5 Sebab kenapa Untung jadi Penggemar Coklat Hitam

10/09/2017 04:40:00 AM

Kalau nak tahu banyak 'benefits' yang anda boleh dapat jika anda adalah salah seorang daripada penggemar coklat hitam. So kat sini I nak kongsi 

Lovely ! :)


5 Sebab kenapa untung jadi penggemar coklat hitam:
  1. Bantu Kawal STRESS keterlaluan
    Tahukah anda bahawa coklat mempunyai lemak sayur yang baik ? Mengikut dari satu statement dari "Psychology Today' rasa manis dan kandungan nutrisi di dalam coklat boleh membantu mengawal masalah tekanan yang berpanjangan. Sangat digalakkan untuk diambil oleh ibu menyusu terutamanya Coklat Hitam/Dark Chocolate dalam kadar yang betul untuk menggalakkan 'milk production' disamping memberi tenaga ketika menyusukan anak.
  2. Jangan Tak Percaya Coklat Juga boleh kurangkan Batuk
    Yang ni I baru tahu, rupanya dalam coklat terdapat ramuan 'Theobromine" katanya boleh kurangkan aktiviti saraf vagus dimana theobromine ni boleh digantikan sebagai ubat batuk. No wonder lah last time I cakap anak I batuk ada pula  yang galakkan makan ais krim vanilla untuk kurangkan radang tu. So far budak-budak ni bila makan benda yang berasaskan coklat memang dorang ni happy walaupun dalam keadaan kurang sihat. Betullah bila kita happy mungkin hormon ke sistem imun bertambah lah kot.
  3. Katanya Makan Coklat Boleh Buat Hidup Lama, say what ?
    Hidup Mati ajal ditangan tuhan tapi I pun baru tahu yang coklat ni boleh buat umur jadi panjang, contohnya Jeanne Louise Calment yang hidup sehingga 122 tahun sebab mengambil coklat hitam lebih kurang 2.5 kg setiap minggu ! Bak kata seorang researcher dari Harvard kalau makan coklat korang mempunyai harapan besar untuk hidup tambah lagi 2 tahun, aku harap ini bukan kisah dongeng ! hehe.
  4. Boleh Buat Wajah lebih Awet Muda dan Lebih Ceria
    Dengar cerita Coklat Hitam mempunyai flavonoid iaitu sejenis antioksidan yang ditemui dalam coklat hitam dimana ianya memberikan kulit perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. No wonder lah kulit boleh nampak awet muda sebab dah dilindungi dari radikal bebas. Tahu tak sinaran uv matahari tu boleh membuatkan kulit lebih cepat pigmentasi tau. Lepas ni nak kena makan coklat hitam setiap minggu lah sebab I nak kelihatan muda senantiasa ! :)
  5. Boleh diambil untuk DIET dan yang nak kurus
    Dark coklat yang bebas  gula boleh dimakan untuk I yang dalam proses nak kurus, tahu tak kalau nak kurus mana boleh secara mendadak tau. Kena ada tenaga juga untuk metobolisma berjalan dengan lancar hehe. Jadi ada yang suggested amalkan makan dark coklat juga boleh bantu selamatkan Jantung.
So far tu la yang I rasa kenapa untung jadi penggemar coklat hitam/ dark coklat tapi kalau nak makan pun ambil dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bukan OVERDOSE you know ikut badan memasinglah ye. So far aku dah jumpa jenama coklat yang not bad in taste dan boleh dimakan begitu sahaja iaitu Whittaker's malahan boleh digunakan dalam masakan especially yang suka baking tu. 

Berita baik yang I nak kongsikan buat penggemar coklat di luar sana. Baru-baru I baru dapat mengenali beberapa jenis coklat yang lazat dan enak dari Whittaker's. Rasanya tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia sebab sebelum ni pun my husband dah pernah belikan coklat ni untuk I, lagi pun anak sepupu husband memang ada yang tinggal di New Zealand, jadi memang dah tak asing bagi kami untuk mengenali produk keluaran dari New Zealand.


Jom kenali siapa Matt Whittaker ?
Beliau telah menguruskan perniagaan coklat ni daripada moyangnya sejak dari tahun 1896 dan sekarang beliau dalam generasi yang ke-4 yang telah berada di dalam syarikat ni lebih kurang 7 tahun. Paling menarik coklat Whittaker ni telah di pilih menjadi jenama yang amat dipercayai secara konsisten selama 6 tahun dan beliau merupakan seorang bapa kepada 2 orang anak perempuan.

Disebabkan jenama ni dah famous dekat New Zealand, beliau ambil peluang untuk fokus pada pasaran antarabangsa dan telah berjaya mengeksport Whittaker's ke Australia , Amerika Utara, Asia Tenggara, Asia Utara, Timur Tengah dan Pulau Pasifik pokok kata hampir 1 dunia lah Whittaker tawan dan Malaysia pun termasuk dalam jajahan Whittaker.

Kitaorang punya BREAKIE Breakfast time perkenalan

Beberapa Jenis Coklat Whittaker's
Produk Info :
  • L&P ( Lemon dan Paeroa )
    Coklat putih ada 28% kandungan koko dimana L&P ialah minuman ikonik tempatan sejak dari 1904 dimana fizzy drink atau minuman berbuih ni dicampur dengan air mineral yang berkarbonat dari bandar Paeroa dengan jus lemon termasuklah gula-gula popping.
  • Dark Orange 50& Cocoa
    Diselitkan dengan minyak oren Brazilian yang berkualiti tinggi dan coklat hitam 50% kandungan koko
  • Coconut Block & Coconut Sharebag 33% cocoa
    Diperbuat daripada 18% serpihan kelapa yang dibakar digabungkan dengan coklat susu yang berkrim dan telah menjadi edisi terhad yang berjaya pada tahun 2016 kini dah jadi produk yang senang di dapati SKU
  • Hawkey's Bay Black Doris Plum and Almond Slices 50% Cocoa
    Plum yang dikeringsejuk bekukan dalam saiz yang medium dengan kulit berungu hitam dan merah hitam berjus telah menjadikan Hawke's Bay ni coklat yang kena ada setiap pagi sebab ada tekstur, warna dan rasa yang unik yang dikenali sebagai Black Doris.
  • Single Origin Samoan Cocoa 64% Cocoa
    Coklat yang mempunyai rasa yang manis, kuat aromanya yang cukup dari segi rasa telah dicipta khas dengan menggunakan biji koko Trinitario yang hidup tumbuh sempurna di Barat Laut Savaii di Samoa.
So yang mana pilihan hati You all ? Kalau I paling suka Hazelnut Block ! :)
Deko Cupcake guna produk dari Whittaker's

Coklat ni pun boleh hasilkan Cupcake yang SEDAP dan Delicious !
So today I learned about @whittakersnz punya jenis chocolate.. so far almost hafal a bit the chocolate flavors.. so fun ... then deco our own mini cupcake.. ada several games.. best sangat sangat.. hahaha.. you all kena rasa sendiri coklat Whittaker's ni tau.. 

Good News untuk you all.. Whittaker's bersama Ben's Independent Store di Ikano Power Centre akan adakan Giveaway untuk Coklat Mini Slab Whittaker's dengan setiap pembelian secawan kopi bermula dari 12th-15th Oktober.. based on siapa cepat dia dapat... heee !! 🍪🍪🍪 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee