Suntikan Keceriaan di Bandar anda bersama Lafarge Malaysia


Baru-baru ni I berpeluang menyaksikan sendiri 9 buah trak simen telah dicat dengan hasil seni yang kreatif dengan warna-warna yang ceria dan beberapa rekaan yang menarik di Wisma Lafarge Malaysia Jalan Kilang manakala 5 buah trak lagi berada di Shah Alam dan Pulau Pinang bersamaan 14 buah trak yang terlibat untuk diceriakan untuk memberikan kebahagiaan di bandar.

Pertandingan Reka Bentuk ini adalah dari Lafarge Malaysia yang dikenali sebagai kempen #HappinessInTheCity yang telah memilih 14 penyertaan untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM6,000. Official Paint Partner, DULUX telah menaja cat dalam merealisasikan impian setiap peserta untuk menghasilkan hasil seni yang menarik dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesiapa yang melihatnya terutamanya masyarakat di tengah kota dengan penggunaan warna yang terbaik dan terserlah cerita disebalik seni dihasilkan.


Tujuan kempen yang bertemakan #HappinessInTheCity diadakan adalah untuk memberikan suntikan keceriaan dan kebahagian di bandar kota besar agar Malaysia menjadi negara ini nampak lebih berseni serta menarik untuk dikunjungi. 14 reka bentuk yang disenarai pendek terdiri daripada 10 pasukan yang telah dipilih oleh para hakim iaitu :
  1. Zenu dari UITM ( 2 reka bentuk disenarai pendek)
  2. Simple2 dari USM
  3. Pantheon dari UKM dan 
  4. Caterbillar dari Universiti Taylor
  5. Bowtuckle dari MMT ( 4 reka bentuk disenarai pendek )
  6. Illustration Room dari LimKokWing
  7. Chin Family dari dari UTM Melaka
  8. Ji Xiang Ru Yi dari UTM Melaka
  9. Uuhoo Unicorn dari UUM
  10. T Art dari UTAR
Para hakim terdiri daripada :
  1. Presiden dan ketua pegawai eksekutif Lafarge Malaysia, Thierry Legrand
  2. Naib Presiden Pemasaran dan harga, Tolga Pekel
  3. Official Paint Partner Akzo Nobel ketua Pemasaran Shinta Iswandani
  4. Agensi Penjenamaan M&C Saatchi ketua perancang dan rakan kongsi pengerusan Michael Quay
  5. Agensi Digital Columbus pengarah urusan Abby Kurry
  6. Ketua Operasi YouthToday Prassan Dhanagunan
  7. Ketua Penjenamaan Asia Tenggara dan China, Shirley Low
  8. Rakan Media rasmi TheEdgeProperty.com
  9. Ketua Editor Au Foong Yee
Pasukan yang telah tersenarai telah diberikan sebuah trak untuk melukis di trak konkrit simen dan telah diberikan tempoh selama 3 minggu untuk menyiapkan hasil kreativiti mereka dan 3 hasil seni reka yang mempunyai jumlah undian yang paling banyak yang diundi oleh orang ramai akan diumumkan pada pertengahan bulan Ogos untuk memenangi anugerah "Creative Use Of Color" yang akan disampaikan oleh Dulux di laman Facebook Lafarge Malaysia.



From my personal view dengan adanya trak yang direka cantik dengan hasil seni yang kreatif dan pengunaan warna yang meriah ianya akan menjadikan kota raya lebih ceria dan lebih bahagia dari sebelumnya. Warna-warna ini akan memberikan mood yang baik kepada komuniti masyarakat di dalam bandar sekali gus Kempen dari Lafarge Malaysia berjaya memberikan kesan positif ke arah persekitaran yang lebih sihat dan gembira.


Penggunaan warna-warna yang terdiri daripada warna yang terang dan kombinasi warna yang berani adalah pilihan warna yang telah menghiasi trak simen Lafarge akan memberikan impak yang positif kepada pejalan kaki, ketika berada di dalam trafik jam dan boleh membuatkan kanak-kanak di dalam kereta akan melompat kegirangan dengan melihat kartun animasi yang terdapat pada trak simen Lafarge. Elemen animasi seperti haiwan, bangunan, lautan serta galaksi telah digunakan untuk menceriakan kota bandar di dalam Malaysia.


Trak yang dicat dengan cantik telah dihasilkan oleh sebilangan pelajar yang bekerja di dalam pasukan mengikut reka bentuk yang telah didraf dan meneruskan sesi mengecat mengikut rekaan. Bekerja dalam pasukan dapat meminumkan penggunaan masa selain dapat membantu menyiapkan hasil seni sebelum tempoh tamat.






Lebih kurang 7 trak simen yang sudah siap dengan hasil rekaan kreatif dari pasukan yang terlibat manakala 2 lagi dalam proses pengecatan dan I berkesempatan untuk melihat sendiri pelajar-pelajar menggunakan tenaga mereka untuk menyiapkan tugasan kreativiti mereka. Pemakaian yang sesuai perlu dipakai ketika berada di bahagian tempat kerja okay. huhu.



So far rekaan yang terdapat pada trak simen Lafarge kali ni memang memuaskan hati dan pandangan mata I, Penggunaan warna sangat terserlah dan elemen nature, lautan dan galaksi yang sangat POP dapat memberikan kesan yang positif pada bandar-bandar yang terlibat ! Well Done pada yang bersungguh-sungguh menjayakan kempen ini !


Thank YOU DULUX sebab menaja warna cat yang menarik plus kalis air dan kekal lama, semoga kempen #HappinessToTheCity dapat memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada setiap orang yang berada di bandaratau dimana-mana sahaja mengikut route Trak Simen Lafarge Malaysia.

Bagi anda yang ternampak trak ni dimana-mana sepanjang perjalanan destinasi anda jangan lupa ye kongsikan nya di media sosial seperti facebook atau instagram dan sila gunakan hashtag #HappinessToTheCity dan #LafargeMalaysia mana tahu pos anda akan dishare di Laman facebook rasmi Lafarge Malaysia tau.







Which one do you think the best ?
DO VOTE HERE >> http://sushivd.com/LafargeSyafiera <<

 Jangan lupa undi rekaan yang anda rasakan sangat menarik ( 1OGOS 2017), undian anda amat diperlukan untuk menentukan pemenang yang layak untuk memenangi hadiah sehingga RM6000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Lafarge Website : http://www.lafarge.com.my/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com