Aku Stress tu sebab aku cuba sendiri Rawatan ni.

Baru-baru ni aku stress, aku cuba cari keyakinan diri aku balik, jadi aku nak cuba sendiri rawatan tradisi cina. Jadi aku terjumpa Just TCM ni dalam facebook, dorang ada offer la rawatan yang dorang tengah guna dengan rawatan tradisi. Aku tak pasti kenapa Just TCM : mungkin makudnya Just Traditional Chinese Medicine kot. Aku rasa betullah.

Tak sakit tapi masak cucuk tu terasa juga la later dapat rasa darah tengah lalu lalang

Masa aku sampai, aku jumpa receptionist aku tanya macam-macam mengenai servis yang ditawarkan, so far receptionist banyak kongsi ilmu dan maklumat mengenai servis Just TCM. Time tu aku sampai awal and ada customer tengah buat treatment, jadi aku memang ada masa lah nak bercakap-cakap dengan receptionist tu. hihi dari situ aku korek banyak maklumat tau. Thank you sebab layan je I waktu tu, mesti dia ni rasa aku ni banyak songeh je.

June The Physician


Lepas customer dah balik, receptionist tu suruh aku jumpa June iaitu physician Just TCM, mak aih cantik, kurus muka berseri je si June ni, dia tanya pasal aku punya medical history tanya pasal kesuburan, time period. Jadi aku ni jenis cerita je la yang aku ni pernah kena sakit itu sakit ini.

June cakap aku punya pulse sangat lemah, patutnya kena laju dia mungkin saspek yang aku ni terlalu penat, stress, dan kurang sihat. Dia ambil bacaan tempoh period aku, so dia cakap tak lama lagi mungkin aku akan period jadi dia bagi rawatan pre-mestruation kot tak silap aku.

Time tu aku ada cakap juga cakap yang aku nak try face akupuntur. Jadi dia pun bagi je la aku cuba lagi pun ni memang 1st time aku cuba rawatan ni.

Kebaikan buat Akupuntur (rawatan yang telah mendapat pengiktirafan WHO) :

  • Melancarkan perjalanan darah
  • Boleh merawat masalah tekanan
  • Boleh mengurangkan stretch marks dengan menggalakkan penghasilan kolagen pada bawah kulit
  • Boleh kurangkan masalah Migrain dan sakit kepala
  • Bagus untuk saraf
Sebenarnya banyak kebaikannya cuma ianya mengikut kondisi pesakit, dan jarum ni bukan dicucuk secara suka-suka, perawat akan mencari bahagian points yang bermasalah sahaja.

Bagi you all yang ragu-ragu dengan rawatan akupuntur ni. Tusukan jarum ni sekitar bawah kulit and rasa dia masa cucuk tu macam kau cucuk vaksin dalam badan korang la tapi tak sakit macam tu macam kau kena gigit semut je rasanya. huhu. Jarum yang digunakan bukan jarum recycle ye, jarum baru supaya dapat elakkan penyakit berjangkit, so far jarum tu memang penuh kat muka aku dah 2 3 hari masih tak ada kesan kudis langsung kat muka I hehe.

So far aku rasa rawatan akupuntur ni memang sesuai untuk aku, aku nak pergi buat lagi rawatan ni.



Lepas tu bukan bahagian muka sahaja akupuntur ni bahagian perut aku yang banyak stretch marks pun kena cucuk dan bahagian betis aku, sebab aku selalu ada masalah kekejangan pada bahagian betis sejak mengandung anak pertama lagi.

Lepas dah cabut jarum tu semua, June tengok perut aku masih buncit dan kembung jadi dia decided untuk bagi aku rawatan cupping pula. So far rawatan ni boleh keluarkan angin jahat dalam perut aku tu. Hihihi. Lepas tu June buat massahe recovery untuk promotes collagen dekat bahagian tummy aku kasi kurangkan stretch maeks. Badan aku rasa ringan lepas buat rawatan ni.


Sebelum aku balik receptionist tu bagi aku herba rendaman kaki iaitu Ai Foothbath, dia suruh aku pergi rendam kaki dalam air suam dengan herba ni sebab nak detox toxin dalam badan. Disamping tu benda ni boleh membantu masalah kaki sejuk yang aku selalu alami. Antara kebaikannya :

  • Buang angin, kesejukan, kelembapan
  • Menghangatkan rahim
  • Detox untuk kecantikan
  • Menghilangkan tekanan dan keletihan
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Mengurangkan kegemukan air dalam badan
  • Memperbaiki Qi dan melancarkan perjalanan darah
  • Menambahbaikkan Kesihatan
Tapi apa pun kita kena lebih percaya produk ini berkesan pun atas izin Allah.

1 box ni ada 10 peket, setiap 1 peket ada 20g.




Cara nak pakai rendam kan Ai FootBath ni dalam air sampai warna dia jadi pekat sekitar 20-30 minit, rendam kaki waktu air tengah suam suam hangat tu.


So far memang relaxing.
Syarat herba ni :

  1. Tak sesuai 30 minit sebelum dan selepas makan atau ada ambil pengambilan alkohol.
  2. Hanya untuk luaran tak sesuai untuk kanak-kanak.
  3. Tak sesuai untuk bahagian yang ada luka.
  4. Digalakkan lakukan 2-3 kali dalam seminggu untuk kesihatan yang lebih optimum.
So macam mana teruja nak cuba sendiri rawatan ni ? Apa lagi jom lah cuba sendiri, so far I ada niat nak kembali lagi sebab harga dia macam mampu lah juga nak buat : Nak tahu harga dia boleh datang je dekat TCM ni ye.

Lokasi dia :




Just TCM :

Unit A-1-06, Block A, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Malaysia
 03-7732 9022

Berita Baik untuk You all, I nak yang berani dengan Jarum sahaja untuk FACE ACUPUNCTURE ni, jadi siapa yang tinggal berdekatan di Damansara why not you all cuba kan. 

Syarat dia mudah sahaja : I buat contest dalam  Facebook

Langkah 1 : Cuma Follow Facebook I dan Just TCM.
Langkah 2 : Nyatakan 1 kebaikan Akupuntur ( https://goo.gl/UTpUR3 )
Langkah 3 : Tag 2 je kawan-kawan korang tak payah spam pun.
Langkah 4 : Share Post ni.

Good Luck ! :)

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : http://www.justtcm.com/
Instagram : https://www.instagram.com/just_tcm/
Facebook :  @JustTCM




Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com