Hilangkan Lemak 'Spare Tyres' untuk Amal Kebajikan

  Ini adalah alatan yang digunakan untuk menghilangkan Spare Tyres




Hanya dengan menyertai Usaha untuk Sihat demi diri sendiri atau sayangilah diri sendiri sebelum nak menyayangi orang lain dengan menghilangkan lemak 'spare tyres' masing-masing.


Minyak 24 jam non Stop dari Italy


4 cara Mudah untuk anda mengumpul Dana

Bersama pengasas Melanie Kam

Menurut Melanie Kam iaitu pengasas Amante menyatakan bahawa bilangan pesakit kecing manis semakin meningkat saban hari. Amante berharap dapat membantu rakyat Malaysia mengurangkan lebihan berat badan akibat daripada pengambilan pemakanan yang tidak seimbang serta melakukan senaman untuk mencegah risiko penyakit orang kaya seperti Diabetes. Pada masa yang sama dengan rawatan 'tummy shaper' dari Amante bertujuaan untuk mengumpulkan dana dalam memberi bantuan kepada mereka untuk menerima rawatan hemodialisis.

Rawatan Tummy Shaper yang menggunakan Far Infrared

Kebaikan Tummy atau Thigh Shaper

Teknik rawatan Tummy atau Thigh Shaper

Apakah dan Bagaimana Tummy atau Thigh Shaper berhasil ?

Apakah Tummy or thigh Shaper ?

  1. Rawatan yang membantu untuk membentukkan tubuh badan menggunakan berus jenis bergetah yang halus.
  2. Mampu menghilangkan selulit dan mengembalikan kembali tona kulit badan dengan memecahkan lemak yang degil
  3. Merangsang perjalanan darah keseluruhan badan ketika badan menerima tekanan yang kuat


Kaedah rawatan Tummy Shaper untuk menghilangkan Spare tyres :
  1. Perut akan diberus dengan teknik yang agresif dengan menggunakan teknik manual dengan tangan.
  2. Mengaktifkan kembali aktiviti selular, mengeluarkan cecair yang berlebihan serta membebaskan toksisn yang terperangkap di dalam badan
  3. 24jam serum tanpa henti dari Itali dan Infrared merah akan disapu pada perut untuk menyingkirkan lemak dalam badan.
Tummy Shaper ni teknik yang I try dulu agak kasar juga tapi sangat berbaloi ambil masa dalam3 hari juga untuk hilang rasa perit tu.

Amante telah memberi kerjasama untuk memberikan yang terbaik kepada mereka yang membantu mengumpul dana untuk SSL.

Dengan cara yang agak mudah iaitu dengan :

  1. Mendaftar dengan mengisi maklumat peribadi anda
  2. Meningkatkan dana sehingga RM1,900 melalui 'Crowdfunding Page'
  3. Hilangkan Lemak 'Spare tyres' jika anda berjaya mengumpul dana selama 4 minggu di bawah program Amante
  4. Amal kebajikan dimana 10% dana akan didermakan kepada SSL dan juga sistem Penjagaan Kesihatan yang telah memenangi anugerah NGO.
Kenapa perlu anda sertai dan 'crowdfunding' ?
Bagi anda yang mempunyai lemak 'spare tyres' memang amat digalakkan untuk melakukan rawatan 'tummy shaper' di Amante untuk menyerlahkan kembali keyakinan diri dan tidak lagi malu dengan mempunyai masalah perut buncit. Selain masalah lemak perut buncit jelas kelihatan anda dapat membantu pesakit diabetes dimana 'crowdfunding' anda akan didanakan kepada SSL ( Sau Seng Lum Haemodialysis Welfare foundation) dan dapat menikmati 4 minggu program rawatan Tummy Shaper Firming.

Berita baik untuk para penderma mengikut harga nilai, setiap daripada wang yang didermakan anda akan mendapat rawatan dari Amante.

Gangsa (Dana RM50)

* Refleksologi Wajah dan Rawatan Circle Eye Dark @ 60 minit bernilai RM226

Perak (Dana RM100)
* Detoxification Drainage Limfatic Back Treatment dan Face Reflexology @ 90 minit bernilai RM286

Emas (Dana RM300)
* Amante Signature Therapy Minyak Panas @ 90 minit bernilai RM198
* Lymphatic Drainage Detoxification Rawatan Badan @ 90 minit bernilai RM238
* Face Reflexology @ 30 minit bernilai RM128

Platinum (Dana RM500)
* Amante Signature Therapy Minyak Panas @ 90 minit bernilai RM198
* Lymphatic Drainage Detoxification Rawatan Badan @ 90 minit bernilai RM238
* Rawatan Pembesaran Perut Tumit atau Thigh @ 60 minit bernilai RM268
* Face Reflexology @ 30 minit bernilai RM128

Apa lagi jom kembalikan keyakinan diri anda dengan rawatan kesihatan di Amante, dan hilangkan lebihan lemak 'Spare tyres' anda untuk meningkatkan dana Sau Seng Lum. 

Tarikh pendaftaran bermula dari 31 Disember 2017 manakala tempoh pembiayaan adalah  sehingga 28 Februari 2018. Untuk Maklumat lanjut, sila layari :
mystartr.com/projects/amante-spare-tyres

Semasa Pengenalan mengenai CrowdFunding, Amante telah memberikan yang hadir 'Hand Parrafin Wax' dan mencuba sendiri rawatan Tummy Shaper tu.

Hand Parrafin Wax mampu melembutkan kulit tangan

Kena balut dengan plastik untuk mempercepatkan lagi proses melembutkan tangan

Antara gadis-gadis cantik yang hadir mencuba sendiri rawatan Tummy Shaper
Apa lagi cepat sertai program menarik dari Amante untuk kesihatan sambil membuat amal kebajikan.

xoxo,
Syafiera




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com