Tonton secara percuma PEK VARNAM di HYPPTV sempena perayaan Deepavali



Antara tawaran yang menarik dari HYPPTV kepada pelanggan UniFi adalah saluran percuma Pek Varnam pada perayaan Deepavali bermula dari 14hb-29hb Oktober 2017 dan boleh diakses melalui aplikasi 'HyppTV Everywhere.'



Sempena sambutan perayaan Deepavali tak lama lagi, HYPPTV telah melaksanakan tanggungjawab masyarakat bersama untuk memberikan senyuman yang penuh tulus kepada kanak-kanak yang sangat istimewa dari Agathians Shelter.




Naib Presiden Eksekutif, Jeremy Kung telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan baucer belanja berjumlah RM7,000 kepada Miss Lotus, salah seorang sukarelawan perancang pendidikan dimana hasil sumbangan telah dikumpul di lobi Menara TM dan juga dari sumbangan orang ramai.



Hasil sumbangan ini mampu memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada kanak-kanak di Agathians Shelter dan boleh mengurangkan beban mereka. Deepavali adalah perayaan yang amat penting buat masyarakat India dimana ianya memberi peluang kepada anak-anak muda yang sibuk dengan tugas harian untuk pulang ke kampung menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan orang yang tersayang ketika hari perayaan dengan itu HyppTV menggunakan saat yang ada untuk memberikan kanak-kanak di Agathians Shelter hari yang penuh ceria dengan menonton animasi terbaru The Cars.

Agathians Shelter adalah rumah kebajikan berdaftar yang sah di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia terletak di Petaling Jaya dan mempunyai misi untuk menyelamatkan kanak-kanak dari jalanan, memberikan perlindungan, makanan, pendidikan, penjagaan, perhatian dan kasih sayang kepada mereka supaya mereka membesar dalam keadaan baik dan mampu mengubah dunia ke arah kebaikan suatu hari nanti. Rumah kebajikan itu menempatkan 10 orang penjaga dengan 33 anak lelaki yang sama ada anak yatim, ditinggalkan atau dari keluarga yang berumur antara 5 hingga 20 tahun.

Selaras dengan perayaan Deepavali, HyppTV akan menawarkan tempoh tontonan percuma untuk pelanggan Varnam Pack dari 14 - 29 Oktober 2017. Promosi tontonan percuma selama 15 hari akan mempamerkan perayaan hiburan yang luar biasa dan penonton boleh menantikan perdana filem terkini siri pada saluran seperti:


HyppTV Varnam Pack menawarkan program hiburan Tamil dan Hindi yang paling menarik dengan filem blockbuster, pelbagai FILEM AKSI dengan hanya RM30 sebulan.

Pada masa ini, pelanggan TM boleh menikmati perkhidmatan HyppTV sama ada melalui perkhidmatan unifi atau Streamyx atau dengan aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma. Aplikasi ini boleh didaftar dengan nombor telefon atau masuk melalui Facebook.


Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, sila layari :
Website : www.tm.com.my/hypptv 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com