Poke Bear @ Sunway Bear


Last week, I sempat singgah sendiri Poké Bear di Sunway Pyramid, dan ini adalah kali pertama I mencuba sesuatu di dalam mangkuk kertas yang kiut-miut. I was wondering kenapa Poke Bear tau? Sebab comel sangat namanya, rupa-rupanya ianya dihidangkan dalam poké bowl ni sebenarnya di sebut seperti poh-kay ialah makanan laut dan sayur mentah yang berasal dari Hawaii. Poké bowl selalunya dihidangkan dengan makanan laut mentah di dalam bentuk kiub dan di hidang di atas salad. Ianya seakan ala-ala sushi di dalam mangkuk bulat.

Poké Bear Creations by myself

Yang ni punya poké bowl lebih kurang RM18 semangkuk, yang I tahu topping yang FREE tu memang aku ambil je semua. So far rasa sangat fresh dan ianya lebih pantas. Sihat, mengenyangkan I bet memang sesuai untuk you all yang nak jaga berat badan atau bina badan.

Beberapa 'customized' Poké Bear Creations dari member I

Poké Bear Creations. Ada beberapa menu yang anda boleh pilih jika berada di sini, antaranya :
  1. The Gym Junkie
    Brown Rice, Walnuts, Mango, Pineapple, Sweetcorn Tamago, Crabstick, Salmon, Tuna, Shrimp
    RM27
  2. The People's choice
    White Rice with salad, cucumber, cherry tomatoes, crabstick tomago, onions, salmons RM18
  3. The Insta Worthy
    White rice with salad, carrot, onions, almonds emadame, crabstick pineapple, pomegranates tuna RM21
  4. Dan anda boleh cipta sendiri :
    Bowl RM18 manakala Wrap RM15
Dan aku sememangnya akan memilih nombor 4 di mana aku boleh pilih mengikut yang aku suka untuk dimuatkan di dalam mangkuk aku tau.





Cara nak Pilih sangatlah mudah sebab dia sediakan di dalam borang seperti dalam gambar di atas.

  1. Pilih nak mangkuk( bowl) RM18 atau Balut (Wrap) rm15
  2. Pilih Bahan asas dimana ada 3 pilihan untuk dipilih sama ada nasi putih (white rice) dengan/tanpa salad, Nasi perang (brown rice) dengan/tanpa salad atau dengan sayuran hijau.
  3. Pilih campuran 'side dishes' yang anda inginkan seperti Almond, Lobak merah, tomato ceri, crab stick, timn, edamame, sweet corn, walnut dan pelbagai lagi. Anda boleh pilih lebih dari 5 pilihan untuk poké bowl manakala 4 pilihan untuk poké wrap. * Tambahan RM1.50 untuk setiap 2 sides tambahan.
  4. Pilih makanan laut seperti Octopus, Salmon, Tuna, Udang, Boleh tambah hanya RM6 untuk salmon dan tuna dan hanya RM3 untuk udang dan octopus.
  5. Pilih Topping yang korang nak, pelbagai jenis topping yang korang boleh letak seperti halia, seaweed flakes, ebiko, bawang goreng, chili flakes dan wasabi dimana ianya adalah percuma manakala avakado dan delima boleh ditambah dengan tambahan harga rm2.50. Toppings inlimited tau so you boleh refill poké bowl atau wrap bowl tanpa tambahan caj kecuali topping yang istimewa sahaja.



Poké bear menawarkan minuan refill seperti Air Teh hijau, so bagi orang muslim yang sangat sensitif isu halal dan haram, Poke Bear ni No pork No Lard masih tiada sijil halal yang sah. Terdapat kemudahan wifi, boleh guna kad voucher entertainer korang tau untuk promosi buy 1 free 1 gitu.



So apa lagi, pilihan makanan dan gaya hidup yang sihat adalah pilihan yang utama untuk masa kini, I rekomen sangat you all cuba sendiri poké bowl di Poké Bear ni. Jangan lupa tau untuk follow like Poke Bear di Instagram dan Facebook untuk menikmati 10% di dalam bil anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Instagram: https://www.instagram.com/mypokebear/
Facebook: https://www.facebook.com/MYpokebear/

Poké Bear
LG1.110A, Lower Ground One,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia.

Tel: +603 7494 0257
Isnin - Ahad: 10am - 10pm


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com