Cheers Cheese kini di IOI City Mall, Putrajaya


Bagi anda yang sempat berkunjung di Cheers Cheese hari ini dan semalam, anda berpeluang untuk mencuba sendiri seleksi minuman pilihan yang mempunyai kandungan krim keju yang membuatkan setiap minuman mempunyai rasa yang berlemak dengan kombinasi minuman yang luar biasa rasanya, heh.

100 yang terawal yang hadir selepas pembukaan kioks Cheers Cheese juga dapat menikmati Secawan Cheers Cheese secara percuma manakala pada hari pelancaran seleksi minuman ini juga dapat menikmati Cheer Cheese secara belian 1 percuma 1.

Cheers Cheese di IOI City Mall, Putrajaya merupakan cawangan kedua selepas pembukaan yang pertama di Damansara Utama, PJ.


3 Jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Jasmine Green Tea dan 4 Season Tea diberikan secara percuma kepada yang hadir 100 orang yang terawal. Kombinasi krim keju di dalam setiap minuman ini dibuat secara 'handcrafted' dan juga digabungkan dengan teknologi moden untuk menghasilkan Tea berkeju yang berkualiti tinggi supaya setiap seleksi minuman Cheers Cheese ni mempunyai cerita serta rasa yang tersendiri dimana ianya telah diasaskan di Hong Kong.

Bagi yang sensitif mengenai isu halal dan haram, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal tetapi jangan risau bahan yang digunakan adalah segar, selamat dan tiada unsur yang meragukan serta tidak menggunakan bahan tiruan.


Cheers Cheese juga menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Minuman buah-buahan yang dikombinasi dengan krim keju, I masih tak boleh bayangkan rasanya tapi ada peluang nanti I nak mencuba sekali lagi. Sebab yang semalam I rasa memang not bad tau. Rare pula kombinasi rasa krim keju dengan tea o, heh. Selain tu kopi dan frappucino pun ada juga di Cheers Cheese ni, korang kenalah rasa sendiri rasanya kalau kopi di campur krim keju, mesti sedap kan.


Setiap pembeliaan, korang akan dapat butang berbentuk UFO ni, korang boleh tunggu sementara menunggu minuman korang siap, bila dah siap benda ni akan berbunyi dan bergetar menandakan korang boleh pick up minuman korang ye.


Jangan lupa ye dapatkan seleksi minuman berkrim keju ni di 2 Outlets Cheers Cheese yang korang rasa convenient demi untuk menikmati rasa minuman yang rare ni haha, kalau bagi I IOI City Mall ni memang I selalu pergi so senang lah I nak pergi beli satu sementara menunggu untuk menonton wayang gitu.


Di Cheers Cheese pun ada sediakan kek, nama-nama pun unik juga kek ni seperti Creme Bulee, Puan Sri Cheese, Puteri Jendol, Nutella Crepe, dan juga Mint Chocolate. So sambil minum minuman kerkrim keju sambil menikmati kek tapi jangan over dose ye, kesihatan kena jaga juga Oh.

Btw nak tahu maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari,
www.cheerscheese.com.my

Jumpa lagi di 'my next post' ya !
Syafiera

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com