Amber Chia Kongsi kisah kecantikan bersama Shizens

Produk penjagaan kulit dari Shizens pilihan hati Amber Chia
Amber Chia seorang selebriti yang terkenal di dalam Malaysia dan luar negara baru-baru ni berkongsi dengan peminat mengenai kecantikan semulajadi yang tak sepatutnya di tutup tapi perlu di serlahkan lagi dengan penuh keyakinan supaya kecantikan itu tidak akan lenyap di Shizens 'booth' pada November lalu. Banyak tips kecatikan yang dikongsi oleh Amber untuk seseorang tu mempunyai keyakinan pada diri sendiri tanpa menggunakan makeup yang tebal tapi melebihkan kepada penjagaan kulit, pemakanan dan memilih bahan kecantikan yang sesuai tanpa bahan yang berbahaya dan telah menjadikan Shizens sebagai salah satu produk jenama yang digemarinya.

Samson Chan menunjukkan teknik makeup yang ringan pada wajah Amber Chia
Samson Chan iaitu Shizens MUA juga tidak terlepas peluang menunjukkan teknik makeup yang menyerlahkan kecantikan seseorang individu tanpa pemakaian bedak yang tebal tapi hanya menggunakan Aqua Pore Perfection dan Silky Matte Foundation. Sapuaan yang ringan dapat menutup cela namun boleh mengekalkan dan menyerlahkan lagi warna kulit serta wajah tampak lebih berseri. Amber Chia juga menggunakan Lip Tattoo untuk menjadikan bibir lebih tampak merah semulajadi dan tidak kering.

Kena duduk kalau tak nampak macam langit dan bumi hehe

Salah seorang Malaysian selebriti, Amber Chia yang sangat merendahkan diri walaupun mempunyai ketinggian yang melampau hehe. So far Amber banyak bercerita mengenai kisah anaknya dan juga ingin mempunyai anak lagi jika mempunyai rezeki ,alahan Amber sangat sukakan kanak-kanak. Bagi yang mengikuti perkembangan Amber Chia melalui Instagram, Amber mempunyai agensi modelling iaitu AmberChia Academy which is akademi ni banyak menonjolkan bakat-bakat terpendam untuk menyerlahkan lagi bakat individu ke arah dunia modelling, bagi you all nak jadi model boleh lah ketahui lebih lanjut di www.amberchia.com.

Time ni Amber suruh I sengetkan kepala bagi muka nampak kurus, it works !

Booth Shizens di Mid Valley pada November lalu

Koleksi Produk Penjagaan Kulit dari Shizens

Bloggers serta Influencer yang hadir untuk perkongsiaan bersama Amber Chia X Shizens

One of the prop Shizens di Mid Valley

Antara pengunjung yang hadir untuk mencuba sendiri produk Shizens

Shizens Makeup Box 

Shizens Silky Matte Foundation & Shizens New Lipstick Smack Lips
Shizens Silky Matte Foundation secara asasnya I dah mencuba sendiri pada kulit wajah I, so far not bad juga coverage dia especially my code color is 03, gunakan jari lagi bagus dari pakai berus sebab foundation sangat lembut dan once applied on my skin dia tak berminyak dan dia macam change into powder. Serious memang rasa macam selembut baldu plus muka ringan je. Then dia tak berminyak atau sticky cuma memang kena lock juga dengan loose powder atau I pakai Innisfree sebum untuk pastikan foundation ni stay in place, kalau korang suka rasa macam kulit lembab tak perlu pakai powder pun tak pe, lagi pun finishing dia matte bukan glossy. Memang nampak lebih natural tanpa menutupi kecantikan sendiri. Parut I dab je dengan silky foundation matte ni. So far not bad dia ada coverage light to medium, kalau nak full coverage boleh tebalkan sedikit Silky matte foundation ni pada wajah you all.

Swatches Produk ni
New Lipstick by Shizens iaitu Smack Lips pula. So far anyone dah cuba ? I dah cuba sendiri tak silap ada 6 pilihan warna, haritu ada Sale rasa macam sangat berbaloi untuk digrab. Tapi sebab I dah banyak sangat lipstick I rasa 1 pun dah cukup. Formulasi produk ni I tak pasti tapi once I applied kat lip I so far bibir rasa lembut sangat dan bibir tak kering. Selagi I tak makan dan tak minum memang warna lipstick tu stay on my lip. dia warna matte tapi tak smudge proof, once I removed masih ada lagi lip stain which is the color on my lip dah jadi macam tinted. hee so far I love this lipstick I kasi 4/5 bintang. hehehe. rasa rugi tak grab 6 warna haritu tak silap lagi murah beli semua kaler instead beli 1 warna hehe.

Nak maklumat lanjut, sila layari : Website Shizens Malaysia atau update tentang contest dekat dalam Facebook Shizens Malaysia.

Xoxo,
syafiera


www.syafierayamin.com