Hasil Gambar Yang Puas Hati dari KAIO Studio

Last Saturday on 12 Ogos I berkesempatan untuk menyertai satu sesi photoshoot di Kaio Studio, tak lain tak bukan sebab nak dapatkan gambar photo profile yang profesional dan nampak lebih menarik kalau buat default photo dalam mana-mana sosial media dan gambar nampak lebih diyakini oleh client lah kalau nak hire kit buat kerja depa untuk company depa kan. So why not aku ambil peluang ni untuk dapatkan photo yang menarik dari Kaio Studio.

Anwar Abdullah ni I kenal masa pernah attended satu event spa masa lalu, ala rasa mcam dah lama tapi time tu dia pernah shoot video untuk Jentayu Spa tu la, time tu la aku kenal dia. Fuh bila tengok hasil video not bad memang I yang muka macam makcik nampak ayu remaja je dalam video tu hiks ! Anwar Abdullah pun ialah seorang blogger bermula sekitar 2009 macam tu la, macam I baru berjinak masa 2011 haha. Kiranya dia memang senior I lah.

Gambar Anwar Abdullah di dalam coretan akhbar berita harian

Gambar bersama pelancong Poland di Pulau Pangkor

Dengan bermodalkan lebih kurang RM5K hasil pekerjaan sebagai pemandu pelancong satu masa lalu, pengasas KAIO Studio iaitu Anwar Abdullah telah bermula sebagai videografer pada tahun 2012 tapi kini KAIO Studio dah meluaskan empayarnya dengan membekalkan servis videografi, fotografi untuk studio photoshoot. Walaupun pernah belajar dalam bidang pengurusan hospitaliti dan tourism di MSU namun Kaio tidak meneruskan kerjayanya di dalam bidang pelancongan kemungkinan besar Kaio ni cenderung ke arah bidang dunia fotografi dan videografi mungkin itukah sebabnya, I pun hanya senyum je la.. uu.. Kamera yang ada pada Kaio ni umpama senjata buat dirinya dalam menggalas tugasan ketika berada di Paris, Mesir, Singapura dan Thailand..

Kaio yang paling kiri ketika Trip Tour Operation MSU

Sahabat Kaio ketika belajar di Cairo.. semasa secara kebetulan ada trip shooting ke Mesir

Trip ke Paris Kaio bersama Anuar Zain
KAIO STUDIO menawarkan Servis Videografi dan Fotografi
Siapa sangka, I pun tak sangka tapi mesti memberi sangkaan yang baik Kaio pernah berkhidmat dengan selebriti yang terkenal seperti Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Syukri Yahya, Ainan Tasneem dan Saharul Ridzwan dan Deena Emir. Tak percaya ? Korang tontonlah video dekat bawah ni.


Selain daripada Videografi, Gambar fotografi perkahwinan pun ada, Jom tengok-tengok gambar hasil dari Kaio Studio kat bawah ni :

 

Cantik-cantik kan gambar dari Studio Kaio ni, selain tu kan korang yang suka bergambar tapi nak gambar berkualiti, menarik.. Kaio Studio juga menawarkan servis studio photoshoot di Shah Alam..... datang je la kat Studio Kaio ni, aku dengar harga yang ditawarkan not bad juga katanya harga mengikut bajet dan kemampuan... nak lagi selebriti pun ada je yang buat photoshooting kat sini macam Nora Danish untuk sedutan telifilem KUNTOM. Jom tonton :


Pembikinan poster pun filem 'Kau takdirku' lakonan Bront Palare, Remy Ishak dan ramai lagi pun ada, silalah tonton video ni :

Kau Takdirku tak lama lagi nak keluar lakonan Ezzaty Abdullah, Remy Ishak dan Bront Palarae, alamak macam menarik je filem ni, rasa macam aku pun nak layan fefeling romantik lah tak lama lagi yang akan berada di 7 September 2017 di pawagam berdekatan anda... nantikan ye..

KAIO Studio ni kalau nak dikatakan sebenarnya banyak juga kejayaan yang telah berjaya dikecapi iaitu pernah menang pertandingan MOST GLAM FASHION VIDEOGRAPHER by GLAM MAGAZINE gitu dimana telah melayakkan KAIO Studio untuk mendapatkan JOB best dari majalah fesyen tersohor di Malaysia. Okaylah I pun teruja nak tengok sendiri kejayaan KAIO Studio apa lagi meh tengok vudeo tersebut :


ONSMO iaitu jenama sistem pencahayaan fotografi telah menjadikan KAIO Studio sebagai duta dimana jenama ni pun turut menjadikan Eddie Putera, Alex Tan dan Saiful Nang sebagai duta mereka juga.


Ilmu perlulah dikongsi supaya ianya tidak akan putus itulah yang Anwar Abdullah dan team Kaio Studio yakin ilmu yang bermanfaat tidak akan hilang malahan akan membantu generasi yang akan datang dapat merasai ilmu fotografi dan videografi agar ianya akan berkembang sampai bila-bila dan menghasilkan mereka yang mempunyai pemikiran yang luas dan kreatif. Oleh itu kan Kaio Studio telah menyumbangkan ilmu pada pelajar Universiti MSU, UITM. Ilmu yang mahal ni korang kena tonton mana tahu terbuka hati untuk mendalami lagi fotografi dan videografi dari profesional.

Anwar Abdullah menerima cenderamata dari pelajar tahun akhir UiTM di Publika setelah berkongsi ilmu

Sesi perkongsian bersama pelajar MSU

Itulah serba sedikit aku boleh cerita mengenai Anwar Abdullah iaitu pengasas KAIO Studio, sekarang time aku pula nak cerita semasa aku sendiri berada di KAIO Studio. So far tak tahulah macam mana aku nak explain kegembiraan aku lepas tengok hasil foto dari KAIO Studio, Happy sangat-sangat, gambar nampak cantik dan boleh nampak macam Profesional punya hasillah. Nanti aku share lah gambar-gambar yang menarik dari KAIO Studio. So far aku memang berpuas hati.

Tak tahu nape aku berdiri nampak macam hantu Jepun di situ
Kemudahan yang disediakan oleh KAIO Studio memang boleh dikatakan lengkaplah bagi you all yang nak gamar photo profile yang menarik, penggunaan kamera yang berkualiti tinggi dan bakat fotografi dari fotografer memang menggagumkan tau.. kau posing la macam mana pun hasil tetap marvellous kalau kau rasa gambar kurang memuaskan, korang boleh shoot/pose banyak kali sampai korang puas hati, lol.

Nak posing tapi rasa macam nak patah pinggang lak.

Antara Gambar perkahwian yang menarik hasil tangkapan Kaio Studio

Backdrop yang digunakan untuk sesi photography

Pintu Masuk ke Kaio Studio
Lepas dah pose sakan, sekarang hasilnya, scrollah ke bawah ye :










Apa lagi yang korang teragak-agak ? Nak cari Photographer, Videografer dan Studio yang boleh bikin gambar korang oh-som, gojez, fabuloz, feeling like dunia engkau yang punya, percayalah aku boleh jamin korang bakal berpuas hati dengan hasil foto, video dari KAIO Studio... uuu takut pula nak claimed gitu, tapi janganlah saman kakak kalau you all tak puas hati, korang boleh redo yah.. huhuhu... Cepat dapatkan servis profesional dari KAIO Studio, untuk maklumat lanjut :

laman web : www.kaiostudio.com
instagram : www.instagram.com/kaiostudio
twitter : www.twitter.com/kaiostudio
facebook : www.facebook.com/kaiostudio
youtube : www.youtube.com/kaiostudioTV

Alamat : 1-06 Metia Residence Office, No.5, Persiaran Sukan, Seksyen 13,40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waze dan google map : search ‘KAIO STUDIO'

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com