I dah cuba SEP Jeju Mask Pack ( Canola Honey, Green Tea, Cactus Fruit, Tangerine )

Cuba teka yang mana satu I cuba ;)
Last week, I terima sekotak parcel dari Abang Gdex ke ape. Fuh bukan main comel kotaknya, wondering at first fuh lepas buka penuh dengan Topeng Muka. Dah la packaging bukan main cantik lagi, ada 4 warna yang sangat sweet dan Memang fav la. Kalau nak tahu SEP Jeju Mask ni dah dijual di Watsons tau.

Terdapat 4 jenis pilihan yang available sekarang ni yang kaya dengan esen aktif untuk penyerapan yang bagus ke dalam kulit sebab diperbuat dari 'air pocket fabric' yang direka khas untuk muat/fit pada kulit wajah. Paling menarik mask ni dihasilkan dengan bahan alami yang bersih dan suci dari negara Korea yang famos dengan syurga bahan  semulajadi iaitu Pulau Jeju.

Kotak SURPRIZE dari The Butterfly Project Community!

Ada 4 Jenis pilihan Maskers dari SEP !


I sebenarnya memang kadang-kadang jarang gunakan maskers sebab nak cari masa tu bukan main payah lah tapi I mesti pakai juga untuk CANTIK lets say Beauty is PAIN, but pakai maskers ni tak ada lah sakit pun cuma kena spend masa around 10-20 minutes untuk kulit stay hydrates and lembab gitu memandangkan negara kat Malaysia ni panas dan lembab jadi memang kulit kena ada extra care.

SEP Maskers ni terdapat 4 pilihan iaitu :

  1. SEP Green Tea Soothing Mask
  2. SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask
  3. SEP Tangerine Brightening Mask
  4. SEP Canola Honey Nourishing Mask



SEP Green Tea Soothing Mask ni mengandungi kepekatan ekstrak Camellia Sinensis Leaf yang membantu untuk mengurangkan kemerahan pada kulit dan mempunyai agen anti-bakteria yang tinggi untuk merawat masalah kulit berjerawat dengan kandungantea tree untuk mengurangkan rasa sakit pada kulit yang berjerawat, WOW sounds amazing kan. Topeng wajah ni juga ada asid madecassic yang membantu pertumbuhan kulit baru atau dikenali sebagai Centella Asiatica.

Lepas pakai mask green tea kulit terasa sangat lembut dan harum and sangat fresh kot sebab selain tu terdapat bahan yang membantu melembutkan kulit seperti lavender, esen keladi dan juga propolis.


SEP Cactus Fruit Mosturizing Mask pula sangat sesuai untuk kulit yang dehidrasi. Kaktus sangat bagus untuk merawat masalah kekeringan sebab kaktus ni mampu hidup dalam kawasan yang panas jadi sangat kena lah dengan cuaca malaysia yang panas ni. Plus produk ni ada anti-inflammatory dari herba herba yang terpilih untuk merawat kembali kulit yang terkena sunburn. Terdapat juga bahan seperti aloe vera,bamboo, HA dan basil dimana bahan-bahan ini didapatkan dari Pulau Jeju termasuklah estrak kaktus Opuntia Coccinelliferra  yang kaya dengan Vitamin C untuk mencantikkan lagi kulit wajah yang kusam.


SEP Canola Honey Nourishing Mask diformulasikan dengan Madu yang diekstrak dari Madu Canola Jeju yang kaya dengan minerals, vitamins, protin dan juga asid lemak untuk menghidrasi dan menyihatkan kembali kulit wajah yang kusam. Haruman yang wangi membuatkan kita lebih tenang dan hilang rasa gundah dan gelisah. Kandungan Rumput Harimau  atau Centella Asiatica mengandungi amaun asid madecassic, aloe vera, lavendar dan juga air mawar untuk memastikan kulit lebih segar dan wangi sepanjang masa.


SEP Tangerine Brigthening Mask ni kaya dengan Vitamin C yang dapat membantu mencerah dan menyerikan lagi kulit wajah yang kusam. Diekstrak dengan Citrus Unshiu Peel yang wujud dengan anti-inflammoatory dan bahan seperti timun termasuklah Devil's claw herb yang boleh detox toxic pada kulit wajah. Disamping itu iaya mempunyai Daisy, edelweiss dan juga niacinamide yang kaya dengan Vitamin B3 membuatkan kulit anda nampak leboh cerah. I dah guna yang ni and memang awesome. Dia punya liquid dalam tu sangat pekat macam sapu lotion tebal pada wajah.


Setiap SEP Mask ni terdapat kandungan esen yang pekat supaya efektif pada kulit. Sudah dijual di Watsons seluruh Malaysia dengan harga RM24.90 untuk 1 kotak ( 5 keping) manakala sekeping dengan harga hanya RM5.90 Sekeping.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com