5 TIPS : BF Journey bersama Shatavari Asparagus Racemosus

9/09/2017 09:16:00 AM




I dah consider macam PRO dalam BF journey, mak-mak je faham apa maksud BF tu kan. As a mom yang berumur 27 tahun untuk 2budaks.. Almost 5 years I dah buat benda BF ni, doa + Study apa kena tahu untuk journey pasal BF ni, banyak sebenarnya rahsia alam yang tak ramai orang nak mengkaji, mostly ramai ambil jalan mudah dan singkat.. tapi I tak macam tu.. I sabar I belajar dari SENIORS baca journals mereka sebab sekarang informasi di hujung jari, masa time pregnant tu I lebih banyak luangkan masa membaca pasal ilmu penyusuaan + kontroversi beksin juga instead of gocipp .. orang cakap jangan refer doktor google.. pfft.. ala baru-baru ni pun dietary pun refer juga kan katanya ebm can caused bayi obes.. hiks.. and then nak cakap direct feeding better than ebm.. of course le but ebm better than FM okeh.. 

Tu sebab bila orang dok tanya bila nak dapat anak ketiga bagai.. kadang-kadang I pun cakap ada rezeki adalah...ayat 'bila' tu aku tak leh jaminlah the date cause benda tu we never knowkan.. bukan apa.. orang ni bertanya sebab mungkin dorang risau kita masa tua nanti sapa nak jaga bila sakit macam nak mati kan.. tapi kadang-kadang aku setuju sangat kata kak Atie tu kualiti is better than kuantiti... jadi nak ada anak ramai pun biarlah setiap dari diaorang tu lengkap penyusuaan ibu kan.. ni anak tak cukup penyusuaan lagi dah pregnant then terpaksa stop feeding.. tapi tu depends la pada individuals tu kalau dorang nak pregnant baru masa anak masih kecil kan.. tapi bagi aku.. aku hanya buat yang termampu.. memang aku cuba niat nak menyusukan setiap anak aku dengan susu ibu.. sebab banyak faktornya lagi pun bagi aku terbuktilah kajian cara nak jarakkan kehamilan adalah dengan teruskan penyusuaan anak tu.. natural way tau tak payah pil-pil perancang bagai.. tu ikut badan aku la.. badan orang lain tak tahu sebab ada je pregnant baru walau menyusukan anak.. 



Tu sebab la bila nak menyusukan anak, nak jarakkan kehamilan kena ada ilmu... bagi aku ilmu bersalin, ilmu penyusuaan adalah ilmu paling mahal.. sebab rata rata ramai yang mudah menyerah kalah sebelum habis pertempuran.. nak kata aku kuat ? No tapi aku dah set mental aku, kadang kadang aku tewas tapi aku cuba bangkit juga sebab aku yakin boleh !

Banyak pengalaman manis waktu penyusuaan sebab time tu aku dapat bonding kaw kaw dengan anak aku.. sambil menyusu sambil dia bercakap dengan kita tau.. tapi disaat kemanisan tu of course ada sakitnya iaitu time kena gigit dah lah memasing gigi macam Shark doo doo doo.. of courselah aku tutup hidung bebudak ni kasi lepaskan aset yang mahal ni tau..

Pengalaman BF ni lagi seronok dari makan angin haaha.. Jadi sebagai seorang mama 2 orang anaks aku yakin ibu ibu di luar sana dah celik mata dan sudah mula kaut ilmu bebanyak mengenai ilmu penyusuaan !



5 TIPS Macam mana nak tambah susu ?

First thing of course set mental dan doa banyak-banyak time sejak dari nikah lagi.. nak menyusukan anak sampai 2 tahun... 

Gali ilmu penyusuaan, belajar dari seniors.. jangan tersilap doktor sudahlah.. sebab ada je yang promot benda simple to do...fefaham je la malas nak mentioned.. 

Jaga pemakanan makan benda berkhasiat.. jangan lupa kerap minum air..
Paling penting, jangan stop DF Baby tu, tak pun pam la setiap jam walaupun dapat 1-2oz pun.. kena ingat perut bayi bukan macam saiz perut gajah... kecil je.. 

Nak ambil supplement pun boleh tapi pastikan tak menganggulah hormon yah tak sepatutnya dan sesuai untuk bayi yang di BF. 
Jangan Stress nanti susu taknak keluar juga tau.. 
Macam aku banyak je supplement aku ambil sebab benda yang aku nak ialah tenaga dan susu yang berkualiti.. jadi aku tambah satu lagi supplement dari Himalaya.. dah nak dekat seminggu 2 minggu aku amalkan.. memandangkan aku jenis DF bukan jenis pumper... Alhamdulillah tengok gaya si Adelia kuat juga menyusu.. so far masih ada lagi susu.. kadang-kadang basah juga je la baju.. hii.. aku kalau p event memang tak makan sebiji.. takut production susu berlaku, haha. btw Adelia sekarang dah berumur Setahun 9 bulan, Alhamdulillah !


Himalaya Pure Herbs Asparagus Racemosus 60 kapsul 1 botol 1 hari ambil sebiji je. Tak sangka juga Himalaya ada jual supplement untuk ibu menyusu, last time aku kenal produk Himalaya sebab aku ada masalah jerawat tak silap yang aku suka beli yang clay mask tu. hiii.


Kapsul yang digunakan adalah Kapsul sayuran. Okaylah rasa macam energetik sikit lah consume Himalaya Shatavari ni.

Shortform :
BF : Breast Feeding
FM : Formula Milk
EBM : Exclusive Breast Milk
DF : Direct Feeding


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : @HimalayaMalaysia

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram