Warning ! Edisi A Concept [ HITAM ] hanya untuk yang Kreatif dan Berinovatif ya !

Make Your Concept : Maknanya kau kena jadi kreatif untuk dapatkan wajah yang lebih ceria, berseri dan cantik. Bagi aku ianya satu kit yang lengkap untuk korang nak nampak natural look dengan sedikit warna pada wajah. Dan produk ni nampak istimewa bila diletakkan di dalam kotak seumpama macam kotak untuk Xmas yang bakal menyusul tak lama lagi !



#23 Natural Beige ( Lucky got my shade tau ! )

Terdapat lebih kurang 4 items dalam 1 kotak Make Your Concept ni :

  • 01 : All in One Brightening A : Cushion ( 2 pilihan warna #21 Light Beige #23 Natural Beige)
  • 02 : All in One Brightening A : Cushion REFILL ( I belum buka lagi sayang pula but I show the instruction ya how to change the refill )
  • 03 : Everything in A : Coral Lip & Cheek
  • 04 : A : Red Orange Lipstick
All In One  Brightening  A : Cushion #23 Natural Beige


All in One Brightening A : Cushion adalah sejenis item yang dikatakan sebagai 'Smart Daily Item' yang korang perlu miliki untuk dibawa ke mana-mana sebab dia boleh buat wajah korang nampak lebih kemas dan korang boleh bersiap dalam masa beberapa minit sahaja ! Bagi I yang dah cuba sendiri, dia punya packaging sangat elegant  dan ada lubang rahsia untuk korang muatkan item lain di dalamnya, nak tahu korang boleh scroll ke bawah lagi ! Terdapat 2 warna yang korang boleh try mengikut shades korang iaitu #21 #23, so far aku ambil shade #23 sebab ngam-ngam dengan warna kulit I, Tak begitu cerah and lama-lama dia macam ikut suka warna kulit I.


All in One Brightening A : Cushion ni terdapat kandungan yang boleh buat muka korang lambat sikit kedutan dan boleh membantu mencegah kerosakan dari sinaran UV berbahaya sebab dia ada SPF35 PA++, mencerahkan, anti kedutan juga. Kiranya macam 1 Cushion ni boleh dikatakan ada 3 manfaat dalam 1.


Bahan lain pula ada KOLAGEN, ekstrak aloe vera, asid hyaluronik, bifida ferment lysate, ekstrak propolis dimana ianya dapat membantu mencerahkan dan memberi tona kulit yang sekata. Bila tahu ada bahan macam ni apa lagi aku nak tempek hari-harilah kat wajah aku ni. Lagipun bau dia light-light je tau.




So far mengikut pengalaman aku yang pakai sendiri All in One Brightening A : Cushion ni, masa aku tempek kat wajah aku guna span dia, dia ada coverage dari light-medium dan full, nak full coverage kena tempek banyak kali. So far long lasting ke? Disebabkan aku jenis yang cuci makeup sekitar 3-4 jam sahaja so aku tak boleh komen tang long lasting tu. Nak katakan produk ni buat skin aku nampak berkilat kalau aku pakai dalam masa yang panjang mesti sebab minyak pada kulit aku dah bercampur dengan All in One Brightening A : Cushion, tapi so far nampak glowing woah plus aku dapat rasa muka lebih hydrated.

Aku rekomen untuk korang ada masalah kulit kering, yang berjerawat nak pakai boleh tapi pastikan korang ada pakai treatment cream dulu baru tempek dengan All in One Brightening A : Cushion.

Dan cara nak tukar refill tu : contoh gambar aku ambil dari Althea :



Everything In A : Coral Lip & Cheek / Red Orange Lipstick


Everything in A : Coral Lip & Cheek
Warna Coral ni mesti oren oren sikit kan, masa aku remaja dulu aku memang addicted ngan warna oren teringat juga masa lalu aku siap pakai macam badut waktu pergi kolej, haah ! Tapi yang ni best sebab sesuai dengan kulit Asia yang mempunyai kulit warna kuning langsat dan sawi matang. 2 dalam 1, satu pakai kat bibir 1 lagi pakai dekat pipi.

Aku dah pakai sendiri yang aku boleh katakan formulanya sangat lembut dan sangat mudah dibawa ke mana mana, dan tak rasa melekit langsung cuma kau boleh rasa bibir kau rasa tak kering tapi warna dia sangat cantik kalau pakai kat bibir. Ada 2 teknik kau boleh buat dengan coral ni sama ada kau nak apply secara penuh dan secara gradient.


A : Red Orange Lipstick
Warna yang sangat garang dan seksi ! Sangat ringan dan selesa pada bibir, paling best formula dia adalah velvet matte finish dan boleh tahan lama ! Sangat sesuai digayakan pada waktu dinner night tak pun nak keluar date ! Dan actually boleh juga gabungkan warna ni dengan coral lipstick, korang kena tengok video aku nanti tau. aku ada tunjuk caranya !

Just a simple swatch here

Ni yang aku nak bagitahu ni, bagi yang kaki travel dan korang nak bawa produk yang ringkas ke mana-mana, lipstick ni boleh dimuatkan dalam casing All In One Brightening A : Cushion tau.  Dalam video aku tunjuk. Aku rasa sangat convenient bagi yang jenis suka bawa benda yang ringkas ke mana-mana. Genius betul sape yang reka produk A concept ni kan !

Jom tengok Video aku yang sangat Awesome ni :



Mana nak beli A Concept : Make Your Concept kit ni, aku google tadi aku nampak kat Althea ada jual, siap ada 50% lagi, aku rasa sesuai sangatlah korang beli ni untuk exchange gift time Xmas nanti.

Nah ni dia punya alamat : http://my.althea.kr/make-your-concept-black-set

Dalam tu juga ada cara lebih details guna okay dan bahan bahan daam produk ni.



Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com