Rawat Masalah Rambut dan Kulit Kepala di MBH Hair Care dengan harga serendah RM20

8/04/2017 07:02:00 AM

Sesi Analisa Rambut dan Konsultasi
Baru-baru ni I berpeluang menggunakan masa yang agak terhad untuk menyaksikan sendiri 'soft launch' MBH Haircare yang baru sahaja beroperasi beberapa minggu yang lalu. 'Easy access' bagi mereka yang tinggal berdekatan di Kajang, kini anda boleh mendapatkan rawatan kulit kepala dan rambut di spa ini yang berada di Jalan Reko Sentral 8 berdekatan stesyen minyak Petronas dengan harga yang berpatutan.


MBH Hair Care menawarkan solusi untuk merawat beberapa masalah rambut seperti rambut bercabang, pecah-pecah di hujung rambut, kulit kepala yang gatal akibat kelemumur, rambut gugur, memperbaiki rambut rosak dan pelbagai lagi dengan menggunakan bahan produk yang natural seperti black seed.

Sesi Pengenalan Produk Terbaru Serum dan Tonik rambut

MBH Haircare telah diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad setelah mengoperasi MBH Medispa semenjak dari tahun 2008 dibawah satu syarikat induk Moha Group Sdn Bhd. MBH adalah salah satu solusi atau pusat kecantikan dari kaki sehingga ke kepala terulung di Malaysia selaras dengan misi dan visi syarikat.

Ruangan untuk cucian rambut

Kami diberikan konsultasi mengenai rambut, cara penjagaan dan rawatan yang sesuai
 Terdapat 3 rawatan yang ditawarkan mengikut masalah rambut iaitu :

  1. MBH Signature Trichology Treatment
  2. MBH Ayur Oil Treatment
  3. MBH Oxynano Diamond Treatment 
Rawatan MBH Signature Trichology Treatment yang ditawarkan menggunakan mesin yang diimport dari 'GERMAN' dan sangat berkualiti tinggi untuk memperbaiki kulit kepala hingga ke akar rambut. Paling seronok kan rawatan yang digunakan menggunakan herba-herba jauh dari India yang sangat bermutu tinggi untuk melebatkan rambut dan juga menguatkan akar rambut dari kulit kepala sehinggalah ke hujung rambut.

Rawatan MBH Ayur Oil Treatment menggunakan produk yang diformulasi dari habbatus sauda, minyak zaitun dan minyak argan untuk meggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, melembabkan kulit kepala dan melindungi rambut dari sebaran masalah. Habbatus sauda terkenal dengan 1001 khasiat yang daapat membantu mengurangkan keguguran rambut.

Rawatan MBH Oxynano Diamond Treatment adalah rawatan yang dapat merawat masalah rambut kering, bercabang, mudah putus dan berbuah dimana ianya akan menjadikan rambut anda lebih lembut, bersinar dan mudah terurus.



Bilik yang disediakan tersangatlah Privacy dan sesuai untuk para Muslimah medapatkan rawatan rambut di MBH Hair Care
 Bagi anda yang mahukan privacy, jangan risau bilik-bilik yang disediakan adalah secara individual dan ianya amat sesuai untuk para muslimah yang ingin auratnya terjaga.

Jangan lupa dapatkan Serum dan Tonik dari MBH Hair Care tau !



Dua produk penjagaan harian terbaru juga telah diperkenalkan pada 'soft launch' semalam iaitu :

  1. MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic ( botol biru )
  2. MBH Hair Repair & Silkening Serum ( Gold )
MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic ni adalah tonik pertama diformulasikan daripada ekstra bunga raya dari Australia. Tonik yang bersifat water based ni akan meninggalkan kesan rasa nyaman dan sejuk pada bahagian kepala. Selain itu dimuatkan juga dengan khasiat daripada aloevera dan rosemary untuk merangsang pertumbuhan rambut baru, menguatkan akar rambut, membersihkan kotoran dan melembutkan rambut. Sila sembur tonik pada kulit kepala, urut selama 10 minit dan gunakan ketika rambut dalam keadaan bersih untuk memudahkan tonik meresap masuk ke dalam kulit kepala.

MBH Hair Repair & Silkening Serum pula diformulasi daripada ekstrak bunga matahahari dariAustralia, Aloe vera Insia, minyak argan morocco, minyak kelapa dara & minyak jojoba arizona untuk merawat masalah rambut seperti bercabang, gugur, kering dan kusan serta memberikan perlindungan sehingga 97%. Hanya gunakan pada hujung-hujung rambut sahaja dan urut sehingga meresap ke dalam rambut, elakkan terkena pada kulit kepala kerana bahan yang sangat kaya dengan bahan aktif.


Selain daripada rawatan signature dan produk, MBH Haircare juga menawarkan Rawatan Hair Growth Vitamin Wash serendah RM20, dengar cerita juga masa big launch pada 26 Ogos 2017 ini juga ada servis rambut seperti potong, cuci dan blow serendah RM2, alamak macam ni I pun nak juga serbu MBH Hair care kalau tawaran mampu sangat macam ni. 


P/s: Segala pertanyaan dan temujanji akn dijawab satu satu, MBH Hair care akan jawab dengan pantas dan cepat.

MBH HAIRCARE
19G-1, Jalan Reko 8,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia.

☏ Whatsapp @ call : 011-6085 0817
Website : www.mbhhaircare.com
Insta : mbh.haircare
Facebook : MBH Haircare Malaysia
Emel : mbhhaircare@gmail.com

Landmark : berdekatan dgn Econsave Jalan Reko, Kajang

Pembayaran boleh dibuat secara CASH, Debit Card mahupun Credit Card. Boleh booking dengan membuat pembayaran secara CDM atau pun ONLINE. Dengar cerita boleh BOOKING awal BAYAR awal dan valid sehingga 1 tahun !

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram