Aktiviti Menarik Anak-anak anda boleh sertai di 1 Mont' Kiara


Jingle bell, jinggle bell, jinggle all the way~
Wow siapa sangka yang kita sudah memasuki bulan Disember bulan terakhir pada 2017. Rasa macam hiba pun ada, banyak perkara yang masih belum terlaksana untuk tahun 2017 ni. Semoga ada sinar pada tahun hadapan. Untuk menutupi rasa hiba ni, sebelum waktu pantas berlalu untuk setiap saat. Apa kata cuti sekolah ni kita bawa anak-anak kita bersuka ria atau melakukan aktiviti yang bermanfaat sementara menunggu alam persekolahan yang baru akan datang ni.

Bagi yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, apa kata you all singgah ke 1 Mont Kiara pada bulan Disember ni. I usha-usha terdapat banyak dekorasi Christmas yang menarik dalam Mall ni which you all boleh tangkap gambar posing-posing dan pos dalam Instagram hehe. Jangan lupa nanti #1MontKiara.

Selain daripada ber'shopping' dalam mall ni, you all boleh saksikan sendiri Persembahan dari kumpulan Beat City X'mas Selayang Special Education Centre, I pasti anak-anak you akan terhibur dengan persembahan dari mereka pada pukul 12pm 9 Disember 2017.  Sempena bulan Krismas ni memang tidak sah kalau tiada bayang Santa dan Santarina kan, jadi pastikan anda dan anak-anak dapat spot Krismas Darling ni, who knows dorang ada bagi hadiah ke. Hehe Paling menarik 'Walking Ornaments' pun turut membayangi anak-anak anda juga, time ni jangan lupa selfie dengan perhiasan Krismas yang bergerak ni tau ! Sampai pukul 4 petang pada 9 Disember 2017 kalau you all masih stay di 1 Mont Kiara ni jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan dari Snow Angels mesti cantik-cantik je karakter ni time menari. I percaya anak-anak you all happy dan enjoy dengan aktiviti yang berlangsung di 1mont Kiara pada bulan ni.

Comelkan Santarina ni
Jom minta hadiah dekat santa ni, ho ho ho
Tu dia ' walking Ornaments' yang I cakap, macam cili benggali pun ada, hehee
Sebenarnya terlampau banyak aktiviti yang anak-anak you all boleh sertai dalam Mall 1 Mont Kiara ni. Kebanyakan aktiviti dijalankan setiap Sabtu dan Ahad dalam bulan Disember sebab hari tu hari I dan husband cuti jadi memang sesuailah bawa anak-anak berjalan tengok dekorasi yang menarik penuh warna, dapat juga tengoklah salji buatan sebab dalam Malaysia takde salji unless dekat gunung-gunung hehe itupun kabus tebal saja.

Persembahan Krismas sepanjang bulan Disember ni akan di persembahkan oleh kanak-kanak dari Beat City Xmas Band ( Selayang Special Education Centre), Carolling by Fairview International School, Mont' Kiara International School dan juga Japanese Christian Malaysia. Kalau nak list out memang banyak juga persembahan dari pelbagai kumpulan sempena Krismas di Mont' Kiara ni. Jadi why not kita pergi and enjoy bersama family tersayang O.o. Paling best I teruja nak menyaksikan sendiri Christmas Puppet Show - sebab I suka persembahan macam ni.

Bayangkan kalau I yang jadi pemain Puppet
Ni la Puppet Show cam best pula kita nak tengok kan


Persembahan Muzik dari Fairview International School, tengok chubby kids tu cute nya !

Wow Energetik sungguh Santarinas ni dancing o.o
Kalau I bercerita apa yang terjadi di 1 Mont' Kiara sekarang mesti you all masih tak boleh imagine, why not bawa juga anak-anak anda dekat sini. Nak tahu aktiviti apa yang berlangsung lagi sampai malam Krismas, Boleh tengok itinerary di bawah ni, Details dekat bawah ni :

Aktiviti Menarik dari 2 Disember sehingga 24 Disember 2017 di 1 Mont' Kiara

Yang Ni pun mesti JOIN !
Eh belum habis lagi, yang ni aktiviti paling FUN dan mungkin akan meninggalkan kesan sejarah untuk para ibubapa dan kanak-kanak yang berumur dari 12 tahun ke bawah iaitu :

Peraduan Kostum Krismas Kanak-kanak pada 9th Disember 2017 ! 
Cepat daftar di sini : https://goo.gl/forms/76yjckL24UcXJNGF2. Zaman sekarang kan ramai yang suka sertai aktiviti 'pageant' jadi grab peluang ni tau sebab banyak hadiah menarik yang ditawarkan antaranya :

Hadiah:
Juara: RM 250 Cash + RM 250 prizes
1st Runner-Up: RM150 Cash + RM 150 prizes
2nd Runner-Up: RM 50 Cash + RM 50 prizes
Sagu Hati: RM 30 prizes x 5

Ada syarat tau :
  1. Pastikan korang dapat NOMBOR pada hari acara dari pukul 5PM sampai 6.30PM
  2. Maksimum 20 finalis yang akan dipilih untuk 'mini catwalk' baru lepas tu akan dinobatkan sebagai juara.
  3. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang 'ngade-ngade' tidak akan dilayan, huhu.
  4. Syarat dan terma perlu dituruti dan akan berubah-ubah pada bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

selain tu..

Antara Program Yang Menarik pada 9 Disember 2017
5:00pm Children Station Games
5:30pm Jazz Band Showcase
7:00pm Children Christmas Costume Contest
7:30pm Romantic Mushroom Magician Showcase
8:30pm Rooftop Movie Screening - Arthur Christmas

Omg siap ada tayangan wayang tu iaitu Arthur Christmas, awat banyak sangat aktiviti best dekat 1 Mont' Kiara Mall ni. I rasa macam nak singgah banyak kali lagi ! Mesti Anak-anak I suka gila aktiviti sangat happening dekat situ ! Kalau you all pun rasa-rasa nak teruja nak Join jom ! :


1 Mont Kiara Shopping Mall Address:
1, Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Untuk maklumat lanjut, 
Sila pergi ke website and Facebook Page  mengenai 1 Mont Kiara

Tapi sebenarnya ada lagi benda menarik happening dekat sini , iaitu :


Sila datang dan jadi MADD (Muzik, Kesenian, Tarian, Drama) untuk menyertai kelas percubaan pada 18 November, 2 & 16 Disember dari 10:00 pagi hingga 3:00 petang. Satu program yang direka khas untuk kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran mereka dalam Muzik, Seni, Tarian atau Drama, ini pasti sesuatu yang baik untuk anak-anak anda! Ibu bapa boleh datang dan mendapat gambaran yang lebih baik tentang program ini dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada anak-anak anda di sini 1 Mont Kiara!

Daftarlah sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari www.XSPACE.my

Fuh, menarik sangat ni, jangan lupa luangkan masa anda bersama-sama insan tersayang ya !

xoxo,
syafiera

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com