Smart Kids Asia 2017 beri peluang kepada ibubapa mengenali minat anak-anak dalam dunia ekplorasi.

9/05/2017 04:34:00 PM

Smart Kids Asia 2017 beri peluang kepada ibubapa mengenali minat anak-anak dalam dunia ekplorasi.


Baru-baru ini telah berlangsungnya Pameran Smart Kids Asia di Mid Valley pada 25-27 Ogos 2017 yang lalu.


Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah dapat diterokai oleh para ibu bapa untuk anak-anak mereka dalam dunia pembelajaran menerusi kumpulan percubaan & aktiviti percubaannya dalam mata pelajaran Akademik, Kesenian dan Sukan.


The Straits Times ialah sebuah portal berita yang akan membawakan anda informasi mengenai fakta dan isu semasa supaya pembaca dapat menambah ilmu atau mendapatkan maklumat.


Gakken ialah sebuah kelas yang mengajar bahasa seperti bahasa Jepun.


Terdapat mainan pasir magnet yang boleh menghilangkan tekanan untuk ibubapa dan menggalakkan motorskill untuk anak-anak.


Taman permainan belon karakter SpongeBob juga ada untik anak-anak kecil bermain dengan gembira.


Terdapat juga pameran menggalakkan penulisan jawi.


GOCODE menawarkan 12 sesi dengan hanya RM980 untuk kanak-kanak mahir dalam sistem pengkodkan.


Ada juga aplikasi Tutor dimana ianya membantu memudahkan para ibubapa mencari tutor untuk anak-anak mereka dengan harga yang mampu manakala bagi anda yang berkelayakan anda juga boleh menjadi seorang tutor.


Motherhood menawarkan barangan bayi yang menarik dan promosi untuk para ibubapa membeli barangan keperluaan untik anak-anak mereka.


HIMMEL sejenis food dehydrator yang menjadikan buah-buahan seperti kerepek tanpa menghilangkan khasiat buah-buahan tersebut dan menjadi snek yang lazat untuk membantu tumbuseran yabg sihat untuk anak-anak.


Sempat menikmati ais krim yang enak dari Frulate !


Pameran BSN pun ada untuk menggalakkan para ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak demi masa depan mereka. Caliph juga adalah jus penggalak anak-anak supaya dapat tenaga ketika melakukan aktiviti pembelajaran seharian.


Di Smart kids Asia para ibubapa menerima banyak goodies, voucher, maklumat, brochures dan hadiah untuk dibawa balik.


Funtopia adalah salah satu taman tema kanak-kanak untuk menerokai dunia memanjat dengan harga yang sangat berpatutan !

Smart Kids Asia adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan yang menyasarkan kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun, dan ibu bapa atau penjaga mereka. Objektif pameran pendidikan kanak-kanak ini adalah untuk menggalakkan ibu bapa dan pengasuh untuk memupuk dan berperanan mencipta model untuk generasi masa depan, dan membolehkan ibu bapa meneroka dan menemui bakat didalam diri anak mereka dan membina ikatan kekeluargaan menerusi pelbagai pameran dan program yang disesuaikan untuk kecemerlangan di dalam akademik.


A post shared by Syafiera Yamin (@syafiera_yamin) on
First time I dapat tahu mengenai Safari Kids club ni, I ingat zoo, but actually its a center yang menggalakkan kanak-kanak menjadi lebih bergaya kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu yang berseni dan luar biasa. Last time sempatlah I menjenguk sendiri booth dia dekat SmartKidAsia2017, mak budak yang teruja lelebih tau.. rasa nak jadi budak budak je balik semula 😂 Nak anak anak you all explore sendiri daya kreativiti depa, boleh lah bawa dorang pergi jengah sendiri di - Safari Kids Club ~ @safarikidsclub #safarikidsclub #diycraft @MadMavericks #madmavericks #maverickmedia #mocomy #mocopass #ska2017 #smartkidsasia #smartkidsasia2017 #syafierayamincom #blogger #iger #igermalaysia #BeautyBlogger #Malaysianblogger #lifestyleblogger #lovetheraphy #art #artist #youtuber #clozette #influencer #like4like #comment4comment #mommyblogger
A post shared by Syafiera Yamin (@syafiera_yamin) on


Dengan gabungan aktiviti Pendidikan, Kesihatan dan Keluarga, aktiviti pameran ini menawarkan peluang yang tidak dapat ditandingi untuk para ibubapa dan anak-anak mereka menerokai sendiri setiap pameran mendemotrasikan produk mereka khas untuk pembelajaran anak-anak. Ia adalah platform ideal untuk para ibu bapa   menerokai dan memberi tumpuan kepada permainan yang membina seperti blok untuk anak-anak berasa gembira serta hubungan kekeluargaan lebih erat untuk kesan jangka masa panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Laman Web : http://smartkids.com.my/

You Might Also Like

Google+ Followers

Blog Followers

Penjual Shaklee

Penjual Shaklee