Canon G7X mark II Kecil Padat Muat Bag beli kat Lazada

Dulu nak kamera besar dah dapat besar nak pula kamera kecik ha haha. susah juga jadi manusia bernama Syafiera ni..




Dulu aku terpaksa beli DSLR sebab dalam course yang aku belajar tu ada pula photography 1 photography 2. Disebabkan laki aku peminat Canon jadi aku pun terjebak minat canon lol. Sony aku tak minat tapi cemana la TV Android 4K aku ni dari Sony Lol. Jadi banyak perbezaan minat dalam benda elektronik ni haha.


Mengikut life aku : Kamera selain daripada Handphone Samsung Galaxy S5 ( Menang kat Nuffnang) Huawei P9 ( Menang kat Clozette ) Sony Xperia Z ( Menang dari SilkyGirl ) Ipad Mini 4 ( Menang dari Wacoal):

  1. Canon Ixus ( dah kena curik lol )
  2. DSLR EOS 550D
  3. latest Canon G7X mark II 
So far kamera ni mengikut kemampuan je la, tak mampu lak nak beli yang mahal-mahal untuk pakai pada waktu sekarang ni hehe Lagipun aku bukan kerja dekat company company besar jadi aku spent je la yang murah-murah yang penting gambar clear especially aku yang selalu dok vlog.


DSLR tu memang aku selalu guna waktu dulu gambar kahwin kakak aku pun kitaorang tangkapkan, tapi sampailah satu masa DSLR tu aku peram lama-lama, sekali keluarkan mak aih fungus kutu hama semua ada, last time aku ambil masa untuk bersihkan benda-benda bakteria tu semua la, sekarang dah berbalut dalam plastik, tapi kalau ada yang nak pinjam aku caj RM50 sehari hihihih.

So far back to the main Topic, setelah aku membuat comparison, tanya laki aku, tanya Fazreel tanya Kak Aiin, baca comparison bloggers lagi :

  1. 6 best vlogging cameras
    http://www.independent.co.uk/extras/indybest/gadgets-tech/cameras-accessories/best-vlogging-camera-cheap-with-flipscreen-youtube-for-beginners-a7529386.html
  2. The 5 Best Vlogging Cameras for YouTube Beginners
    http://theendlessadventure.co/five-best-vlogging-cameras-for-youtube-beginners/
  3. 5 JENIS KAMERA YANG SESUAI UNTUK VLOGGERS
    http://www.mawardiyunus.com/2017/10/5-jenis-kamera-untuk-vloggers.html
Aku nekad nak G7X Mark II, ingat aku ada duit ke nak beli benda ni, aku kumpul duit sikit sikit ahahhha, duit blogging. Bayar sikit-sikit juga lah tu huhu. Ikut kemampuan dan bajet je la. :(


Guna Aplikasi Kamera untuk buat LIVE SHOOTING ! fuyoh dah macam Go Pro siot. haha




Kalau kau buka wifi nak transfer leh lah setting dalam web dia dulu

So far aku masih belajar lagi features dalam Canon G7X mark II, ingat senang je la dia nak fokus ke apa ke, tapi hmmph susah juga, especially bila tang nak fokus tah mana mana dia fokus tapi nasib baik ada auto mode, kalau manual aku rasa mesti stress haha.

Megapixel dia 20.1 je berbanding sony punya MP, tapi nvm la janji photo nampak clear aku dah puas hati. Video Capture resolution 1080p je bukan 4k, tapi tak pe sebab kalau 4k file konpem besar nanti nak kena beli hard disk pula kan. Aku punya hard disk 2tera gig dah meletop wei, haha, mungkin boleh simpan dalam google drive tapi problem lak sekarang ura-ura cakap dah start kena bayar monthly sub ! uiyoh banyak lagi nak pakai duit, stress gak la kan haha.

Tapi benda yang paling penting aku sangat ialah skrin yang boleh tilt sampai 180° which is aku boleh tengok muka sendiri sama ada muka aku terletak dalam frame ke idok, dulu aku guna huawei p9 buat video, sekarang dah senang Alhamdulillah ! Hehe lepas ni channel youtube aku akan penuh dengan vlog saja lah, heheh.

Ada 8 option untuk Presets asas :

  1. Auto
  2. Standard
  3. Portrait
  4. Landscape
  5. Fine Detail
  6. Neutral
  7. Faitful
  8. Monochrome
So far gambar tak da lah nampak fake macam pakai OPPO kroh kroh kroh, aku punya liang pori besar lubang-lubang kat muka pun boleh nampak details, seram nok ! Tapi aku suka tang LOW-LIGHT tu, bila tempat gelap tu dia tangkap cahaya juga la kasi nampak cerah sikit persekitaran hehe.



Lepas ni kena belajar banyak juga la memandangkan kalau aku dok makro dia sebok buat bokeh haha. Tak suka bila tekan lama dia jadi continuously, memang normal ke ceggitu ? So far okaylah kalau transfer wifi through ke phone, dia dah macam bantu sizing so gambar-gambar yang masuk dalam phone memang tak berat ! :)

Kalau nak tahu maklumat lebih lanjut, korang boleh google spesifikasi, cara nak connect dengan canon image gateaway tau ! :)


Yang ni adalah barangan latest aku beli dekat lazada ! Tak lama lagi akan ada 11.11.2017 ONLINE REVOLUTION ! Link untuk Canon G7X Mark II kat >> sini << haritu aku beli ada diskaun promo code dalam RM50 tapi kod tu tak valid dah rasanya hehe.

Bercakap mengenai Online Revolution 11.11.2017 ni aku teringat time FIRST time aku shopping dekat Lazada, seriously dulu tak berani nak beli online tapi lama-kelamaan aku jadi addicted dengan barangan yang ditawarkan dalam Lazada, jadi aku cuba beli, yeah teryata ketakutan tu hilang sebab setiap kali ordered je confirmed barang sampak selewat-lewatnya sebelum 2 minggu, so far memang tak tertunggu-tunggulah sampai yakin nak beli kamera ! Tadaa kan dah dapat siap blog lagi gitu !

1ST THING AKU ORDERED ONLINE DEKAT LAZADA:


Payung untuk photography, mula-mula aku ingat termasuk dengan kaki payung tu skali tu aku terus tekan beli sekali sampai dapat bahagian payung tu je hhahaha. Saja je nak membazir duit yer lah konon nak lengkapkan mini studio aku sekali payung tak ada kaki aku dapat haha !

Kalau nak ikutkan selain daripada lazada banyak je platform barangan aku boleh beli, usually aku beli makeup stuff la, dulu aku beli bag pun mostly secara online.

PRODUK YANG AKU NAK BELI SECARA ONLINE :

Usually aku lebih suka beli pakaian, kasut atau barangan makeup...... manakala elektronik stuff jarang nak beli tapi aku pernah beli pelurus rambut dapat yang tak bagus punya, nangis dah la mahal, sekali tu aku buang je kot. LOL ! tapi nasib baik Canon G7X Mark II ni kualiti dia bagus !

KENAPA AKU SUKA ONLINE SHOPPING ?

Of course lah sebab aku tak payah nak hadap tol, minyak, jalan jem, parking dan stress atas jalan raya! So aku memang prefer beli barangan secara online sbab ianya convenient, hassle-free, messes free.... posmen hantar depan rumah je just signnnn....

PRODUK YANG AKU NAK BELI WAKTU ONLINE REVOLUTION 11.11.2017 : 


Memandangkan aku baru beli kamera kat Lazada sekarang aku duduk target dia punya case dan screen protection, banyak juga pilihan rupanya time aku pergi Low Yat tak banyak kedai yang jual case yang macam dalam Lazada ni ! Jadi aku hara 11.11.2017 tarikh yang baik untuk aku grab barangan yang aku nak dalam Lazada ni !

Apa lagi JOM lah serbu 11.11.2017 !


xoxo :
Syafiera ( based on my exp and comparison photos )

2 ulasan :

  1. I was wondering what to buy a camera, I don't know how it reviews

    BalasPadam
  2. Such a very useful article. Very interesting to read this article.I would like to thank you for the efforts you had made for writing this awesome article. Serigrafia Mark Kostabi

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com