'Pembikinan Semula' Filem TERBALIK/UPSIDEDOWN untuk pasaran Global

8/18/2017 04:43:00 PM

Baru baru ni I berkesempatan untuk mengikuti Majlis Menandatangani Perjanjiaan Berjuta Dolar antara Ivanhoe Pictures dengan 42ND Pictures Sdn Bhd untuk memperolehi hak pembikinan semula 'Terbalik/Upside Down' untuk 34 Negara termasuklah Amerika Utara,  Korea Selatan, Sepanyol, Amerika Latin, Perancis, United Kingdom, China, Vietnam dan India untuk pasaran Global oleh sebuah Syarikat Hollywood.


Perjanjian ini telah dihadiri oleh Dato' Azmir Saifuddin Muthalib, Timbalan Ketua Pengarah
FINAS dan Dato' Mahyidin Mustakim, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan
Kreatif Malaysia (CCAM) yang hadir sebagai tetamu kehormat dimana perjanjian ini telah melakar sejarah Malaysia kerana ia menandakan yang pertama seumpamanya untuk mencapai prestasi ini.


Yasu dan Bea Tanaka telah mengasaskan Syarikat Pengeluaran 42nd Pictures Sdn Bhd telah memenangi Anugerah Malaysia yang terkenal dengan Nota dan kini telah mengumumkan perjanjian mereka dengan Ivanhoe Pictures iaitu sebuah syarikat Hollywood untuk filem terbaru mereka iaitu TERBALIK/UPSIDE DOWN.

Yasu Tanaka pengarah dan penulis NOTA telah menulis lakon asli TERBALIK/UPSIDE DOWN. Anugerah Skrin Terbaik untuk Festival Filem Malaysia 2016 (FFM28)  telah memilih NOTA sebagai filem terbaik dimana Maya Karin yang memainkan sebagai watak utama telah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik untuk Anugerah Skrin 2016.

TERBALIK/UPSIDE DOWN adalah sebuah cerita seram yang menakutkan yang menggambarkan kisah seorang pelakon yang terperangkap di dalam bangkai kereta terbalik di dalam hutan dan diseksa oleh sekumpulan lelaki yang sadis dimana ianya akan dilakokan oleh Bront Palarae yang dihasilkan oleh Bea Tanaka dan diarahkan oleh Yusa Tanaka. Filem berbahasa melayu sepenuhnya ini berpotensi bernilai RM12 hingga RM 16 juta dengan perjanjian dari Ivanhoe Pictures.


Satu-satunya Projek Malaysia daripada 24 projek yang akan disenaraikan pendek untuk Forum Pembiayaan Asia Hong Kong (HAF) 2017 namun 42nd Pictures telah mengesahkan bahawa papan cerita (storyboard) telah ditetapkan walaupun filem UPSIDE/TERBALIK masih belum dalam proses penggambaran. Storyboard ini dengar cerita telah memenangi Anugerah Penghasilan Aurora Media dengan memperolehi SGD20,000.



Okay sebagai seorang yang meminati filem seram, I harap kisah TERBALIK/UPSIDE DOWN ni akan mendapat sambutan hebat dikalangan peminat cerita seram akan datang.

Apalagi jangan lupa nantikan cerita yang penuh misteri dan seram ini di pawagam tak lama lagi. Dengar cerita tahun depan akan keluar.. nantikan..

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram