Barang Kecantikan Aku Dari Althea Korea time Ramadhan lepas !


Ingat tak Ramadhan lalu, Althea dia special sikit sebab hampir kebanyakan celebration mesti ada box-box menarik untuk meraikan hari-hari festival you all tau. So apa lagi, I mestilah nak GRAB kotak special dari Althea sebab setahun sekali kan Ramadhan. Tapi sebenarnya beli banyak-banyak best tau especially beli lebih dari RM150 memang korang dapat percuma delivery lagi pun penghantaran rasanya tak lebih dari 2 minggu kalau tak ada halangan.


Besarkan packaging kita ? Haha ada 2 kotak sebab haritu kita beli produk Althea nak dekat RM500 juga lah biasalah time Hari raya mestilah nak nampak cantik.


Tadaa, dalam Kotak pertama, I beli produk yang betul-betul I tersangat perlukan especially untuk bahagian rambut dan liang pori. Plus aku memang perlukan coverage untuk kulit wajah yang sememangnya ada banyak parut yang sangat susah nak hilang.

Black Pack Cleanser
Yang ini beli 2 percuma 1 head band yang kiut ni, first masa aku tengok dalam Althea, aku sebenarnya memang tergoda dengan packaging yang trendy dan hipster ni. Lagipun ianya plastik dan secured so aku yakin takkan leakage selagi packaging nak bocor. Isi dalaman dia pun warna hitam, aku pakai around 1 cm dan letak air, rub sampai bubbly terus sapu kat muka, so far memang clean lah pores aku, later pakai toner and moisturize skin. Sampai ke petang rasanya kulit bebas minyak and rasa ringan je.  Ada yang cakap black pack cleanser ni memang bagus untuk remove makeup, aku try yang minimal makeup, kalau heavy makeup aku suggested korang remove makeup korang yang tebal pakai makeup remover dulu. So far aku rasa black pack cleanser worth of money ! :) Sila beli kat sini kalau berminat : http://my.althea.kr/black-pack-cleanser

ARITAUM Hair The Professional Cushion Hair Brush
Once of the reason aku beli Aritaum Hair The Professional Hair Brush sebab aku ada masalah hair tangle tau lebih-lebih rambut panjang sampai butt ni memang kena penjagaan yang rapi, masalah dalam rumah ni juga bila sikat aku senantiasa nak hilang, ni sikat besar ni harap kalau dah besar gedang macam senang aku nak jumpa kalau hilang dalam rumah. Sikat ni aku memang rapikan rambut aku dan Adelia, rambut Yusuf pun aku rapikan. So far memang berkesan leraikan rambut yang bersimpul-simpul tu. Lagi satu kalau rambut hair-fall, rambut akan melekat kat sikat ni. Tapi cara nak remove rambut melekat pun sangat mudah ! :) Aku rekomen untuk you all yang rambut ala-ala dawai tu, ngeh-ngeh, sila beli dekat sini : http://my.althea.kr/shalp-cushion-brush tengah ada offer tu.

Piolang CP-1 RASPBERRY TREATMENT VINEGAR
Ada sesiapa yang dah cuba Raspberry treatment vinegar ni ? Aku sudah dan resultnya memang aku bagi 10/10. Sejenis cuka yang good for your hair lah. Lagi satu bau yang sangat sweet dan delicious tak de lah bau macam cuka tengit tu. Aku masukkan dalam botol jenis spray lepas tu aku spray kat bahagian SCALPS then aku cuci bersih, lepas rambut akuu dah kering aku spray kat bahagian hujung-hujung, so far result dia memang aku puas hari. Dah lah wangi, rambut aku tak kusut lagi. Thank you Piolang memang meletop you punya cuka rasberi ni :) Scalp pun rasa bernafas je.
Korang nak cuba sendiri, sila beli kat sini : http://my.althea.kr/raspberry-hair-vinegar

MISSHA THE STYLE 4D MASCARA
Maskara ni kali kedua aku beli dari Althea. Halus elegan dalam warna hitam yang buatkan aku nak cuba sendiri maskara ni. Masa awal-awal aku was-was nak pakai yer lah nampak macam so-so je sekali bila pakai, fuyoh bulu mata aku nampaklah macma ada, memandangkan bulu mata aku setebal macam orang melayu lain, aku rekomen sangat untuk korang pakai bila-bila untuk dapat natural or dramatik look. Harga dia pun murah, selalu aku tengok Althea jual RM16 instead of RM50. Go check produk ni lebih details kat sini : http://my.althea.kr/the-style-4d-mascara

Perfection Pro Pact Finish Powder W.LAB
Eh aku geram sangat tau ! Formulation untuk coverage memang DA BOMB tapi bukan shades aku walaupun aku ambil shades #23 :( Sebab muka aku nampak macam topeng pakai finish powder ni, putih semacam je :( or aku salah pakai. Aku tengok review grafik bukan main best boleh cover minyak boleh long lasting kan makeup semua tu. huhu. Aku rekomen untuk korang yang putih gebu mulus mungkin boleh beli. Harga nya not bad juga lebih kuran RM70, Tapi percayalah dia punya packaging emmang awesome  dia asingkan bedak dengan sponge. sponge dia seriously lembut gila... korang nak tengok dia punya benefits boleh tengok kat sini : http://my.althea.kr/perfection-pro-pact

Beauty People Absolutely Tik tok tip blush
Yang ni adalah pilihan percuma dari Althea time ramadhan. aku ingat aku ambil warna purple rupanya salah sampai je warna coklat.. Muka aku tak sesuai warna ni nampak lebih pucat dan tak bermaya.  :(

Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick
So far lipstick ni memang OK and dia ada 2 warna satu merah dan satu macam gel, gel tu dia buat bibir nampak berkilat meanwhile yang warna merah tu dia matte tapi dia lembabkan bibir, so far aku rasa muka aku macam anime lepas pakai lipstick ni :)

Yang ni Kawan Ordered ;)
Yang dalam box kedua ni kawan aku order, mula-mula suruh dia create another akaun tapi dia tak sihat time tu dia suruh pakai akaun kita je. Jadi kita pun bergabung order-mengorder.

Tapi bagi aku Althea memang pilihan terbaik untuk yang nak beli barangan kosmetik dari Korea !
Free shipping untuk belian atas RM99 dan paling best semuanya adalah 100% barangan auntetik tau walaupun harga yang ditawarkan sangat berbaloi !

Untuk belian, sila layari :
Website : http://my.althea.kr/
facebook : http://www.facebook.com/altheakorea
instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
blog : http://blog.althea.kr/
youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com