Lip Ice Tinted Lipbalm by Mentholatum

8/24/2017 06:00:00 AM



Keluaran pelembab bibir dari Mentholatum iaitu Lip Ice tinted Lipbalm ni terdapat 3 warna dan perasa berries iaitu Raspberry-Poppy pink, Strawberry-Baby Pink dan Wildberry-berry red. Paling best kan Lip Ice Tinted lip balm ni ada HA, vitamin E dan kolagen yang bertindak untuk melebabkan dan memberikan sedikit warna semulajadi pada bibir.


Lip Ice tinted Lipbalm ni rasa macam buah-buahan yag buat kulit bibir lebih lembut dan melindunginya dengan meninggalkan kesan warna semulajadi dan lembut pada bibir. Selain itu, ianya juga mengandungi kolagen dan Seed Oil untuk membantu mencantikkan tekstur kulit bibir untuk nampak lebih menawan, lembut dan bouncy gitu. Vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan yang memperbaiki kulit kering disamping menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.


Dengan adanya pelembab bibir Lip Ice Tinted LipBalm ni, I boleh pakai dirumah, dan dimana-mana sahaja sebab warna yang tipis tanpa kelihatan seperti memakai 'heavy lipstick on my lip'. Other than that lip tinted by lip ice ni memberikan kesan glossy dan sedikit berminyak,so far I am not a huge fan with something berminyak on my lip sebab entahlah mungkin sebab i am more like 'MATTE' user. I akan guna lip tinted ni untuk lembutkan bibir I lepas tu terus lap dengan tisu and baru pakai my favorite lipstick.

Harga retail : RM12.50
Watsons Promo : RM10

And if you all nak beli ada je dekat watsons, guardian, pasaraya besar, platform online seperti Lazada dan Watsons Online.

Nak tahu mengenai produk ini lebih lanjut, sila layari :
Lip Ice Tinted Lipbalm by Mentholatum 
www.lipice.com.my
FB : https://www.facebook.com/MyLIPICE/

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram