'Leo the wildlife ranger,' Rancangan animasi terbaru untuk meningkatkan kesedaran terhadap kehidupan liar secara premier oleh ZooMoo.

8/23/2017 04:18:00 PM


'Leo the wildlife ranger,' Rancangan animasi terbaru untuk meningkatkan kesedaran terhadap kehidupan liar secara premier oleh ZooMoo.

Animasi terbaru iaitu rancangan kehidupan liar Dari ZooMoo di channel Astro 619 pada bulan Ogos ini akan membawa anak-anak anda untuk mengalami sendiri kehidupan yang penuh semulajadi dengan mengenali Habitat haiwan dalam kehidupan liar yang Akan memberikan kupasan info dan aktiviti yang menarik untuk anak-anak anda mempelajari sesuatu yang baru.


Junior rangers iaitu Leo dan Katie bersama anjing kesayangan mereka yang setia iaitu Rocky Akan membawa anak-anak anda untuk ke dunia kehidupan liar dan Alan semulajadi. Rancangan ini telah direka dan telah dijayakan oleh Studio Omens dimana studio ini pernah memenangi anugerah 'Asian Award-Winning animation and interactive studio'. Kanak-anak Akan didedahkan dengan Rahsia mengenai ekosistem melalui fakta yang menarik dan Akan menjadikan Kanak-kanak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Alam persekitaran dan habitat alam semulajadi,









Leo the wildlife ranger telah dilangsungkan secara premier di Malaysia di ZooMoo (channel Astro619) pada Sabtu 19 Ogos, tapi hangman risau mesti Akan Ada siaran ulang-tayang ye.



ZooMoo juga mempunyai aplikasi Mobil Khas untuk anak-anak anda mengenali, menjaga binatang disamping memberikan makanan, bergaya seperti kehidupan liar dan menangkap gambar. Anak-anak anda berpeluang untuk mengujikaji lebih kurang 150 haiwan hidupan liar selain itu kanak-kanak juga digalakkan untuk belajar di dalam kalangan diri mereka sendiri dengan Gaya mereka tersendiri. Aplikasi ini adalah percuma dan tidak Ada Iklan merapu. Aplikasi ini juga memudahkan para ibubapa dan Kanak-kanak untuk menimba ilmu malahan tidak perlu askes internet untuk aplikasi ini.

You Might Also Like

Twitter

Like me on Facebook

Instagram