MENTHOLATUM SUNPLAY SKIN AQUA UV MILD GEL SPF30 PA+++


Memandangkan Malaysia ni panas dan lembab jadi kenalah pakai sunblock untuk prevent penuaan kulit. duh selain tu pencemaran udara sekarang sangat teruk kadang-kadang berjerebu sehingga seminggu dua minggu tambahan asap rokok, asap kenderaan, memang boleh sesak nafas bukan sahaja paru-paru, kuli badan dan kulit muka pun sukar nak bernafas, sebab asap ni ada kandungan minyak dan bakteria juga tau.


Finally boleh kurangkan sikit rasa risau tu sebab MENTHOLATUM SUNPLAY SKIN AQUA UV MILD GEL SPF30 PA+++ dah ada di pasaran Warsons sekarang ! Best tau boleh lah bantu protect diri kita dari panas terik yang melampau gitu hehe.




MENTHOLATUM SUNPLAY SKIN AQUA UV MILD GEL SPF30 PA+++ ada bahan melembabkan kulit iaitu Asid hyaluronik, asid amino dan juga kolagen yang boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit. Ianya bebas dari wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif.

Ianya sangat ringan, sesuai dipakai pada waktu panas dan setiap hari pada wajah dan badan. Terdapat SPF30 PA+++ yang membantu melindungi kulit dari Sinaran UV berbahaya.

Paling best bukan sahaja melindungi dari sinaran UV malahan boleh lindungi kulit dari pencemaran alam seperti udara sebab terdapat lebih kurang PM2.5 zarah halus yang sangat berbahaya pada kulit yang menjadikan liang pori tersumbat dan menembusi lapisan kulit. Jika terdedah pada pencemaran ni boleh mengakibatkan masalah kesihatan termasuk kondisi kulit seperti gatal dan rashes :(

So apa lagi Jom Lindungi Kulit anda dari Pencemaran udara dan sinaran U yang berbahaya dengan MENTHOLATUM SUNPLAY SKIN AQUA UV MILD GEL SPF30 PA+++ kini boleh didapati di seluruh Watsons dengan hanya RM40.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
http://www.mentholatum.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com