Gaya Untuk Berjaya Inspirasi dari Hafiz Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cute Carry

Recently, I berpeluang untuk mengenali seorang jejaka yang sangat bergaya dan boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat berinspirasi dan mempunyai pandangan yang sangat memberangsangkan dalam bidang perundingan imej. Kini beliau telah menghasilkan sebuah buku yang mungkin akan memberikan banyak idea dan cahaya kepada mereka yang di dalam kegelapan mengenai imej peribadi.

Buku yang bakal menyinari hidup seseorang dalam memperbaiki penampilan diri ini dapat membina keyakinan diri, memperbaiki kelakuan dan menggalakkan komunikasi verbal dan badan. Sebenarnya sebagai seorang blogger, I dah jumpa beberapa perunding imej dah ini adalah kali pertama I berjumpa dengan perunding imej lelaki berbangsa melayu. Finally setelah lama juga dapat mengenali sendiri siapakah Cute Carry yang sebenarnya.

Buku sulung karya pertamanya telah dilancarkan pada hari Ahad yang telah berlalu di Pusat Bandar Putra Permai yang berdekatan dengan pejabatnya di Cute Carry Sdn.Bhd. Majlis telah bermula sekitar 5petang dimana telah dihadiri oleh rakan-rakan, media dan bloggers.


Bagi yang masih belum mengenali Cute Carry atau nama sebenarnya - Hafiz Mustapha, beliau ialah seorang perunding imej, penceramah, pengasas CuteCarry Sdn Bhd malahan adalah seorang blogger di blog (http://www.cutecarry.com). Sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakauanan dan Komunikasi Media di Kolej Ripa London, UK beliau juga pernah dianugerahkan Ahli Mangku Pahang (AMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 2007. Beliau pakar dalam mengendalikan majlis, penjenamaan perniagaan, 5s,perkhidmatan pelanggan, protokol dan etika dan paling utama dalam bidang imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication dan Development (ABCD) serta dalam bidang yang berkaitan.

Petronas, Perodua Malaysia, Andalusia Travel, UMW Corporation juga telah menerima perkhidmatan penjenamaan oleh CuteCarry malahan beliau merupakan Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia Chapter.





Apa yang menarik mengenai senaskah buku Gaya Untuk Berjaya ?

Sebagai seorang blogger yang selalu menghadiri ke pelbagai majlis acara selalunya I memang kena memakai pakaian mengikut tema dan kesesuaian majlis jadi I rasa buku ni banyak memberikan tips dalam membentuk penampilan yang kemas dan menarik. Didalam buku Gaya untuk Berjaya ni ada juga cara untuk memilih warna pakaian mengikut warna kulit, ketinggian dan bentuk wajah.

Bagi anda yang ingin mempunyai pemahamam yang lebih cepat dan ringkas jangan risau kerana cara penulisan sangat santai dan straight to the point malahan mempunyai penyampaian yang lebih mendalam untuk sampai ke setiap hati pemaca.

4 elemen yang utama terdapat di dalam Gaya Untuk Berjaya ialah imej (ABCD) iaitu Appearance-penampilan, Behavior -kelakuan atau protokol, Communication -komunikasi, Development- Pembangunan diri dan ianya ditulis khas mengikut pengalaman CuteCarry.

I rasa dengan adanya buku Gaya untuk Berjaya ni harap mereka yang menghadiri majlis berpakaian lebih menarik dan tinggalkan pakaian kasual supaya lebih dikenali dan dapat menarik lebih ramai rakan di dalam biang professional.

I dah baca beberapa helai buku dari CuteCarry dan bagi anda yang berminat untuk memperbaiki peribadi imej bolehlah dapatkan senaskah di http://buku.cutecarry.com/ dengan harga pengenalan RM50 senaskah.

1 ulasan :

  1. How about the prcie of new myvi ? Interested in buying a Myvi. If you have a full price range, pls let me know!

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com