B.liv O2 bubbly bright oxygenating mask, hydrate away, soothe me now, age eraser


So just semalam produk dari b.liv sampai ke rumah. I dont know mungkin ini adalah latest produk dari b.liv iaitu O2 Bubbly bright oxygenating mask, dan beberapa topeng muka seperti soothe me now, age eraser, hydrate away. so far I dah cuba yang O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask dan b.liv Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask. the rest I will use it like once a week. But so far the product I've tried from b.liv tak mengecewakan sebab muka I tak naik iritasi.

b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask


B.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask ni memang awesome lah, I tak tahu mungkin ianya adalah trend sapu kat muka lepas tu dia keluar bubble sendiri. Sebelum ni pun memang I pernah pakai bubble mask sebab ianya sangat seronok bila tengok bubble tu keluar sendiri. Hiks.  tapi yang ni siap ada oksigen tak tahu la betul ke tidak. I cuba je la hopefully dia boleh bersihkan liang pori yang tersumbat ni. :)


b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating mask ni ada bahan seperti O2 bubble khas untuk membersihkan kulit wajah dimana ianya masuk ke dalam lapisan bawah kulit untuk membersihkan liang pori yang tersumbat dan menyerap lebihan sebum. Ada kandungan seperti Rice Powder yang bertindak untuk mencerahkan kulit wajah disamping menjadikan kulit lebih lembab dan lembut. Plus I noticed dalam mask ni terdapat Red Soft Beads tujuannya adalah untuk mengelupaskan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.

So far I dah cuba and I love the bubbles naik. Lepas bubbles dah naik tu dalam beberapa minit terus I massage wajah and then later I rinse it. Honestly memang muka rasa sangat fresh dan bersih tau.

Retail Price RM99, dan kalau nak beli dengan harga promosi boleh beli dekat Sasa, major online stores ( Hermo, Lazada, 11Street, GEMFIVE) yang offer produk ni ye, jangan lupa GUNA my promo code iaitu SYAFIERA25

b.liv Nano Bio-Cellulose Mask



Bio-cellulose mask ni dihasilkan dari fiber nano yang boleh dimuatkan pada kulit wajah dan bertindak seperti kulit kedua. Terdapat 3 jenis iaitu b.liv Soothe Me Now Bio Cellulose Mask, b.liv age eraser Bio Cellulose Mask dan b.liv hydrate away Bio Cellulose Mask. So far I dah cuba sendiri soothe me now sebab ianya amat sesuai untuk kulit yang sensitif. So why not I give a try kan. Masa I baca description mask ni lebih kurang 30nanometers fiber yang membantu untuk masuk ke celah-celah lapisan luaran kulit termasuklah di bahagian kedutan sekali gus memaksimakan penyerapan yang efektif.


Soothing Bio-Cellulose Mask ni berfungsi untuk menenangkan kulit wajah disamping membantu memperbaiki kerosakan pada sel kulit dan meremajakan kembali wajah. Ianya diselitkan dengan ekstrak organik Bunga Immortelle yang mempunyai agen penyimpanan yang baik. Ianya memang boleh dikatakan OK dan efektif untuk memperbaiki dan meremajakan kulit wajah. Bahan aktifnya seperti Bunga Immortelle Organik, Soothing Peptide ( Acetyl Tetrapeptide-15 ) dan Hyaluronic Acid.


Tried and tested !  Memang tak disangkal lagi mask ni macam jenis hydrogel. So far masa pakai tu kulit rasa sejuk-sejuk je elok sangat pakai sebelum tidur sampai hydrogel macam kena sedut dari kulit sampai kerempeng. Lol. You all boleh baca description kat belakang ni. Kalau sesuai dan nampak efektif bolehlah pakai lagi sekali katanya kesan boleh nampak dalam masa 28 hari. Tapi kena amalkan pakai mask ini.


Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask so far aku tak guna lagi, katanya selepas 28 hari boleh perasan kulit wajah nampak lebih berseri, kulit lebih tegang dan garisan halus akan berkurangan. Terdapat bahan aktif seperti Palmitoyl Hexapeptide-12 untuk mengurangkan formasi dalam jangka masa panjang seperti garisan halus dan kedutan. Palmitoyl Tetrapeptide-7 pula membantu melembabkan dan melindungi kulit daripada tekanan yang beroksida akibat dari pengambilan lebihan gula, makanan berminyak, alkohol, sinaran UV, pencemaran udara dan juga tekanan.


Korang boleh baca description dia kalau nak tahu lebih lanjut. Eh aku memang suka masker jenis Bio-Cellulose Mask sebab sejuk dan rasa selesa sangat bila pakai.


ADA 3 LAPISAN, sila lah pakai yang lapisan tengah ye iaitu bahagian hBio-Cellulose Mask.

Nah, beza muka aku sebelum semasa selepas pakai #Age Eraser .. memang terasalah plumping gitu o.O kedutan bawah mata tak segelap yang sebelumnya...parut jerawat tu ada lagilah tapi rasa macam hydrated je wajah kesayangan ku.. huhu..



b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask khas untuk melembab, menghidrasi dan menghidupkan semula kulit wajah yang nampak kusam tu. Katanya boleh melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas. Ada ekstrak microalgae dari lautan dalam yang tinggi dengan asid amino dan minerals untuk meratakan kembali tona kulit, cantikkan kulit dan perbaiki kulit wajah. Ekstrak beras juga mengandungi pro-vitamin b5 salah satu tanaman yang boleh menyimpan molekul air sekali gus menawarkan kelembapan pada kulit. Asid Hyaluronik juga menawarkan kelembapan dan menggalakkan lagi keremajaan kulit.


Okay next I nak cuba b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask ni sebab I nak nampak muda hopefully it works so far the formulation memang not bad la. Mungkin kesan hydrated masih tak nampak lagi cuma first usage produk ni boleh nampak la perubahan sikit, kulit lebih hydrates then before.


Macam ni la rupa hyrogelnya, siap boleh letak kat mata lagi, lagipun tak pedih bila letak kat mata tau.

Setiap 1 kotak b.liv Nano Bio-Cellulose Mask ni ada 4 keping tau dijual dengan harga retail price RM129 sekotak.

b.liv ni dah berada dalam pasaran semenjak dari tahun 2009 lagi. b.liv ni membawa maksud sebagai kepercayaan dan telah dimasukkan ke dalam jenama kosmetik. B.liv telah mencipta produk yang senang dipakai mengikut permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi untuk formulasi yang diguna di salon dan paling penting  harga yang berpatutan untuk rejime penjagaan kulit. b.liv ingin memberi inspirasi dan keyakinan kepada remaja masa kini dengan melakukan perubahan. Kini B.liv sudah menjadi sebagai produk yang terkenal untuk merawat masalah liang pori. Well I totally agree ! :)


Retail Price RM99, dan kalau nak beli dengan harga promosi boleh beli dekat Sasa, major online stores ( Hermo, Lazada, 11Street, GEMFIVE) yang offer produk ni ye, jangan lupa GUNA my promo code iaitu SYAFIERA25 >>  https://www.bliv.com/my/ <<


Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website :https://www.bliv.com/my/
Ig : https://www.instagram.com/bliv/
FB : https://www.facebook.com/blivmalaysia


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com