Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard

Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard

Baru-baru ni I berpeluang untuk mengikuti kerjasama Kumpulan Mpay (Managepay Systems Berhad) kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard pada 28 November 2017 yang lalu di Raintree Club Kuala Lumpur sekitar pukul 8 Malam.


Demi usaha mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan adalah dengan membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus melalui ciri baharu mengenai pengenalan program yang membolehkan kerajaan, masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan koperasi bekerjasama.



Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan negaraku merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak telah menerima sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 yang lalu termasuklah memperkenalkan juga Wallet Mpay dari Kumpulan Mpay.



Untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan bedaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital melalui kerjasama dan perlantika secara ekslusif ini untuk lebih serius melaksanakan program ini secara lebih konsisten menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin dengan menggunakan visi untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.




Antara jenama yang terlibat untuk Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.


Membayar bil, tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun, kad hadiah kini boleh diakses dengan program Mpay Negaraku dimana rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain kata Pengasas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpuan Mpay, Dato' Chew Chee Seng.




Ciri baharu yang membolehkan para pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dengan menggunakan penghantaran siaran pesanan ( broadcast messaging ) untuk berkongsi berita penting antasa satu sama lain selari dengan perkongsiaan yang lebih cepat ketika kecemasan dimana era digital baru melambangkan perpaduan rakyat Malaysia melalui kad prabayar Mastercard bertemakan Negaraku.

Antara Bloggers yang hadir pada majlis Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard 

Untuk maklumat lanjut mengenai program Mpay Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, sila layari : www.kadnegaraku.com.my

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  MPay, sila layari :
www.managepay.com

Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :
https://www.facebook.com/Kelab-Sahabat-Persaudaraan-973121466155691/



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com