Kisah "The Three Village Boys" by Liza Mydin

Kek "The Three Village Boys"
Hi you all baru-baru ni I sempat hadir ke majlis pelancaran The Three Village Boys oleh Liza Mydin di Pusat Rekreasi Kanak-kanak Tunku Bainun. Personally, I dah lama tinggal zaman sastera ni. Dulu-dulu masa zaman persekolahan I pernah menyertai pertandingan bercerita, syair,dan pantun.  Bila pergi ke majlis macam ni terasa macam back to my childhood life dah. Thats why sangat terkesima dengan beberapa segmen yang dijalankan masa majlis haritu. I wish my kids dapat menghayati dan menyertai aktiviti sastera yang macam ni. Hee.


Majlis pelancaran buku The Three Village Boys ni telah dihadiri oleh seorang tetamu kehormat iaitu Prof Abbas Mirakhor iaitu seorang cendiakawan yang memperjuangkan hak keadilan sosial malahan beliau juga dikenali sebagai seorang pakar ekonomi yang agak terkenal. Sewaktu majlis tu beliau banyak memberi pendapat dan nasihat kepada para hadirin yang berada di majlis tersebut.

Ucapan dari Prof Abbas Mirakhor

Kisah The Three Village boys ni banyak menceritakan tentang kehidupan dan perjalanan mengenai 3 orang kanak-kanak kampung iaitu Youssef, Zayyed dan Omar yang akan memberikan para pembaca pertanyaan mengenai tujuannya. Di dalam kisah ini terdapat 2 matlamat iaitu untuk menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat dimana terdapat jurang agihan dan juga ketidak adilan berlaku dan yanng kedua untuk membantu kanak-kanak mengasah minda kritis dengan menggunakan daya imaginasi mereka. Di sini akan menggalakkan kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk lebih kritikal membuat perbezaan mana yang buruk dan mana yang baik.

Maskot "The Three Village Boys" bersama penulis dan profesor

Dengan harapan besar, Liza Mydin berharap agar dengan wujudnya buku penulisan beliau akan dapat membantu para ibubapa memberikan pendedahan perkara yang positif pada anak-anak mereka.

Ucapan dari penulis "The Three Village Boys" oleh Liza Mydin

Majlis pelancaran "The Three Village Boys" ni telah medapat sambutan yang meriah dimana kanak-kanak diberi peluang untuk mengeksplorasi aktiviti yang telah diadakan sepanjang majlis seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan juga dekorasi topi tarbus.

Shena Seorang story teller yang sangat berbakat

Pemain Gambus dari A.W.A.N

Peniup Seruling dari A.W.A.N

Aktiviti yang menarik diadakan ketika Majlis Pelancaran

Denga ilustrasi yang menarik serta mempunyai 26 halaman telah menjadikan buku "The Three Village Boys" ni sangat menarik untuk kanak-kanak berimaginasi mengenai penggembaraan 3 orang kanak-kanak kampung ni. Kalau you all nak tahu keluaran pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 dan dijual sehingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.

Sesi Memotong Kek

Bersama Rakan Bloggers yang memeriahkan Majlis


Untuk edisi terkini anda boleh membeli secara online di www.thetvb.com yang didatangkan dengan versi kulit tebal.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com