikkan bakat-bakat dari Malaysia ke persada Dunia Fesyen Milan yang elit. Melalui kerjasama dengan BFA pula, SCCA akan mampu untuk menyediakan laluan yang mantap kepada bakat-bakat di Malaysia untuk mengakses pasaran Asia melalui pasaran China yang pesat.

SCCA bekerjasama secara ekslusif dengan sekolah fesyen yang terkemuka dari Itali, Instituto DiModa Burgo (IMB), dan Akademi Perfileman ke-3 terbaik di dunia iaitu Beijing Film Academy (BFA). Kerjasama ini akan memberi pendedahan secara terus kepada bakat-bakat di Malaysia untuk berkembang di arena antarabangsa.

Acara SCCA dimeriahkan dengan:-
  1. Pertunjukan Fesyen ”ECO FUTURISTIC”, yang dijayakan oleh para pelajar yang berbakat di bawah bimbingan pensyarah fesyen dari Milan. Pertunjukkan ini menampilkan rekaan bertemakan futuristik yang dihasilkan daripada barang terpakai.
  2. Pertunjukan dandanan rambut dan solekan bertemakan ”NOISE & URBAN GLAM” di mana para pelajar menunjukan kemahiran masing-masing.
  3. Persembahan drama istimewa yang dipersembahkan oleh para pelajar jurusan Seni Persembahan.
Majlis Pelancaran Gilang-Gemilang SCCA dengan bangganya dianjurkan oleh SCCA, dengan sokongan padu daripada StarMode Entertainment, Snips International Group, Instituto DiModa Burgo (IMB), dan Beijing Film Academy (BFA).

Kelas dandanan rambut
Antara kursus yang ditawarkan di dalam SCCA Sejak penubuhannya pada 1998 SCCA telah meneroka jauh dalam bidang seni kreatif, walaupun bermula sebagai institut dandanan rambut dan solekan yang ekslusif.

Penambahan terkini adalah seperti kursus Rekaan Fesyen, kursus Pengurusan Perniagaan Runcit dan kursus Media & Komunikasi Baru (pengkhususan dalam Perfileman & Seni Persembahan). Melalui kursus-kursus yang ditawarkan, kolej ini memberi penekanan terhadap imej, termasuk solekan prostetik dan busana fesyen untuk perfileman.

Kelas Perfileman & Seni Persembahan
Terdapat snooker pool untuk pelajar santai ketika masa lapang
Gaya rambut yang paling aku rasa sangat Da BOMB !

Hasil seni daripada pelajar SCCA

Fesyen nampak ganas tapi menarik

Sementara itu, kursus Pengurusan Perniagaan Runcit SCCA pula bermatlamat untuk membimbing para pelajar dalam pengurusan perniagaan kreatif secara efisien. Kandungan kursus ini adalah berlandaskan sumbangan daripada para pengurus dan pemilik perniagaan berprofil tinggi yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

”Hari ini, kami berbangga untuk melancarkan kursus-kursus baru kami yang berkaitan dengan Rekaan Fesyen, penerbitan Filem & Pengimejan dan Pengurusan Perniagaan. Kami percaya bahawa industri-industri ini amat berpotensi dan ini amat jelas dengan pertumbuhan dunia fesyen dan juga industri perfileman,” tambah Dato’ Mike Loh.

Pengasas SCCA, Dato’ Mike Loh berkata, “Sejak bertahun-tahun, SCCA telah berevolusi untuk menjadi sebuah kolej yang terkenal dalam bidang Seni Kreatif. Etika perniagaan kami tidak memberi ruang terhadap sebarang kelekaan, oleh itu, kami telah berjaya menjadikan kolej ini sebagai pusat sehenti untuk bidang seni kreatif bagi mengasah bakat-bakat yang semakin berkembang di Malaysia.”

Barisan tenaga pelajar yang bertungkus-lumus menghasilkan seni pada model untuk nampak WOW

Menurut laporan My Performing Arts Agency, industri kreatif Lembah Klang telah menyumbang sebanyak RM8.99 billion kepada negara pada tahun lepas; yang membentuk 2 peratus untuk ekonomi Lembah Klang. Pada masa ini, industri kreatif negara membangun menyumbang sebanyak 3 hingga 6.9 peratus kepada ekonomi negara masing-masing – yang mana ia merupakan penanda aras yang baru dan harus dicapai bagi memenuhi aspirasi kerajaaan.

Datuk Aureen Jean Nonis, Pengarah Kanan & Bahagian Perancangan Strategik MATRADE, yang menghadiri majlis itu sebagai tetamu kehormatan, memuji inisiatif SCCA. "Saya, bagi pihak MATRADE, bangga dalam melihat SCCA memperluaskan kurikulumnya. Tidak ada keraguan bahawa industri fesyen dan filem merupakan industri yang kian meningkat dan dengan bakat yang teguh di Malaysia, ia pasti akan memberi manfaat kepada ekonomi negara kita dalam meningkatkan eksport kreatif," jelas Datuk Aureen.

SCCA telah jelas maju ke arah inisiatif kerajaan dengan menambahbaik tawaran dalam bidang seni kreatif secara berterusan untuk membangunkan bidang tersebut menjadi bidang yang penting kepada ekonomi negara. Dengan penambahan baharu ini, kini SCCA menawarkan kursus dalam Rekaan Fesyen Itali, Pembangunan Bakat (Seni Persembahan),

Penerbitan Filem, Pengurusan Perniagaan di samping Teknologi Kecantikan dan juga beberapa kursus-kursus jangkamasa pendek. Kolej ini juga berhasrat untuk berkembang ke arah bidang pasca penerbitan dan pendigitalan.

Dengan adanya SCCA, I berharap agar pelajar dapat berdaya saing secara sihat disamping melahirkan modal insan yang kreatif dan 'skillful.'

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com